• Jejak Bonda

    Ramai ingat pokok betul…

    Spesis mengkuang ni memang susah nak dapat.. Macam pokok betul..!! Pasu besar setinggi 4 kaki berasal dari Bali. Pokok mengkuang ini setinggi 12 kaki.  Sangat besar dan lebar, saya hias di sudut ruang tetamu utama..Langsir putih dan kayu pemisah berukir menjadikan sudut ini lebih unik dan seni, mencuri perhatian tetamu.. Saya sumbatkan kertas surat khabar yang diramas saiz sebesar penumbuk untuk membuat tapak letak pasu mengkuang . Hampir 30 kilo surat khabar ada dalam tu..!! Atasnya saya tutup dengan akar tiruan supaya surat khabar tak nampak… Ramai yang ingat pokok betul dan nak minta anaknya jika ada nanti..Saya jawab “ tunggu lagi 20 tahun pun tak beranak “..he he he…

  • Bicara Bonda

    Roza Wanita Solehah…

    Program Bukan Sekadar Resepi menemuikan saya dengan seorang wanita figura istimewa Puan Roza selaku chef dan host utama. Program masakan tajaan adabi disulami  tazkirah itu amat bermenafaat menyampaikan ilmu Allah disamping belajar memasak. Meskipun hanya tetamu atau “ Penyibuk” dalam program tersebut  terselit pengalaman yang ingin saya kongsi bersama pembaca blog saya. Berjayanya seorang lelaki kerana isterinya begitulah yang saya gambarkan pada wanita bernama Roza. Jujur dalam semua percakapan dan bibirnya sentiasa menitip zikrullah. Roza karakternya sangat lembut , suka menasihati orang. Azamnya yang hebat iaitu ingin suaminya berjihad kejalan Allah dan berusaha berbagai cara dengan membelikan buku, sokongan moral agar terus  ke arah kebaikan. Disulami dengan rutin ibadah bangun…

  • Biodata Bonda

    Tasbih Mak Long bercahaya waktu malam.

    Sambungan dari stori “ Sg Nibong Selangor , saya dibesarkan” Perjalanan saya teruskan lagi ke Sabak Bernam untuk kerumah Mak Long (Kakak sulung arwah abah) Mak long merupakan insan paling sabar yang saya kagumi. Banyak kisah tauladan yang boleh dijadikan iktibar sepanjang kehidupan saya. Setiap  perbuatan pasti ada pembalasan . Buat baik balasan pasti baik begitu jualah sebaliknya sebab itu saya sangat takut kepada kifarah.  Kifarah yang terjadi kepada 2 orang lelaki dari keluarga terdekat saya yang kurang siuman dan cacat selepas melawan guru. Seorang lagi hidup merana diusia tuanya kerana sering menengking ibunya semasa remaja kerana masakan yang tidak sedap antara tulisan saya yang akan datang. Inshaallah. Kali ini…

  • Biodata Bonda

    Tajuk : Sg Nibong Selangor , saya dibesarkan.

    Sayang dan hati selalu berdetik amat rugi saya tidak suka bergambar dan menyimpan gambar2 lama sebagai sejarah.Kesempatan atas urusan kerja kebetulan lalu dan singgah di kampung kelahiran saya Sabak Bernam.Saya tidak melepaskan peluang singgah dirumah lama tempat saya sering bermain-main semasa zaman kanak-2.Alangkah kecewa kerana rumah usang milik arwah nenek saya sudah dirobohkan yang tinggal hanyalah rumah lama ibu saudara saya. Tidak banyak yang berubah tempat ini melainkan kelebaran jalanraya.Inilah parit tempat saya berkubang.Saya tidak pandai berenang hanya dengan berpegang 2 biji kelapa saya sudah merasa sangat seronok kerana dapat mengapungkan diri.Saya pernah dipukul oleh arwah abah saya dengan pelepah kelapa akibat berkubang disini. Saya amat suka memancing dan seperkara…

  • Jejak Bonda

    Sarung bantal sulaman india

    Saya suka sangat dengan sulaman pada bantal ini ..Ia sangat cantik dan bercahaya dibawah samar lampu. Saya beli di Hilton Mekah pada tahun 2007 dengan harga RM 120.00 sepasang. Masa tu saya beli 2 pasang. Saya meletakan dikerusi rotan bulat diruang menonton TV.. Saya harap dengan kasar sulaman manik2 itu akan membuatkan anak-2 saya tidak mengunakan sebagai bantal untuk tidur..

  • Petua Bonda

    Rawat black head dengan bahan makanan..!!

