
Jiran mengamuk baling rumah dgn batu besar selepas mendengar sy ketawa..Dugaan Nooraini : Part 24
Sambungan part 24,

Keluarga ex suami pulang menaiki teksi dn masa kami bersalaman sy lihat mertua memberikan wang kepada ex suami (sy x berminat langsung nak tahu).. Berkali2 mereka berpesan kepada ex suami minta balik ke kampung… Mereka nak belikan moto.. Ex suami lebar senyumnya sambil menjawab penuh harapan “..Moto sesuainya RXZ lah Mak , mudah bawa getah , kuat pulak tu naik bukit ..kalau sy nak beli pun nanti bila ada duit…”.. (sambil menjeling kearah sy.. Sy balas mencemikkan muka)..
Masa bergerak pantas sekali rasanya..Kesibukan urusan kerja dn keluarga. Kami meneruskan kehidupan seperti biasa..Sy x padam semangat wlupun payah sgt dalam mencari rezeki..Naluri keibuan x pernah rasa aman , jauh sekali rasa senang melihat wajah Ani yg menyedihkan.. perempuan pulak tu... “Ya Allah aku ada anak cacat, apa akan jadi nasib dia nanti besar kalau Ani terus x boleh jalan..Macam mana dia nak jaga diri..Kalau adik beradiknya dah kawin sape pulak yg akan jaga dia dah tua nanti…” (dulu sy kurang ilmu agama.. Sy fikir kalau sy mati , Yati dn Anten akan jaga Ani.. Sebenarnya bukan manusia yg jaga Ani… sepatutnya sy hanya mengharapkan Allah yg akan menjaga Ani.. Allah yg mencaturkan manusia.. Apa sj bentuk kehidupan milik Dia & izin Allah semuanya)
Sy sentiasa berdoa dalam hati x mengira waktu… Hati merasa lebih lagi hiba semasa mengurut kaki Ani.. Keding.. Kering sekali.. X macam kaki Anten dan Yati.. Sy mengharap Allah berikan keajaiban supaya dia boleh berjalan.. Kalau terencat otak sy redha jer.. X sanggup rasanya memikirkan Ani terus terbaring sampai besar.. Sayu hati dah lah mukanya nampak lemah.. Ani hanya boleh bercakap Mak dn 2 3 patah perkataan je.. Akal dia macam bayi.. Meskipun umurnya sudah 3 tahun…
Melihatkan 3 org anak ini masing2 dgn keletah dn keupayaan masing2.. Yati kini sudah masuk 4 1/2 tahun.. lagi 2 tahun tadika.. Anten sudah mula berpapah nak berjalan.. Ani masih sama macam tu je.. Dia
Jarang sakit dh.. Anten sy berikan susu formula jenama Dutch Lady.. Sy bagi k3 anak2 setiap hari minum rebusan air nasi + Gula+ sikit garam. (Sy anggap itu susu)..
Mak Cik Jiran yg jaga anak tu sy bayar seminggu sekali.. Ikut berapa hari menoreh.. Sy semakin biasa menoreh 10 ekar dan tidaklah sepenat dulu.. Hati sy berhajat mahu mencari lebih (pawah) dikebun getah orang lain..
Belum sempat mencari tuan punya kebun getah utk dipawah.. Moto vespa rosak pulak tahap koma paling teruk, dan kata pomen moto ni banyak kena ganti ..Kalau ada duit cepat siap, mereka nak desposit RM 500.. Enjin terbarai.. Total mungkin lebih dari 1200… Moto tersadai di kedai moto… 3 hari kami x kekebun ..
Kata Ex suami x balik modal RM1200 buat repair, jual timbang kati je moto vespa tu.. Lebih baik beli moto baru..Sy berpesan kepada ex suami.. Kami ada duit simpanan masa tu +- RM 600… Malu hidup meminta2, sepatutnya sebagai anak kita menyenangkan org tua..Bukan dh kawin menyusahkan org tua.. Bina lah harga diri..Kita azam menjadi manusia yg berharga.. Bukan jadi buaya tembaga.. Menganga mulut mengharap mangsa masuk rahang.. Xkan sampai tua mak ayah sara kita dn bagi alasan terus2an yg kita x mampu…
Sy suruh ex suami bagi pada Maknya RM 600 tu..dn minta dia dulukan duit mereka belikan moto tu..Kami bayar setiap bulan .Anggap kami berhutang.. Ex suami gembira sekali kerana sy mahu berbincang dgnnya macam sy suka moto baru. Sebenarnya sy suka nak kerja lebih kuat kalau ada moto nanti.. Ex suami sgt bersemangat sbb sy x marah.. Dia ingat sy dah suka dgn dia..Apa sy buat sama sekali bukan sbb suka dia atau x.. Sy ada maruah harga diri.. Hakikatnya sy boleh kerja dapatkan duit utk bayar balik..
