Petua Bonda

Kenapa Ginjal mesti dibersihkan..

Bahan makanan yg sy makan seharian banyak rahsianya yg saya simpan dari sumber2 info sihat cantik yg sy belajar dgn org lebih arif dari sy (sifu2 mahir lagi pakar tempat sy belajar)..

Sejak tulis resepi masakan dan cerita sejarah bonda part yg bersambung2 nostalgia “Dugaan Noor Aini”  Kolumn blog sy  PETUA BONDA terhenti sekejap..Ye la menulis ikut lapang masa lapang dada.. Bergantung mood sy ketika itu.. Dugaan Noor Aini berat nak menulisnya.. Menangis sy masa sy menulis..Air mata..Air hidung semua keluar ha ha ha.. Sebelum menulis cerita part kenangan lama ni.. Standby tisu atau tudung yg nak dibasuh senang nak lap hingus..(merah2 hidung sy kesan perah)..ha ha ha.. Kita rehat jap lah Dugaan Noor Aini sampai ulama bagi respond….

Semua petua dan penjagaan makanan banyak sangat kesannya pada badan terutama jika kita mahu kesihatan kita sentiasa stabil…. Hari ni sy menulis citer pasal ginjal “PENTINGNYA JAGA GINJAL”.. Kita sibuk jaga kereta.. Jaga rumah.. Jaga muka.. Ginjal kita x heran.. Jom baca sroll lagi.. (Ginjal tu buah pinggang.. Malas tulis buah pinggang, Panjang sgt)…Kalau x jaga ginjal atau dibersihkan kesannya pada badan :

  • Rosak ginjal
  • Gagal berfungsi
  • Keracunan dalam darah
  • Kencing kotor
  • Batu dalam ginjal
  • Kematian
  • Gemuk
  • Toksin berlebihan
  • Masalah kulit

Ginjal kita penat dan lemah seiring usia kita kerana ia mengendalikan toksin yang masuk ke tubuh kita dari makanan, udara, dan air. Ginjal dan hati pasukan yang bekerja keras di dalam badan untuk kita sihat dan selamat. Hasilnya kulit paling jelas nampak dan berat badan pun ideal. Kita berhadapan beban toksin yg cukup tinggi dengan hidup modern sekarang . Kita perlu detox tambahan untuk detox buah pinggang. Supaya ginjal kita boleh berehat dari memproses ..So petua yg saya bagi ini adalah info utk kita menjaga ginjal kerana concern sy pada masyarakat kita yang SEMAKIN RAMAI PENGHIDAP SAKIT BUAH PINGGANG..JOM KITA MULAKAN HARI2 MAKANAN SIHAT UTK JAGA ORGAN GINJAL YG PENTING DALAM BADAN KITA..

Ni antara lain fungsi2 ginjal:

  • Menapis dan serap metabolisma.
  • Dia akan dibuang bersama urin.
  • Mengatur garam dan zat terlarut dalam darah
  • Proses vitamin D
  • Menapis air yang berlebihan dan sodium
  • Membersihkan darah
  • Menghasilkan hormon

Kita seharusnya membersihkan ginjal setiap hari. Kegemukan meningkatkan risiko kegagalan ginjal beroperasi. Mengambil ubatan doktor berlebihan dan makanan yang mengandungi logam berat tinggi akan merosakan ginjal. Amalan bersenam sekurang2nya seminggu ( minima 20 minit sekali bersenam).. Dan minum air putih dengan banyak antara amalan sihat penjagaan ginjal.. Nak buang toksin dalam badan ni bukan fizikal je tau emosi kena jaga sekali ..!! (saya tulis je.. Adakala sy pun x leh nak control emosi sbb stress)

Saya nak bagi resepi atau menu sihat tips membersihkan ginjal :

Jus pisang  – 2 biji pisang berangan atau 6 biji pisang mas + gula + susu rendah lemak + air..Bleder sekali.. Kecairan atau pekat anda agak2 sendiri

Jus Timun – Buah timun – Gula – Ais ( Bagus membantu sisitem urin dan ada deuritik semulajadi.) Ia menyejukan badan bagus utk demam, darah tinggi dan melembabkan kulit. Jangan makan bagi wanita dalam pantang/sehingga selepas bayi 6 bulan.Semua jenis mentimun seperti tembikai melemahkan sistem peranakan. Kalau nak makan selepas 6 bulan lepas bersalin dibolehkan tapi kena makan sekali dengan suplemen. Salah satu macam d folia..st beauty atau Royal V.

Jus Daun Saderi – Blender dgn air + Madu sikit ( bagus utk darahtinggi /diabetis ). Dalam pantang pun elok makan daun ni..

Jus Pisang Strawberi – Pisang + strawberi + Gula

Nota : Pisang baik utk ginjal (tapi mengemukkan sbb kalori tinggi)..

Potasium dan fenolik antioksidan pisang amat diperlukan badan utk control kalsium dlm urin. Ia juga elak batu dalam ginjal.

.Myb anda x tau Rheo Spathacea..he he ini pokok bunga tapi ia adalah pokok yg boleh buat ubat tau utk rawatan ginjal.! Campur rebusan bali atau kacang merah..

Bubur kacang merah – Kacang merah + Rheo Spathacea + sagu + Gula. Rebus sekali . Rasanya sangat sedap. X mengemukan. Bagus untuk kesihatan..Ini best..

Bali purple – Biji bali + Rheo Spathacea + Gula ..Bagus minum masa demam dan sedang sakit kencing kotor. Wanita hamil pun elok makan ni..!

Jus tembikai lemon – Lemon + Tembikai + Gula .

Tembikai bantu mengepam buah pinggang sebab dia banyak air.. Minuman ni akan keluarkan batu2 kecil pada buah pinggang..

Sakit batu karang dalam buah pinggang amat menyakitkan.. Suami sy ari tu kena.. X perlu bedah hanya makan amalan semulajadi dari makanan dan ayat quran..Tembikai ni kaya kalium merupakan mineral yang boleh membantu untuk menghancurkan batu karang dan keradangan.

Jus Carot + Timun – Carot + Timun + gula ..

Lobak merah dan timun ada duo super kuasa. Dia menyokong buah pinggang mengepam keluar asid urik yang berlebihan (penyebab batu karang) dan mengepam keluar toksin yang berlebihan. Ia menambah dengan dos mega nutrien. Minum gabungan sayuran ni kesan pembersihan pada buah pinggang, dan kulit, menyebabkan, kulit cantik yang bercahaya.

Minuman ni bagus untuk hati dan pundi hempedu dan bantu buah pinggang sekali. Ia mengepam keluar toksin yang berlebihan. Mereka melindungi tubuh daripada jangkitan, dan mereka anti-kulat dan anti-radang. Jus ni membolehkan badan anda untuk menyerap lebih banyak nutrient.

Amalkan selalu tips sy ni insyaallah membantu ginjal akan lebih sihat.. Pisang dan gula x boleh berlebihan kerana resepi sy ni mungkin tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai diabetes (gantikan gula tebu tu kepada pemanis tiruan).

Anda nak tau x fungsi minum air waktu bila dan kesannya apa pada badan..??..Jika anda berminat sila komen nanti sy taip kan malam ni atau esok sy update..Jika x ramai yg komen atau nak sy malas nak taip panjang2..

 

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!