    Black Head ialah bintik hitam  asalnya dikenali sebagai comedones . Cara mengenal black head ialah bintik hitam menyumbat pori 2 muka. Pori2 itu terbuka kecil kerana wujudnya bintik hitam di permukaan kulit . Puncanya ialah liang roma yang tersumbat  akibat  satu bahan berminyak menjadikan lapisan muka menjadi black head . Folikel rambut pada kulit yang dipenuhi dengan serpihan kulit- keratin dan sebum  . Bintik hitam berlaku terutamanya pada muka dan hidung . Masalah ini adalah normal bagi remaja terutama mereka yang mempunyai kulit berminyak. Bintik hitam boleh dipanggil peringkat jerawat pertama, sebelum bakteria memasuki liang tersumbat. Punca bintik hitam Tekanan Perubahan hormon Warisan Kulit kotor Kosmetik yang tak sesuai Mencuci…

  • Jejak Bonda

    Lampu Bunga Ros

    Saya suka pada bentuk lampu Bunga Ros yang berlingkar-lingkar ni..!! Bila dipasang warnanya romantic. Saya membelinya sebagai hadiah pada diri sendiri.. Tak mahal pun harganya..Bagi saya hiasan tidak perlu mahal dan beli jangan ditempat berjenama atau kawasan orang elit.Cari Dikedai biasa dan kena pandai tawar. Asal seni unik saya beli lah, mahal saya tak akan beli .Sikap orang cina saya dapati kalau nak murah kena beli banyak baru dapat diskaun banyak. Kena survey banyak kedai compare kan harga. Harga lampu tak sama setiap tempat..!! Sebab bukan barang kawalan.  

  • Bicara Bonda

    SYARIKAT ITU MATI kita yang menghidupkannya..

    Sedikit tentang rutin harian saya bagaimana saya urus masa. Saya sangat berdisiplin dan berkira dengan masa. Tak pernah saya membuang masa lepak-lepak meskipun dirumah .Waktu cuti saya diisi dengan belajar macam-macam perkara. Saya juga masih belajar ada guru datang kerumah untuk mengajar saya dan anak-anak. Doctor, pakar pemakanan dan ulama . Hobi saya memasak – berkebun – travel dan cari bahan ilmu adalah keutamaan hidup saya. Hidup tanpa kerja bagi saya membosankan. Kini sejak ada blog saya akan menulis untuk up date stok seminggu mengikut bahan yang ada dalam kamera. Style saya menulis pula saya bayangkan saya sedang bercerita dengan anda..!! Saya latih diri menjadi MELAYU BARU – KERJA CARA…

  • Petua Bonda

    Rawat bawah mata hitam..

    Lingkaran hitam dibawah mata dialami oleh lelaki dan wanita. Ia membuatkan wajah kelihatan pelik . Kesannya bawah mata nampak bayang-bayang kelabu dan lebih teruk lagi sehingga gelap hitam di bawah mata mereka. Sehingga ada yang mengelarkan seperti mata burung hantu. Hakikatnya jika dibiarkan ia akan kekal . Bagi kaum hawa kulit menjadi nipis dan kesan lingkaran hitam lebih ketara bila  semakin berusia . Urat lebih menonjol kelihatan dan ketahui antara puncanya ialah : Keletihan dan tidak cukup tidur, Tekanan hidup atau penyakit. Kekurangan nutrien atau penggunaan ubat-ubatan Rabun yang kuat Mata kerap stress Memakai cermin mata yang kuat power Rawatan terbaik ialah melakukan perkara yang bertentangan diatas : Rancang masa…

  • Bicara Bonda

    Ceramah Di Kementerian Pembangunan Wanita Di Dynasti Hotel..

    Saya dipilih sebagai penceramah berdasarkan pengalaman saya pernah menjadi ibu tunggal dan bagaimana saya mencipta kejayaan merubah nasib dari miskin sehingga mampu menakluki pasaran atas jenama Sendayu Tinggi selama 18 tahun. Saya sangat berbesar hati menerima jemputan dari JPWuntuk memberikan ceramah motivasi kepada lebih 500 orang peserta di Dynasty Hotel . Peserta terdiri dari usahawan yang dilatih berdaftar dibawah JPW ini terdiri dari ibu tunggal, suri rumah dan wanita yang berkerja dengan pendapatan rendah dari seluruh Malaysia. Mood saya amat senang menyampaikan , kerana saya memahami perasaan mereka. Saya menyampaikan mengikut naluri saya yang pernah melalui kesedihan dan kesakitan ketika itu. Melawan perasaan lemah dan membangunkan semangat yang kuat bukan…

error: Content is protected !!