Ex suami pun pulanglah kekampung.. Naik bas.. Katanya kalau cepat urusan dia akan cepat balik kerumah, balik terus bawa moto baru.. Myb dalam 3 ke 4hari je, sampai selesai kes beli moto tu.. Sy x menoreh selama dia x da..
Ketiadaan ex suami amat menakutkan sy.. Bukan sbb binatang buas atau hantu.. Tetapi Lelaki / suami org yg miang habitnya mengendap terutama lewat malam.Rumah kayu, bilik mandi yg teruk mmg mudah utk aktiviti ni (mengendap).. Sy berhati2 sekali bila kebilik mandi.. X boleh pergi ke bilik mandi dgn waktu yg sama.. Dalam rumah kena hati2… Selama sy tinggal disana pernah sy menjerit kerana nampak bayang org.. Dan org tu lari x dapat kejar.. Yg pasti bukan remaja.. Besar badan saiz bapak orang.. Kejadian mengendap ni yg sy takutkan jika dia lebih bertindak lebih berani naik kerumah masa tiada ex suami…
Kini sudah 3 hari, masih x balik lagi ex suami dr kampung… Petang jam 6 sy bersama 3 anak duduk diberanda menantikan waktu gelap.. Sy sudah bersiap, tutup tingkap dan pasang kelambu pun.. Tinggal nak pasang pelita je nanti.. Dalam hati sempat berfikir lama betul sy dah x dengar radio.. X tengok TV.. Betul2 jauh dari kemajuan dunia sy ni..Tersentap tetiba bila Mak Cik jiran sebelah kiri rumah menyapa..” Ita x noreh ke dah 3 hari hari ni… X nampak moto vespa, Anak2 pun x kemari.. Laki ko pun x nampak.. Kemana Ta “.. Kami menyembang (sambil berhadapan) menerusi beranda rumah..” Ya balik kampung agaknya esok balik lusa balik lah tu..”..
Bunyi katak kuang sudah kedengaran sayup2 di sungai dari arah sungai (depan rumah dibawah jurang).. Anten aktif berpapah sudah berani berjalan jatuh..Sy sambil menjaga Anten supaya x jatuh, takut dia cedera..”Lama betul dia balik kampung kali ni… Biasanya x lama gini kan ta.. Ada hal apa..?? “..
Sambung Mak cik ingin tahu lanjut ttg ex suami… Pendek je sy jawab utk x menghampakan Mak Cik “Ntah lah Cik sy pun x tau.. Harap2 semuanya baik2… Cik sy nak masuk dulu ya..Dah senja ni..”..
Sy bawa anak2 masuk kedalam rumah.. Terus sj sy memasang pelita.. Elok pelita semua menyala sy meletakan tinggi agar x di capai oleh Anten… Sy kedapur masak makan malam utk kami ber4.. Selesai makan dn solat isya’ terus sy menidurkan anak2..
Kedengaran suara moto keras dari ke jauhan.. X pernah sy dengar bunyi sekeras itu.. Makin lama makin dekat kearah rumah.. Sy senyap tanpa menjengah kerana mahu menjaga anak2 yg baru sj tidur.. Ex suami memanggil sy dn sy x menjangka langsung ex suami akan balik..Risau hati sbb dah jam 10.00 mlm.. (sudah kira lewat malam). .Sy takut org jahat menyamar suaranya..
Berkali2 dipanggil baru sy dtg.. Sy bawa pelita dn menjengah ditingkap.. Betul ex suami balik.. Tingkap rumah Mak Cik dr kiri dn kakak sebelah rumah juga terbuka kecil.. (mengintai)..
Sy melihat besar betul moto RXZ warna hitam. tegap sekali..Jauh lebih mantap dn cantik dari vespa.Ex suami tanya “lawa kan moto ni.. Mahal ni.”.. Sambil menceritakan harganya pada sy (Maaf sy x ingat harganya dn x ingat berapa sy bayar sebulan pada mertua)..
EX Suami x berhenti2 bercakap.. Dia bercerita walupun sy x menyoalnya.. Senyap sj sambil menyediakan makan utknya.. “Laju betul moto ni… Minyak kuat sy dari kampung jam 1.00 tgahari.. Lambat sbb berhenti2 hujan masa tengah jalan”…Sy hanya menjawab “Esok noreh ke x , pakai moto baru kan..??..”…. Sy terus menyiapkan barang2 keperluan utk esok bekerja “…Ehh noreh lah kita rasmikan moto baru” ..Jawab nya. ..
