Bicara Bonda

Buang kucing kena ada adab..

Hari ni 28hb Jan 2015, jam 1.00 tghari sepatutnya kami terbang ke perjalanan nak ke Madinah.. Sangkut sbb flight rosak ditunda esok.. X dibenarkan balik semua jemaah sebanyak 3 bas.. Kami stay kat Aston Hotel Putra Nilai. Tunggu Khamis jam 4 petang pula katanya penerbangan kami..

Ingatan sy sekarang pada majlis tazkirah pada Ahad lepas. Ustaz menceritakan menjaga kualiti iman dn susahnya nak dapat kan syurga..

Seribu muslim hanya 1 org je masuk shurga..Sebagai muslim kita x boleh menganiaya dan melaknat manusia lain termasuk juga lah dgn binatang..

Apa yg sy nak kongsikan sebenarnya berkait juga dgn kucing. Sy x suka kucing kerana kucing berak merata2 dirumah, apakah hukumnya jika sy buang kucing..

Ustaz kata boleh buang asalkan diberi bekalan makan dan utk 1 hari. X boleh buang macam tu saja berdosa..!!

Selepas kami mendengar tazkirah malam kawan sy bercerita ttg balasan yg Allah berikan pada salah seorang ahli keluarganya sebelah ayahnya.

Pak Cik ni marah dgn kucing yg baru lepas beranak.. Di tangkapnya ibu kucing dan anak2nya semua tu dimasukkan dalam guni.. Terus dibuang ke laut. .!!

Masa saat sakit nazak tu, Pak Cik mencabut2 bulu2 romanya..Semua yg melihat pelik dn bertanya Pak Cik buat apa tu..??..Pak Cik cabut bulu kucing banyak sgt kat badan Pak Cik ni..sedangkan org yg melihat xda apa pun..Hanya pandangan Pak Cik yg nazak tu je..

Masa saat nazak tu Allah tunjuk kan pada org2 yg masih hidup apa dosa2 yg org tu pernah lakukan..

Sy sgt mempraktikkan apa ilmu yg disampaikan.. Sbb kalau x pakai ilmu tu baik x payah dengar atau belajar.. Kita bukan nak kosong hidup ni..

Mesti jadi lebih baik. Kalau barang kita nak pakai berkualiti.. Diri & iman mesti superb lebih kualiti.. Sy cakap dan paksa diri akan lebih berhati2 menjaga adab mulut, hati, perbuatan dgn manusia atau binatang. Bagi sy kualiti hidup saat2 usia2 senja kena jaga teliti sbb masa ni yg Allah sgt kasihan melihat hambanya yg semakin uzur dan lemah.

 

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!