Jejak Bonda

Almari lauk pun ada bunga..

`Adakalanya suami merunggut “ dah macam hutan rumah ni.” Saya malas minta pendapat suami dalam menghias rumah kerana dia hanya komen “ membazir “..Suami saya minat kereta dan gajet. Bagi saya kereta juga membazir . Hobi saya menghias rumah dan mengubah bunga . Hari ini saya nak kongsikan tentang almari lauk style kampung kan , tu lah tempat simpan lauk atau masakan keluarga kami.

eIa dari kayu yang berusia ratusan tahun dan dikemaskan dengan kapak. Berlekuk –lekuk kesan kapak dan tiada paku langsung pada almari ini..!! Unik dimata saya dan dapat hidupakan nostalgia zaman kanak-kanak dirumah nenek nak makan buka almari lauk..!!

Gubahan bunga ini diletakan dalam pasu leper.Ranting diletakan supaya nampak tinggi.Bunga-bunga kecil berwarna kuning sebagai penyeri.Manakala pokok renek sebagai merimbunkan gubahan mencantikan sudut pandangan atas almari lauk.

Manusia wajib ada hobi  keraan dengan hobi masa dapat digunakan dengan baik. Ia juga dapat memberikan kelapangan berfikir.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!