Bangun keesokannya seperti biasa kami ke kebun.. Sy menjenjet bekalan dan kekok nak naik moto besar.. Masa start moto saja sgt kuat bunyi moto tu memecah sunyi pagi.. Mmg kurang sopan RXZ…!!.. Seperti angkuh layaknya..
Sekejap saja mendaki bukit dan mantap moto tu manjat bukit..x lah macam vespa batuk2 semput nak manjat bukit.. ha ha ha.. Kami hanya menoreh sja hari ni.. Masa pulangnya sy mengutip kayu2 getah utk dijadikan kayu api buat bahan bakar masak.. Ye lah masak dapur kayu kan.. Kami pulang awal hari ni..
Sampai dirumah sy terus mengambil anak 2 dan sibuk kedapur (ex suami jaga anak).. Sy masak lemak cili api ayam hari ni.. Dan tumis daun pucuk manis bersama ikan masin (makan tengahri).. Siap memasak ex suami mengemaskan bilik mandi dan menarik getah paip utk membersihkan tanah merah yg melekat pada tayar moto baru tu..
Bilik mandi dan ruang makan kami berdekatan dgn jiran sebelah kanan.. Sy panggil Kakak (Usia 30an) asal Perak.. Sy takut nak bercakap dgn kakak lebih2 lagi x berani dgn suaminya yg sgt panas baran. Kakak beritahu sikap suaminya begitu.. Meskipun kami dekat boleh dikira sy kerumahnya.. Sy sgt takut nak bergaul kerana x selesa..
Selesai basuh tayar moto, sy minta ex suami naik makan , dah lama terhidang pun… Masa sy menyuruh ex suami naik kerumah tu, suami & kakak jiran sebelah kanan rumah baru pulang dari kebun.. Mukanya berang sekali merah padam.. Penat atau sedang marah nampaknya begitulah pada firasat sy..
Sy x suka nak menyapa, nanti cari pasal je dan cepat2 sy masuk kedalam.. Ex suami pula ramah nak menegur “Bang baru balik ya..banyak getah bang hari ni.??.”..dalam hati sy nape ramah sgt ..Kalau nak tegur pun tengok lah air mukanya.. Ntah 2 dia baru gaduh dgn bininya ke.. x pasal2 kita pun dimakinya sekali..”Boleh lah..” lambat baru berjawab dan pendek je jawabannya..

EX Suami naik kerumah dan kami pun makan.. Masa makan ex suami bercerita rancak sekali tanpa henti seakan2 meriah sekali.. (mood happy masih ada lagi agaknya)... Sy x ingat apa dibualkan cuma sy ingat sy mencelah ttg masak lemak cili bertahi ayam.. Kami ketawa dan sy paling kuat ketawanya.. (masa muda mmg habit sy ketawa kuat.. Sejak umur sy 35 tahun, sy x suka.. Buruk sgt perempuan ketawa kuat)..Tiba 2 sy dengar bunyi dentuman sgt2 kuat dari dinding rumah kami sebelah kanan dekat rumah kakak yg dari Perak tu..
Kami terberhenti makan.. Senyap sbb terkejut.. Sy bergegas bangun nak tengok apa puncanya… Sy jengah kepala keluar melihat dinding.. Dinding ruang makan pecah bahagian bawah.. Besar juga terlopong,..dan ada batu besar dibawah rumah (Kesan baling)… X terfikir xkan jiran ni baling kot…!!
Terkedu sy dan bila sy lihat Suami kakak sebelah kanan tu tercegat hanya 3 depa dari depan dinding yg pecah tu… APA LAGI BERGEMA SUARA SUAMI KAKAK TU MAKI HAMUN SEKUAT2NYA. ….” KURANG AJAR SIAL PUNYA ORANG.. NAK TUNJUK LAGAK KAYA KONON… HOII BANGSAT TAK PAYAH TUNJUK KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI KORANG LAH.. HAAAHH KETAWA KUAT.. TERBAHAK2.. JANGAN SAMPAI AKU HILANG SABAR YE… KALAU KAYA SANGAT X PAYAH DUDUK SINI..”..(Amok suami kakak tu , isterinya kakak tu x keluar pun..)
