
Tasbih Mak Long bercahaya waktu malam.
Sambungan dari stori “ Sg Nibong Selangor , saya dibesarkan”
Perjalanan saya teruskan lagi ke Sabak Bernam untuk kerumah Mak Long (Kakak sulung arwah abah) Mak long merupakan insan paling sabar yang saya kagumi. Banyak kisah tauladan yang boleh dijadikan iktibar sepanjang kehidupan saya. Setiap perbuatan pasti ada pembalasan . Buat baik balasan pasti baik begitu jualah sebaliknya sebab itu saya sangat takut kepada kifarah. Kifarah yang terjadi kepada 2 orang lelaki dari keluarga terdekat saya yang kurang siuman dan cacat selepas melawan guru. Seorang lagi hidup merana diusia tuanya kerana sering menengking ibunya semasa remaja kerana masakan yang tidak sedap antara tulisan saya yang akan datang. Inshaallah.
Kali ini kisah Mak Long saya sebagai renungan kita bersama tentang sikap sabarnya, tekun dalam ibadat dan baik akhlaknya..!! Saya mengasihi semua keluarga Mak Long dan semua anak-anaknya sebaik ibu mereka. Mak long pernah bercerita dengan saya pengalamannya menjaga ibu mertua yang gila selama 8 tahun. Pernah dibaling najis kemukanya , sabar dan redha dia menjaga mertua yang gila bersama 10 orang anak-anaknya yang masih kecil.
Adiknya sanggup menipu menjual tanah pusaka milik arwah suaminya . Mak Long sekadar bersuara secara sopan dan merayu agar dikembalikan. Tanah itu milik anak-anaknya ( 10 orang anak yatim ) kematian ayah..!! Dia tidak memanjangkan isu, malah sering menziarahi adiknya yang zalim. Dia memaafkan kesalahan adiknya kerana lebih mengutamakan persaudaraan. Prinsipnya biar orang buat kita asal kita jangan kita buat orang.
Amalan hariannya setiap hari ialah solat tahajud mulai jam 3 pagi sehingga solat subuh. Apa yang menarik ingin saya kongsikan setiap kali dia beribadat tanpa memasang lampu tetapi biliknya terang dimana tasbihnya mengeluarkan cahaya yang sangat terang..!! Allah menunjukan kurniaan kepada hambaNya yang istiqamah dalam ibadat dan berpegang dengan tali Allah..
Makan jamu tidak pernah ditinggalkan sejak muda serta aktiviti berjalan kaki seluruh kawasan kampung selama 2 jam untuk mengeluarkan peluh . Makanan hariannya ialah ulam-ulaman. Kini usia Mak Long 71 tahun masih sihat tanpa sebarang penyakit. Takdir yang dilalui sangat berat dapat dilaluinya dengan sabar dan tenang sekali. Sejak tahun 2009 sehingga tahun 2014 berturut-2 anaknya meninggal.
- Pada tahun 2010 anak perempuannya Halimah ( jika masih hidup berusia 47 tahun). Anaknya meninggal akibat kemalangan dilanggar lori semasa balik membeli beras untuk jualan nasi lemak(tempurung kepala retak dan pendarahan otak ) .
- Pada Nov 2013 bulan nov anak lelaki bongsunya Ali ( jika masih hidup berusia 32 tahun ) meninggal akibat sakit kencing manis dan buat pinggang.
- Terbaru Jan 2014 anak ke2 lelaki Razi ( jika masih hidup berusia 49 tahun ) meninggal akibat jangkitan paru-paru.


2 Comments
Jeng Riska
Terima kasih.. informasi tentang Tasbih Mak Long sangat bermanfaat bagi kami.
Untuk memudahkan menghitung bacaan tasbih bisa menggunakan tasbih giok, bisa di peroleh di http://www.tasbihgiok.com
PKINK Website
Nice post. I became looking at constantly this blog and i am impressed! Handy information especially the very last section 🙂 My spouse and i handle similarly info much. I had been trying to get this particular data to get a quite a while. Thank you so much and regarding good fortune.