Bicara Bonda

Rumah & Surau rekaan sendiri..

Sy sama seperti wanita lain yg suka hiasan rumah.. Bila masuk usia 50an sy dah set minda ingin menikmati duit hasil sy kerja sejak muda.. Sebelum sy meneruskan tulisan ni sy terlebih dulu berbanyak2 minta maaf yer kpd pembaca semua.. Tulisan sy ni bukan niat utk menunjuk2 apa yg sy ada, ini sekadar berkongsi minat sy.. “tentang keindah seni ukiran, alam semulajadi yg sy satukan dalam idea sy menghias rumah..”.

Sy melihat anak2 muda sekarang suka rumah moden.. Bagi sy rumah moden nampak kemas dn lapang.. Ciri rumah moden selalunya dipengaruhi oleh persekitaran hidup org tu dn cenderung minatnya juga kepada urban style..

Tetapi bagi sy pernah duduk di kedamaian hutan dn suka kepada traditional melayu pastinya bila ada rezeki sy mahu mengembalikan nostalgia lama sy dirumah ini.. Meskipun banyak sudah sy keluar negara melihat seni moden hati sy tetap suka seni yg ada ukiran.. Rumah moden lama kelamaan cepat bosan dan kaku..

Sy suka sgt dgn ciri tradisional dn kehutanan rimbun pokok2 menghijau.. Kenapa sy berpendapat begitu kerana :

1. Rumah seni ni akan lebih mahal harganya akan datang kerana seninya susah dibuat dn custom made.
2. Ukiran kayu custom made sgt susah nak dapat selain bahan kayu susah nak dapat yg paling bagus kualitinya yg makin pupus.
3. Setiap sudut ukiran adalah seni yg halus dn ada ceritanya sendiri bagi tukang kayu dn sama juga bagi sy yg meriasnya..
4. Rumah seni x ada pd rumah org lain kerana bahannya bukan dijual dikedai bahan2 binaan biasa..

Sy menghias rumah bukan sbb nak sambut raya atau nak menunjuk pd org.. (Rumah sy bukan villa atau mansion yg mewah pun) Ramai yg menyangka rumah sy mirip hotel atau resort Bali.. Hakikatnya bukan sama sekali, myb berliku2 itu macam Bali tetapi sy campurkan seni Bali.. Jepara.. Semarang. & Vietnam (cukup korum Asia kan.. he he he..)..

Rumah yg banyak stori dan sy terasa indah dan nikmat sekali berkarya disini.. Bagi sy hari2 sy anggap rumah sy tu tempat pencutian supaya jiwa sy indah.. Semasa zaman sy miskin pun sy menghias rumah, pembersih ada taman kecil dn sedikit kebun sayur.. Bezanya sy dulu buat sekadar mampu je lah..

Setelah hampir 20 tahun bina ST baru sy nak rasa semua ni.. Tu pun sikit2 sy buat kerja2 menghias rumah ni.. Cuma sy x pilih barangan berjenama.. Sy meniru design ternama yg mahal2 dengan membuatnya sendiri dgn tukang pilihan sy.. Pasti harga sgt rendah.. Cantik bagi sy bukan pd jenama.. he he he janji sama (buat apa beli ori jual x laku)..

Minat sy ttg deco sgt mendalam dn sy suka mencantumkan idea tu bila melihat sesuatu.. Dan apa sy buat dirumah sy ni semua cantuman yg sy buat sendiri… Jom kali ni sy nak anda menjenguk surau sy… Sy bina surau ni hampir 2 tahun baru nak siap..

11798375_769932809796797_1144019094_n
Pandangan dalam surau rumah kami berkumpul, masa tazkirah dn sebarang jamuan..

11836524_769932803130131_1615892442_o

11806772_769932773130134_947738170_o

11836379_769932776463467_1842007559_o
Almari ni sy tempah sesuai dgn kawasan dn mimbar.. Gubahan bunga tropika yang mewarnai coklat perabot di sini..

Bukan sebb surau ni besar.. he he tapi sebab nak tunggu tempahan ukiran sy yg sgt lambat siap dn sy ambik pakai kapal.. Fungsi surau atau dewan ini lebih kepada tujuan berkumpulannya org ramai.. Mmg sy dh plan sy gunakannya utk majlis ilmu, jamuan makan besar utk lebih 200 orang.. Jika family sy datang adakala kami tidur ramai2 dikawasan ni..

ha ha ha.. Ada org tanya sy.. Boleh buat sembahyang jumaat ke surau ni.. Sy kata ia hiasan dn tempat ustaz duduk masa bg tazkirah..
ha ha ha.. Ada org tanya sy.. Boleh buat sembahyang jumaat ke surau ni.. Sy kata ia hiasan dn tempat ustaz duduk masa bg tazkirah..