Takutnya macam halilintar, kalau dia bawa parang macam mana.. Sy meyesal ketawa kuat.. Apa kena mengena ketawa kuat sampai dia marah sgt.. ishhhh sy x pernah ketawa kuat sebelum ni semenjak tinggal di sana.. Sy bersembang teringat kisah silam masa baru kawin x pandai siang ayam.. tu lah punca sy ketawa dn itu juga pertama kalinya sy ketawa kuat sejak tinggal di sana…
Sy x pernah pun berlagak dn menunjuk2 pun.. Apa yg nak ditunjukan..Mmg sy xda apa.. Suami kakak tu marah sbb kami ketawa atau sbb beli moto baru kot (sangkaan sy).. Sementara ex suami senyap x berbunyi langsung..
Sy masuk terus kedalam rumah.. Badan mengigil ketakutan… Sejak hari tu sy x berani buka tingkap dapur sebelah kanan.. Sy juga x repair pun kesan pecah dinding tu..(mudah pulak org nak mengendap).. Sy sumbat dgn kain je.. Takut sangat sampai nak lalu kat tanah sendiri pun sy x berani.. Semak sampai naik rumput tinggi, sy x tebas pun sbb takut sgt kerana mengadap jiran rumah kakak tu..
Seminggu selepas tu, Mak Cik jiran yg jaga anak sy tu beritahu kecoh orang mengumpat ttg kami, tersebar kat jiran2 terdekat dan sy rasa kedai kopi juga mungkin lebih panas story buruk sy… Sy semakin takut berjiran sy wajib berhati2 tindakan sy. Tak seronok hidup difitnah.. X aman hati…


17 Comments
kakcik
SubhanAllah…MasyaAllah…AllahhuAkbar!
Macam-macam perangai manusia ini…
Penyakit hati ini ada macam-macam. Silap haribulan, mati berdiri dibuatnya!
jamuratu malaya
Kak cik..ha ha ha ..jiran sy tu akhirnya pindah dari situ duduk jauh dgn org..agaknya dia x tahan tengok kelebihan org lain
niezah hadi
Itu la dia rupa org Melayu yg layu dengki dgn kelebihan org lain.beratnya dugaan puan nier muda lagi dah diduga dgn ujian yg berat
jamuratu malaya
Ye Pn Nieza ..berat 2 ujian sy..x pernah putus 2 ujian..dah tua ni ujian lain pulak sy rasa
aiNi
Orang yang sakit hati tengok kebahagiaan orang lain adalah orang yang tidak bahagia hidupnya.
Bagi saya jiran tu bertindak begitu sebab tiada ilmu. Orang yang hidup tak berusaha menambah ilmu, malas mendengar pengajian nasihat dan malas mencari ilmu dunia dan akhirat, memang hatinya keras dan bodoh sombong.
Ini berdasar pengalaman yg saya nampak lah.
Malangnya ramai org melayu kita yang ada sifat macam ni. Bahayanya sifat ni sebab ia mendekati sifat orang munafik yang suka berpura-pura.
Ketahuilah orang munafik ni sangat hina sehingga mereka termasuk golongan yang akan mengikuti dajjal mengikut hadis sahih. Nauzubillahiminzalik…semoga Allah menyelamatkan kita, jiran puan dan ahli keluarga kita drp sifat yang tercela.
jamuratu malaya
Aini: Mmg susah berjiran..susah nak dapat jiran baik sampai sekarang pun rumah mewah pun dengki banyak cik Aini
GokuSuperSaiya
asallamuallaikum bonda, cam sy kan bonda dah biasa depan senyum belakang tikam belakang. pe sy boleh buat senyum je lah. kalau dulu masa sy kena sihir mungkin rumah orang tu turut berlubang kena baling batu. sy belajar kawal emosi marah sy. marah memang ada cuma kawal api kemarahan. take time juga.
baby kena sihir akan nangis dan ketawa, org dewasa kena sihir biasanya 24 hour mood mudah swing. kalau period datang bulan kita faham, tapi takkan lah mood swing hari2. so benda tu biasanya gangguan sihir.
pernah berlaku depan mata sy baby 3 bulan panggil mak. mak baby tu waktu maghrib pergi giant. sebelah giant ada sungai. jadi jin dekat sungai tu follow family ni sakat main baby tu. bila nangis tengok atas lepas tu ketawa lepas tu senyap. kalau baby nangis betul keluar air mata kalau nangis gangguan dia akan tengok atas ketawa main dengan kawan ghaib dia. hasil merawat tu jin ni anak bongsu tak de adik, jadi tengok anak orang puaslah dpt adik baru. kena sekeh baru jin tu keluar tak ganggu baby.
baayah
Berat sungguh dugaan puan. Hasad dengki sentiasa ada dimana2.
