
Roza Wanita Solehah…
Program Bukan Sekadar Resepi menemuikan saya dengan seorang wanita figura istimewa Puan Roza selaku chef dan host utama. Program masakan tajaan adabi disulami tazkirah itu amat bermenafaat menyampaikan ilmu Allah disamping belajar memasak. Meskipun hanya tetamu atau “ Penyibuk” dalam program tersebut terselit pengalaman yang ingin saya kongsi bersama pembaca blog saya.

Berjayanya seorang lelaki kerana isterinya begitulah yang saya gambarkan pada wanita bernama Roza. Jujur dalam semua percakapan dan bibirnya sentiasa menitip zikrullah. Roza karakternya sangat lembut , suka menasihati orang. Azamnya yang hebat iaitu ingin suaminya berjihad kejalan Allah dan berusaha berbagai cara dengan membelikan buku, sokongan moral agar terus ke arah kebaikan.

Disulami dengan rutin ibadah bangun malam solat Tahajud dan berdoa supaya Allah membuka pintu hati suaminya untuk berjihad di jalan Allah. Siapa yang tidak kenal dengan Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim seorang cendekiawan yang kini menumpahkan ilmu dan pengalaman di sebuah Universiti di Madinah..?? Hijrah dirinya dan buku Travelog Haji tulisan Prof. Kamil mendapat sambutan hangat daripada pelbagai golongan bermula mereka yang mahu menunaikan haji menjadikannya panduan sehinggalah mereka yang mula mencari ‘Nur’ untuk kembali ke jalan yang benar.
Saya sengaja memberikan soalan yang saya tahu jawabannya sekadar mahu kepastian. Soal saya padanya “ Puan Roza ada ulama memberikan doa dari ayat Quran kalau nak masak tiup pada masakan untuk melembutkan hati anak dan kasih sayang sesama keluarga kalau tak salah Allah hu latifu .. saya pun tak ingat sangat takut salah sebut“ Jawabnya dengan ikhlas Saya apa pun berdoa dalam bahasa melayu saja tak pernah doa dalam bahasa arab kerana Allah memahami semua bahasa “.

Puan Roza berkerja sebagai pensyarah di University Taiba Madinah dan rumah mereka berhadapan dengan kubur para syuhada di Jabal uhud. Beliau kini mula menghafal Al Quran selepas habis waktu mengajar. Doa dalam tahajud Puan Roza dimakbulkan Allah merubah suaminya membina insan cemerlang akedemik dan islam secara seiring.
Sebelum berpisah berulang kali saya minta dia mendoakan agar saya mampu menghafal Al Mathurat. Bayangkan teruknya saya masih tak mampu menghafal kesemua Al Mathurat kubro yang telah saya amalkan sejak 12 tahun yang lalu. Jelas wajahnya menampak niatnya mahu semua orang beriman kepada Allah dia tetap mahu memberikan tips agar saya terus menghafal. Ya Allah saya ini jauh sangat dari pintu shurga mu . TAK LAYAK PUN..!! Dia tidak jemu melayani saya demi jalan Allah meskipun dia sangat keletihan shooting dari subuh hingga jam 3 am..!!
Saya berdoa dan meletakan harapan tinggi lebih ramai lagi insan seperti pasangan suami isteri ini kerana pembangunan umah bermula dari ukhuwah, ilmu dan ekonomi. Ukhuwah sebenarnya sangat indah. Hidup berkasih sayang sesama manusia lain sebagai laluan kehidupan . Memadamkan api kemarahan, hasad dengki dan dendam iaitu penyakit hati . Saya akhiri tulisan saya hari ini sekali dengan salam ukhuwah “ SAYA SAYANG ANDA SEMUA ..TANPA ANDA DUNIA SAYA JADI SUNYI..JIKA ANDA MEMBENCI SAYA- MAAFKAN SAYA SEBANYAK-BANYAKNYA. SAYA TAK SEMPURNA MASIH BANYAK PERKARA UNTUK SAYA BETULKAN KEKURANGAN DIRI SAYA “..


6 Comments
siti fatimah
Assalammualaikum pn rozita.gaya penulisan puan yg bersahaja membuatkn saya ingin membaca dan terus membaca.
jamuratu malaya
Assallamualaikum. .seronok betul sy baca komen puan…sy tahu sy x pandai menulis…sy tulis ikut perasaan hati sy jer…typo mesti ada..kekdang lupa nak delete. Dah macam jadi trade mark sy typo
roza roslan
Assalamualaikum
Kami doakan puan dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan.
Allah ya Allah… saya baru sahaja terbaca entri puan baru-baru ini (14 Ogos 2015). Sebak terasa di dalam hati.
Terima kasih kerana banyak membantu dan memudahkan urusan sewaktu pengambaran lalu. Saya naif, kaku dan langsung tidak berpengalaman. Hanya Allah sahaja membalasnya.
nurfarah
Sy jg salah sorg peminat pn roza dan pn rozita.tp nk luahkan jg yg terbuku d hati..Kesian ank2 yatim tu kan..d biar tdoq mcm tu sj bercampur lelaki dan perempuan.
jamuratu malaya
Nurfarah
lama sgt shooying tu ..anak2 yatim keletihan dn x larat nak bershooting
Hjh Salina Kassim
Puan Rozita… teruslah menulis dengan mata hati dan Insya Allah akan terkesan di hati pembaca..