Ruang ni sgt sejuk dan lapang kerana kurang perabot dn dekat dengan kawasan kebun yg sy tanam menghijau dilereng bukit.. Bila sorang2 mengaji quran terasa tenang.. Disini lah sy suka menghabiskan masa sendirian sambil lihat kehijauan pokok sgt mendamaikan..

Almari buku dn tempat sejadah yg sy designkan Surah Lazim..
Almari buku dn tempat sejadah yg sy designkan Surah Lazim..
Ia akan jadi kenangan buat anak2 sy..
Ia akan jadi kenangan buat anak2 sy..

Rumah sy berkeluk2 setiap sudut.. Kalau org datang selalu sesat dn sy memberikan nama setiap ruang.. Begitu juga dgn setiap bilik akan sy letak sign board supaya senang berurusan dgn maid atau family memudahkan mencari ruang tu..

Melihat seni hotel atau resort mewah di Bali sy menyimpan azam mencipta rumah sy umpama ruang tamu ditepi kolam dan taman dan sy suka ruang yg berliku2, supaya ia menyusahkan siapa saja yg masuk kedalam rumah tu biar nampak unik.. (kononnya lah tu)..

Rak periuk sy..
Rak periuk sy..
Barang2 keperluan memasak sy.. he he he..
Barang2 keperluan memasak sy.. he he he..
Ni tempat sy basuh pinggan dn siang ikan.. jangan tak tahu rumah sy xda singki tau..
Ni tempat sy basuh pinggan dn siang ikan.. jangan tak tahu rumah sy xda singki tau..

Bahagian rumah di bawah sy diukir tradisonal melayu.. Manakala bahagian atas rumah sy hias dengan ukiran Italy… 2 mood yg berbeza.. Indahnya seni melayu bagi sy berjiwa seni.. Maklumlah org lama.. Sy cuba merealisasikan impian sy memiliki rumah yg sgt seni.. Bumbung rumah sy juga sy ukir samada batu atau kayu..

Maaf pembaca semua, sy x dapat nak update semua gambar dalam rumah sy.. Memadai surau dn dapur sahaja ye buat kali ini.. Mungkin sy akan update mengikut keperluan atas tujuan bisnes.. Kerana sy bercadang nak niaga perabot mewah dgn harga paling murah akan datang.. Macam set katil bilik pengantin (Jika berminat tempahan kena awal setahun sebelum tarikh.. Anda nak tempah x..?? boleh whats up ke 019 3737 133)

11821466_769942956462449_859299762_o

11832116_769942973129114_1089114267_o

Jika anda nak buat tempahan katil atau saiz sy boleh membuatnya.. Ini antara design versace yg saya tiru.. ada bnyk lagi sebenarnya jenis katil bilik tidur.. Cuma ini sebagai contoh salah sayu yg sy buat.. Nurah dan sgt berbaloi harga yg sy tawarkan..
Jika anda nak buat tempahan katil atau saiz sy boleh membuatnya.. Ini antara design versace yg saya tiru.. ada bnyk lagi sebenarnya jenis katil bilik tidur.. Cuma ini sebagai contoh salah sayu yg sy buat.. Murah dan sgt berbaloi harga yg sy tawarkan..

Kerja nak siapkan rumah sy bermula dri tahun 2006.. Hampir 10 tahun.. Pelan2 sy buat.. Suami sy marah katanya sy ni x habis2 buat rumah.. ermmhhh dalam hati sy “syukur lah dpt wife macam sy ni sbb sy bukan kaki joli.. Sy x beli barang berjenama pun.. Sy x da set berlian atau kereta mewah pun”… he he he kalau kereta mewah jahanam habis gitu je jual x laku.. Berbeza dgn kayu dirumah sy sangat berat dn ada berusia ratusan tahun.. (Yati cakap rumah sy macam muzium negara..)..

Sy berpendapat ukiran dn nilai kayu yg makin pupus.. Pastinya nak dapatkan kualiti kayu yg bagus macam yg sy dapat ni sgt susah dlm 15 tahun yg akan dtg.. Itu yg menyebabkan ia mahal dihati sy..

Sy x nak pindah lagi dah cukup seadanya rumah ni.. Sy x nak berlumba2 ada rumah bervilla bagai.. Penat pindah ni.. Kalau sy pindah pun terus ke alam lain jer..

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!