jamuratu malaya
Betul puan baayah. .tapi kita hidup nak juga dgn manusia. ..sunyi hidup kalau x berkawan dgn org ..cuma sy takut2 nak berjiran…
lina
Kita bkn nak menunjuk2 tp keperluan .memang berjiran ni tak semua indah kbykkanya bermuka2 ,dengki .suka tgk dlm tapak tgn org len padahal Allah bagi adil.dulu saya layan juga tp selalu kena sindir anak seorg ada byk duit.saya ni tak pandai nak balas.kesian tau yg ckp mcmtu org yg umurnya bonus dari Allah.
jamuratu malaya
Senyum sy baca semua komen puan2 yg mengalami kisah macam sy…mereka ni tengok bumbung rumah kita pun sakit hati..kemana sj pergi sy duduk maslah jiran mmg x leh nak elak..mesti ada
qsuri
Bukan zaman dahulu saja. Zaman skrg pun masih ada penyakit PHD nj. Jiran saya pernah datang ke rumah saya dan marah2 pada suami pada masa tu saya balik kampung. Bila ditanya apa sebabnya kata saya mengada-ngada nak tunjuk kebahagiaan pada org walhal hanya kerana saya salam cium tangan suami sblm masuk kereta.
Ragam manusia pelik2. Malas berusaha tapi cemburu bila melihat pencapaian yg dicapai oleh org yg kuat berusaha. Penyakit hati memang tiada ubatnya melainkan org itu sendiri berusaha untuk menyucikan hatinya.
Apa yg penting kita tahu siapa diri kita dan tak pernah jemu memohon padanya.
P/s: cerita puan rozita pasal masak lemak cili padi tahi ayam tu buat saya terbayang2 bila nak makan masak lemak cili padi 😉
jamuratu malaya
Buruk nya kelaku…nape nak sakit hati. .doa lah mudahan kita bahagia sekali macam puan qsuri. Adalah lebih baik dr kita dengki
Ajak
Susah kalau hidup dgn jiran yg mcm x ada otak. Jiran saya pun sama mcm puan. Malah lebih teruk. Makin kita diamkan makin dia mengarut. Sebelah hati kata nak bersemuka dan basuh cukup2.. tapi sebelah hati lagi kata jangan cari musuh. Jangan besarkan api.. nanti melarat. Tak ada istilah takut dlm hati .. bila2 masa boleh bertagak. Hati menanah menahan sabar setiap hari. Kalaulah x ada undang2..hmm. Kepada sesiapa yg ada jiran yg tak reti hidup berjiran…sabarlah banyak2. Buat tak pandang aje. Kalau x boleh sabar jugak..hmm…bungkus kain baju duduk rumah lain. Lebih baik chow dari gagal menahan amarah dan kita kena penjara atas sebab2 bodoh dan kebudak2an. Macam saya.. saya pilih pindah. Settle masaalah.
jamuratu malaya
Salam EN Ajak,
setiap perbuatan ada kifarah , dunia atau akhirat..Sy baru balik dr rumah sy di Felda i, lelaki yg x kuat menahan marah jiran sy ni sangat sedih. Dia x boleh berjalan, hanya baring dgn mulut yg senget..Sy menemuinya dn menyapa kabar tanya setelah 20 tahun x jumpa..
Dr sini sy sangat takut menzalimi org kerana pembalasan Allah amat perit .Mulut yg menyala x mampu bersuara, badan gagah jd mayat hidup..iktibar buat sy juga ttg kebesaran Allah
Zaiton
Jangan kan ita ketawa kuat bab masak lemak tahi ayam..kak ton yg baca pun tergelak barai..lagi tergelak bila baca bait2 kata laki kakak sebelah marahkan korang..hahahaha..lawak betul..org ketawa pun jadi salah..adoiii aii..ade penyakit hati ni ssh kan ita…kikikiki
lisa
Saya pun ada jiran yang jahat. Dia belajar di ukm dan bekerja di menara maybank . Roziha nama dia. Kerja dia ni selalu mengendap kawasan rumah saya kemudian dia akan sembur pewangi ke arah kawasan rumah saya. Yang peliknya dia yang mengendap rumah orang tapi dia yang nak salahkan org.
Bila kami keluar pun dia mengintai. Tapi kalau dia keluar siang malam pagi petang dengan pintu melopong dansuruh anak buat bising kami tak pulak busuk hati dengan dia. Manusia ni belajar je sampai u tapi bodoh jugak.
Semakin hari semakin bertambah alat semburan pewangi dia letak di tembok. Kenapa manusia begini terlalu busuk hati. Hinggakan aku ada juga maki hamun dia. Sbb dia yang mulakan aku tak mengendap dia pun..aku tak kacau laki dia pun( tak hensem pun)