
Sosilawati “Ita aku sunyi…”
Semasa saya berkerja di syarikat hartanah dan memulakan perniagaan ST diawal 1997 Arwah Sosilawati dan Dr Becky dengan jenama produknya paling hot pastinya mereka ini sangat dikenali pada zaman itu. Mereka merupakan wanita “Hartawan Kosmetik”. Selain pelopor kecantikan ada nama lain hangat dipasaran seperti D Wajah, Olynn dan Felisa.
Selepas ST menapak dalam industri herba saya ditemukan dengan Arwah dalam satu perasmian butik kecantikan di KL pada tahun 2000. Arwah sangat peramah dan terus bercerita tanpa henti seakan-akan dia sudah lama mengenali saya. Sejak itu kami sering berbual sehinggakan sewaktu kami membuat umrah di hotel yang sama dan banyak menyelami kisah peribadi bersama.
Karakter Arwah yang menceriakan semua orang dan suka bercakap dengan nada suara kuat dan suka ketawa. Bila dia menangis atau tertekan tak sampai 15 minit dan berusaha mengawal emosi dengan ketawa dan senyum semula untuk menutupi kesakitan jiwanya. Sewajarnya Arwah boleh mengubah nasib dirinya menjadi lebih baik.
Kisah cinta dan kecewanya diluahkan melalui phone sehingga panas telingga kerana berjam2 kami bergayut berkongsikan pandangan saya.Kelemahan Arwah ialah sifat penyayang dan cepat percaya pada orang sering makan dirinya sendiri. Saya akui saya pengasas yang menyendiri kurang bersosial atau lebih tepat terperuk dirumah dan tumpuan kerja sahaja.Berbeza sekali dengan arwah dan pengasas lain amat aktif dan sering kelihatan disebarang majlis.
Apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah 3 bulan sebelum saat akhir kehilangannya dia menelefon saya. “ Nyah ko bahagia tak dengan laki ko ..?? Kalau ko x bahagia..Jom lah temankan aku ke Bali..Terperuklah ko ni Nyah..Aku ada …….bla bla bla “ ( Arwah menceritakan kisah barunya pada saya ..). **Biarlah Rahsia **.

Hanya yang saya boleh kongsikan ialah kata-kata arwah yang tak akan saya lupakan. Sehingga saya ikut menangis selepas dia bercerita panjang lebar ..“ ITA AKU SUNYI , SEBAB TU AKU CARI KAWAN-KAWAN SEBAB NAK ISI KEKOSONGAN HATI AKU..LELAKI NAK AKU SEBAB DUIT JE TA.. “.
Nasihat saya pada Arwah “ Wati , jangan bagi dan suapkan duit pada lelaki hanya kerana nak memiliki cinta lelaki ..!! Situasi kita ni Wati nak dapat suami tak mudah dan jangan percaya sekali pun mereka itu baik.. Simpan 50% untuk berjaga2. Sebab tak tahu mereka suka kita sebab apa dan sampai bila.. Hati tertipu sakit, duit tertipu lagi 2 kali sakit.. Maruah kita dihina sekali bila tak suka masa tu. ..nahhh..3 kali sakit Wati kan..!! Selepas itu dia menemui penganti baru dengan kisah barunya.
Seorang wartawan menelefon saya.“Kak Ita Wati ada call akak tak..? Saya call ni tanya kak kot2 akak tau.. Anak dia dah buat report polis. 3 hari Wati tak balik katanya ke Banting . Call banyak kali tak angkat. Semua risau ni dan media tak dibenarkan kecoh lagi sebab tak pasti.. Ni rahsia tau kak jangan cakap dengan orang ..!! Lagi 3 hari tak balik dan tak dapat juga dihubungi memang jadi kes Polis yang besar ni..”
Selepas itu hati saya sentiasa teringatkan Arwah, mana mungkin tak balik kerumahnya. Banting bukan jauh sangat macam nak pergi Kelantan. Saya berdoa setiap kali solat, harapan saya Wati selamat . Mungkin kerana sentiasa memikirkan Arwah saya telah bermimpi 2 malam berturut-turut mimpi yg sama. ARWAH KESEJUKAN DALAM KEADAAN DUDUK . DI RUANG GELAP TANGANNYA MEMELUK KAKINYA “ ITA TOLONGLAH AKU TA..TOLONG TA…AKU SAKIT SANGAT..AKU TAKUT TA..TEMPAT NI GELAP SUNYI ..SEJUK..”Saya tidak pandai tafsir mimpi cuma hati saya terdetik mungkin arwah dah tiada lagi atau sekadar mimpi mainan tidur.Selepas itu media pun kecoh kehilangan saudagar wanita tersohor Dato Sosilawati..

Kepada anda yang membaca tulisan saya ini marilah kita doakan Arwah Sosilawati dan tak rugi kita sedekahkan Al Fatehah buatnya. Semoga Allah merahmati rohnya mengantikan kedukaannya,kesunyian dan tidak bahagia didunia inidengan kegembiraan di alam barzakh dari bauan syurga bersama orang 2 yang dikasihi Allah SWT. Tangan dan tenaga Arwah semasa hidupnya banyak membantu jalan kebaikan dan membantu orang yang susah.


4 Comments
Anie Yat
Assalamualaikum pn… percaya atau tidak saya menangis waktu membaca kisah ini… Hidup mati seseorang telah Allah tentukan… dimana dan bagaimana… saya menangis sbb tak tau bagaimana pengakhiran hidup ini nanti..moga Allah permudahkan dan akhiri hidup kita dlm Khusnul Khotimah. Zaman saya mmg semua hartawan kosmetic tu saya kenal..sbb pernah mencuba semua produk tersebut kecuali d’wajah… Kagum dgn mereka.. dan arwah adalah salah seorang darinya… Org ramai tak tau kish hidup mereka… nampak.mcm mereka suka2 je nak tukar suami… tp cerita sebaliknya org tak tau… mmg sukar hidup bila jadi tumpuan media atau orang ramai yg suka mengutuk dari memberi sokongan…
Moga roh arwah berada bersama2 org2 yg diredhai…Al Fatihah
Adi
Anak saudara saya seorang polis merupakan salah seorang saksi kes arwah datuk sosilawati, terkejut dengan kes ni, seorang usahawan wanita yang saya sangat kagumi, tapi pengakhiranya sangat tragik, suka duka hidup yang di ceritakan membuatkan saya yang sebagai seorang lelaki ini kadang2 rasa malu dengan sikap sesetengah lelaki lain yang tak tahu menghargai kasih sayang dari seorang wanita…kesal sangat, semoga saya di jauhkan dari bersifat begitu, hargailah sebaik2nya apa yang Allah telah anugerahkan. Al fatihah untuk arwah datuk sosilawati, semoga di letakkan di sisi orang2 yang beriman.
ilasaleh
tak tau bila masa kit akan sampai.. semua Allah dah tentukan caranya..
fadilashuhimi
Al-fatihah