Jejak Bonda

Seni Indonesia – Ukiran dari wanita bali..

Ini adalah pasu tanah liat orang Lombok juga. Hanya diperbuat dari tanah liat..sedikit ukiran dan cat Goldas kata orang indon..!! Disebalik ukiran dan pasu tanah liat bali ini saya ingin simpan kisah perbualan menarik dan moral dari story yang saya akan cerita disini disamping minat saya pada seni.

Kerja seni di Indonesia sangat hebat mungkin kerana peluang perkerjaan sangat susah maka bakat seni mereka boleh dipasarkan. Kerja mengecat dan polish kayu dibuat oleh wanita sambil menyusukan bayinya..

Ukiran dinding ini ditempah di Bali. Ia menghiasi panel dinding di kasawan ruang tamu.. Saya bawa ke Malaysia dengan kargo..Masa saya tempah ukiran dinding ini  hati saya sangat tersentuh melihat ibu muda yang sedang mengecat warna-warna pada ukiran kayu ini..Dia berkerja sambil membawa anak kecilnya. Anak itu mengesel-gesel badan  pada ibunya , mahu menyusu ibunya sambil takut melihat saya orang asing..!!

Kalau anak saya tu dah lama masuk hospital sebab habuk dan bau cat yang kuat boleh meyebabkan asma. Kaki anaknya tak berkasut pun ..!! Saya bertanya “  Anak ibu tak apa-apa dibawa kemari gimana kesihatannya..tak sakit kah dia kerana selalu ikut ibu kerja disini ..??

 Jawab ibu muda itu..“ Tak sakit bu..jarang sekali dia sakit meskipun disini banyak habuknya..kan namanya pun cari rejeki..Tuhan kan tolong sama kita bu..kalau sering sakit mana saya punya uang bu..!!..Banyak persolan diminda saya menilai cara ibu muda ini berfikir….” Suami ibu kerja apa..?? Senyum sayu dia memandang saya sambil menjawab dan tangannya menguis-nguis rambut anak kecil nya “Suami dirumah ngak ada kerjaan , cuma jaga sapi sabit rumput . Tak cukup buat belanja kami bu..!!

1)      Ibu muda ini meskipun berugama hindu dia bersangka baik dengan tuhan dan yakin tuhan bersamanya..

2)      Negara kita maju banyak perkerjaan..wanita atau lelaki jangan malas dan buang masa.

3)      Bangsa melayu jangan mundur , nanti melayu kalah dalam negara kita berbilang bangsa.

4)      Sebagai muslim , kita sepatutnya yakin pada khazanah Allah amat luas..!!

5)      Di Bali mencari perkerjaan sangat susah..!!

6)      Jika berkerja sebagai sale girl atau spa 18 tahun gaji baru RM700.

7)      Mereka tidak ada cuti umum ..tidak ada MC.tidak ada istilah cuti tahunan..

8)      Lelaki Bali kebanyakan malas kerja berbeza dengan wanitanya

9)      Menyusukan bayi menguatkan antibody anak…

10)   Ibu ini sanggup berkerja demi anaknya meskipun suaminya pemalas.

 

Kasih sayang mampu  merubah manusia untuk jadi bertanggung jawab . Hanya dengan rasa tanggung jawab manusia itu mampu untuk merubah dirinya dna seterusnya mampu merubah orang lain dan negara..ORANG MALAS DAN SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN ..MAKSUDNYA ORANG ITU TAK KENAL DIRI SENDIRI DAN TAK BERTANGGUNGJAWAB JUGA KEPADA DIRINYA SENDIRI..

2 Comments

  • sarah

    puan, seorang ibu sanggup bekerja seteruk mana pun untuk anak-anak..itu yang saya cukup percaya. orang melayu tinggi hasad dengki dan suka berpecah belah. tengok keadaan sekarang ni. dimana bangsa kita.saya rasa sungguh sedih sebab banyak masalah sosial, orang melayu yang terlibat.

  • Joycelyn

    It was hard for me to find your page in google. I found it on 22 position, you should build a lot of
    quality backlinks , it will help you to increase traffic.

    I know how to help you, just search in google – k2 seo tips

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!