
Bahayanya bahan pencuci dirumah, pengalaman sy dirumah.. Boleh buat anda buta dan sesak nafas
Assallamualaikum ..
Salam hormat kepada semua pembaca blog yg sudi singgah sekejap ambik angin disini.. Asyik Dugaan Noor Aini jerr.. Sekali sekala sy tukar topik bermenafaat sebagai perkongsian utk sumber info kesihatan dn kecantikan..
Niat nak tulis cerita ni selepas mengemas barang2 pencuci dirumah.. Ehh bagus lah kalau sy share kat blog ni.. Kesian kalau ada pembaca sy kena nasib macam maid2 sy..
Kalau hujung minggu mmg x sy rehat pun, sy paling sibuk dirumah.. Ada kala sy kat taman mengemas kebun dan binatang kesayangan sy dari lepas subuh sampai jam 2 baru naik rumah…
Sy suka sgt buat kerja rumah.. Masak.. Ada masa malas buat kerja rumah tu sy tulis blog utk stok seminggu.. he he.. Atau sy keluar beli barang2 dapur.. Tempat sy suka pergi shopping kat kedai borong dekat2 rumah.. Kalau barang yg agak eksklusif/mahal utk hiasan sy ke Damansara dekat Ikano tu… Atau 1 utama.(Dekat dgn rumah pun)
Apa sy nak kongsikan hari ni sy elok sgt anda baca.. Sbb sy percaya ramai org x tau.. BAHAYALAH sesangat..!!. Boleh buta dan mengugurkan kandungan.. Punca organ rosak.. Semua kisah benar yg berlaku dirumah sy… Alkisahnya..
Klorox toksin pembunuh..
Salah seorang pembantu rumah sy ibu tunggal.. Warga Malaysia.. Semasa dia berkahwin dgn ex suaminya mereka berniaga kurma diexpo dan pembekal dikedai2.. Sy namakan dia “tina” (samaran).. Dia ni kuat agama orgnya.
Kurma x tahan lama di simpan.. Bila rosak akan ada ulat halus2 berbubuk.. Bercendawan.. Masa tu dia hamil 2 bulan.. Bekas suami suruh buang kurma yg rosak.. Disuruh rendam dan cuci bekasnya (macam bekas taufoo faa) dgn clorox.. Tujuan rendam dgn klorox supaya senang tanggal cendawan dan floranya.. Utk kitar guna semula..
Tina patuh kepada arahan suaminya utk menjimatkan kos bekas kurma tu.. Mmg mudah nak cuci bekas tu.. Bekas tu rendam klorox dlm 2 jam.. Lepas tu bilas je.. Sisa air Klorox tu Tina guna pula buat basuh lantai bilik mandi pulak.. Tina x tau pun kesan klorox sgt buruk pada badan..
Selepas seminggu mengunakan klorox dia kerap pening, muntah dan sakit perut yg melampau. Sebelum ni dia hamil anak2 lain x pernah jadi begitu pun.. Sampaikan suaminya kata dia mengada2 sakit sbb malas nak kerja..
Familynya yg bawa dia ke hospital buat pemeriksaan.. Doktor sahkan kandungannya dah lama mati dan busuk dlm perut..Kuku Tina mengecut dan lebam (tanda kesan toksin keracunan yg merosakan organ).. Lepas dicuci rahimnya dan keluarkan janin yg busuk tu.. Dia bentan teruk sgt sakit bisa badan teramat sgt sbb x berpantang. Dia cabut rumput dlm hujan dan mengemop lantai. Lama juga baru sembuh sbb pergi hospital pun x kebah katanya..
Lepas sihat Tina berniaga membantu suami pula dan Tina terfikir kesian dan merbahaya pada penguna yg makan bekas kurma tu… Tina lebih rela penat dan mencuci cara biasa tanpa klorox..
Pencuci Lantai JENAMA TESCO.. MAID SY JADI BUTA SEHARI..!!
Ekonomi gawat sy pun berjimatlah.. Sy beli jenama tesco pencuci lantai .. Selepas mencuci lantai bilik mandi maid.. (ruang bilik mandi maid agak kecil).. Maid sy yg bernama Seri tu merasakan matanya serta merta jadi pedih dan sakit yg teramat sgt..!!
Selang beberapa jam.. Kemudian dia menangis mengadu kata dia buta x nampak apa2 langsung..!!. Sy bergegas membawa ke klinik berdekatan.. Doktor tanya detail buat apa sebelum ini.. Dia jawab cuci lantai dgn pencuci tile.. Doktor sahkan dia buta sbb mengunakan bahan kimia tu sgt tinggi merbahayakan mata dan organ.. Doktor bagi ubat dan pulih selepas 2 ke 3 hari..
