Biodata Bonda

Tak Bersekolah Tak Semesti Tak Berilmu..!!

Hinaan dan tekanan perkahwinan punca azam diri semakin kuat ingin mengubah kehidupan! Sejak dari kanak-kanak saya tak pernah menerima hadiah atau penghargaan dari sesiapa pun, sambut hari jadi pun tak pernah!

Saya sama seperti wanita lain dalam perkahwinan, ingin di sayangi dan diberi perhatian. Saya merasakan waktu itu perkahwinan tempat wanita berlindung dan selamat. Berkahwin kali ke-2 juga saya mengalami perkara yang lebih teruk…

Semangat saya asalnya lemah seperti wanita lain yang putus asa! Perasaan ingin berlindung dengan suami dalam perkahwinan! Menangis, meratap, mengelamun dan mengharap perkara indah akan berlaku. Saya buang perasaaan mengharap dan fokus kepada cita-cita. Selagi saya berperasaan begitu saya hanya melayan perkara bodoh yang tak akan merubah apa-apa pun kehidupan saya.

gambar-bangunanSatu petang digerai makan Plaza MPK, saya minta bekas suami cek surat bahasa Inggeris yang telah siap saya karang untuk dihantar ke syarikat EAC Tobacco… Hujung suratnya “yours sincerely……Rozita Ibrahim”… Memandangkan bahasa Inggeris saya tak bagus saya minta dia tolong betulkan… Dengan angkuhnya dia berkata YOURS SINCERELY BODOH. Dia sign dekat part signature nama saya BODOH..!! Tak sedar saya hentak meja… Memang saya bodoh tak berpelajaran.. Ingat kata2 saya ni, “Perempuan tak sekolah dan bodoh ni lah yang sara awak selama ni dan saya akan buktikan bahawa saya lebih bijak dan jauh lebih baik dari awak yang berkelulusan universiti.”

Rasa rendah diri sebab tak sekolah, janda miskin, ada anak 4 orang… perit sangat. Kereta dan kenderaan tak ada hanya bas dan teksilah kalau nak berurusan kemana pun. Hanya rakan pejabat tahu derita saya menjayakan anak-anak dan Sendayu Tinggi… Musibah dan hikmah datang seiring! Saya berkerja sambil ambik Course… Saya cari Prof di UITM Shah Alam. Saya belajar dengan Doktor Pakar Ayurveda, Siddha, Yunan dan Rawatan Islam… Sejam saya belajar RM110 hingga RM300..Slogan saya ‘TAK BERPELAJARAN ATAU JANDA TAK BERMAKSUD GAGAL DALAM KEHIDUPAN.’ Orang tak pandang saya sebab saya miskin hina… Saya lah kena cari siapa diri saya dan buktikan bahawa orang tak bersekolah pun boleh Berjaya…

Bermula dari 5 produk sahaja asalnya iaitu… Enigma De Regrip, Syncro Energy, Garlic Plus, Slimmertique dan 1001 Lucidum kini ST sudah ada lebih dari 500 jenis produk lengkap dengan penjagaan dalaman dan luaran.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!