Selepas insiden tu maid sy amat berhati2 mengunakan bahan cuci.. Sehingga datang maid baru bernama Nor, insiden baru pula berlaku.. Dia menggunakan Ajax berlebihan dan dadanya sering sesak nafas dn pedih mata.. Tetapi disebabkan di mengemop lantai diruang besar kesan pada mata dan badan agak berkurangan dari Seri sebelum ini..
Kini sy kunci almari yg sy khaskan utk bahan2 cuci.. Sy bagi sukatan yg selamat dan sedikit sj.. Sy nak mereka jaga keselamatan utk keselesaan berpanjangan.. Meski pun mereka pekerja tapi rasa kemanusiaan sy tetap ada..
Kalau buta atau cacat kesian mereka pulang nanti kepangkuan keluarga.. Hanya kerana mereka x tahu info dan iktibar ni sy kongsikan utk kebaikan kita semua..
ANAK DOWN SINDROM KERJA KILANG KIMIA..
Sy pernah bertanya kepada kawan2 sy yg ada anak down sindrom! Kebanyakan mereka terdedah kepada radio aktif.. Kilang yg banyak toksik.. Kemungkinan ini juga punca anak cacat down sindrom selain Allah yg menentukan takdirnya begitu..
Cuma yg sy ingat sgt ada 1 keluarga tu anaknya semua bodoh2 belaka.. Macam bendul.. X cacat tubuh badan (sy nak cakap pun susah) MASA MENGANDUNG WANITA NI SUKA HIDU CAT..!!
WANITA YG HAMIL MENGIDAM MERAPU TOLONG JGN LAYAN NAFSU YG SONGSANG BAB MAKANAN NI.. Ada suka makan sabun..Ada makan pinang cicah minyak gas.. Anak mereka sihat tapi daya otak anak mereka jadi lemah..
InsyaAllah esok sy sambung Dugaan Noor Aini Part 24 : Jiran mengamuk selepas mendengar sy ketawa..


7 Comments
baayah
Bagus juga puan kongsikan info spt ini..ramai penguna tak ambil tahu sukatan yg patut diambil, main tuang ikut suka .
Sebab tu kebanyakan bahan pencuci mempunyai penutup yg besar, digunakan sebagai penyukat untuk berapa liter air untuk satu cucian. Harap2 kita kebih peka bab2 ini.
lina
T kasih atas perkongsian .ada juga yg bgťau cium bau myk cap kapak pun tak elok tp lazimnya klau sblm atau slps guna mesti nak cium permukaan botol tu.dulu ada buat la ni cium vick atau bam
Pingback:
jamuratu malaya
Mahligai cinta
Yer cerita ni benar berlaku dlm rumah sy. ,bahaya sgt bahan pencuci ni
ainul
1st time tahu sampai boleh buta mata. huhuu.. saya pun dah tak guna pencuci biasa. skrg sudah bertukar ke pencuci organik. selamat jgk anak anak kecil yang suka berguling atas lantai
nabila
sya sendiri pernah kena..sya cuci tandas and guna setengah botol clorox untuk cuci tandas..tiba-tiba sya rasa nk muntah dan sesak nfas..sya xboleh bngun lgsung..sya ambik tindkn untuk minum air paip sbb sya mmg xboleh brnafas langsung smbil minum air paip sya jirus tmpat sya klorok tdi dan tndakn sya brhsil..sya boleh brnafas dgn baik..kluar je dri tndas sya trus minum air susu, pening dan ssak nfas sya hilang..sya mmg pntang dgn klorok skrang..
dhyra nazhar
saya baru alami perkara tersebut..tengah hari semalam masa kerja sir suruh sy bersihkn cermin yang ada tulisan maker pen(permanent)..sy guna tinner tak berkesan..jd sy gunakan clorox utk bersihkan cermin tu..lama juga sy tdedah dgn bau kdua benda tu..almost 1 hours..and then sy mula rasa pening,rasa nak muntah dan pedih mata..sy ingat perkara biasa..tp blanjutan smpai skrg..skrg da pukul 3.42 pagi dan sy masih tak boleh tidur sebab mata pedih dan berair,kepala rasa berat,tgn rasa pedih dan pijau,tak sedap perut dan baru lepas muntah2..adakah ini juga merupakan kesan dari dua bahan tsebut?