
Sy takut org salah anggap dgn Viral ni..
2 hari lepas bertalu2 sy terima whatsapp dr teman2.. “Kisah 2 tahun lepas tu dah jadi Viral di FB Friends of BN..“ Kisah lama tu..!!

X salah sy dekat 3 tahun lepas.. Ini dalam perbualan sy dgn seorg usahawan muda yg nak sy berkongsi pengalaman niaga.. Kami sembang2 kosong sebelum sesi interview..
Errm bila jadi viral, elok rasanya sy menjelaskan bagi membetulkan persepsi masyarakat ttg statement sy tu sambil2 sy berkongsi ttg dunia org berniaga macam sy..
Ada ayat2 yg sy rasa berbisa atau kasar bunyinya bagi org yg nampak negative bila membacanya.. Akan jadi salah faham ttg sy terutamanya “pd tag line..” “SEWAKTU SIMPANAN SY 8 JUTA & Beauty Without Brain “
Secara peribadi prinsip hidup sy nak kejar keamanan dan seboleh2nya sy x mahu jadi bahan fitnah (sakitnya hidup kena fitnah).. Sy x suka menyakitkan hati insan lain diluar sana terutama bab meriak.. Mmg islam larang dan riak ni juga sgt sy benci..
Sy nak mohon maaf sebanyak2nya, jika anda merasa sakit hati dan benci pada sy akibat tag line ni.. Dalam mana2 media cetak, TV, atau media IT ni dah jadi makanan depa ”kena ada ayat kontravesi” sbb nak lariskan paper atau nak ramaikan viewer.. Ayat2 gempak baru org nak baca..
Terasa juga bahayanya ayat2 SMS, Whatsapp.. Sbb x sama dengan maksud dn pemahaman org yg baca.. Beza sekali kalau kita bercakap secara berdepan, lebih tepat dan jelas..!! Kalau ayat yg tergantung macam ni, lagi lah macam2 org boleh buat andaian.. Sy berusaha tulis kat blog hari ni juga, supaya dapat menjelaskan apa yg tersurat disebalik ayat ni.. Sy nak betulkan dan menjelaskan maksud sebenarnya :
Topik 1 : “SEWAKTU SIMPANAN SY 8 JUTA “
Angka duit ni mmg cukup banyak dan besar jumlahnya dan sy nak jelaskan ttg maksud ayat ni bukan riak sy ada banyak duit.. Macam nak menunjuk simpanan pulak, itu yg paling sy takut sgt.. X sangka ia terlepas sebagai bahan cerita.. Hakikatnya orang yg niaga besar, duit tu hanya sekadar angka saja.. Banyak risiko yg kami kena tanggung..
Baca lagi seterusnya ….
Bagi org kebanyakan kami terlalu kaya dn kami di saluti kemewahan.. Ada pengasas2 yg selesa menunjukan kekayaan mereka sebagai tarikan untuk mencari networking atau mungkin nak berkongsi menunjukan kejayaan dengan rumah dan banyak kereta mewah..
Status ushawan “Pengasas Sendayu Tinggi” pernah diwar2kan oleh media sebagai Jutawan Kosmetik.. Kebetulan sy digandingkan dengan arwah Sosilawati.. (wartawan tulis nak lakukan paper bukan rekaan sy).. Bunyi macam gempak jer “Jutawan”.. HUTANG BERLAMBAK ORANG X TAU.. AZABNYA KAMI NAK BAYAR HUTANG, HANYA KAMI JER YANG TAU ..

Banyak sudah pengalaman hidup, matang, sesuai dgn usia sy.. Pengalaman hidup 70% sy bawa kepada kematangan jadi org niaga.. Selalunya “jangkaan sy tepat“.. Sy percaya kalau sy nak berlagak dgn menunjuk2 apa yg sy ada, x lama sy niaga dn akan “Makan Tuan Balik“.. Slogan sy JANGAN PERCAYA DENGAN DIRI SENDIRI DAN JANGAN LUPA DIRI.. Ni antara “punca2 luaran yg paling utama” kenapa ramai pengusaha kosmetik dan herba lenyap selepas beberapa tahun.. (yg dalaman biasanya salah mereka sendiri x payah sy tulis)..
98% ushawan melayu tidak pandai sistem Audit yg melibatkan LHDN.. (termasuklah sy ni pun).. kes ni paling parah, jom tengok.. Antaranya :
- Rekod x lengkap.
- Lemah dokumentasi.
- X arif percukaian yg diamalkan oleh Negara.
- X mampu bezakan cukai peribadi dgn company.
- Rekod jualan yg x kemas dn mengelirukan.
- X update info terbaru percukaian Negara.
- X mampu bezakan peranan setiap Kementerian spt LHDN, Kastam dan Jabtan Audit Negara.
Golongan usahawan ni (sy cakap org melayu bab ni) Mereka pandai strategi pemasaran yg boleh hasilkan banyak duit pada awalnya.. Bila x pandai mengurus kewangan, kurang ilmu, dan kebanyakan bos2 ni x pandai akaun tp pandai belanja je (ha ha ha sy pun sama..) lebih2 lagi system audit yg melibatkan LHDN.. Parah..! Kalau sekali kena, x habis hujung dunia cari duit nak bayar.. Sbb penalty sgt tinggi boleh bungkus niaga kalau sekali kena attack..
Melayu ni x macam bangsa cina “CINA DAH SIAP SEMUA SEBELUM KENA”.. Melayu senang kena cekup, suka LHDN sekali datang habissssss semua.. Ketakkkk..!! Niaga pandai sebab tu senang terkandas.. Gagalnya sbb kurang ilmu dan x nak update diri.. Niaga macam kami ni, LHDN perhatikan 24jam..!! Kena siap duit awal2, penalty bukan sikit2 anak sekali kena.. Boleh tutup kedai terus..
Masalah pengusaha macam kami bukan itu sja banyak serangan lain yg melibatkan kejatuhan niaga seperti :
- Rules KKM yg sentiasa berubah2
Kami x boleh iklan suka2, sentiasa dipantau KKM.. Sukar menerangkan kebaikan produk.. Akhirnya produk sangkut expired dan xlaku bila kurang iklan.. Rugi banyak sbb buat barang bukan sikit2.. Sekali buang barang expired beratus ribu habis..
- Sabotaj dari pesaing
Pesaing sangat ramai.. Sukar pengguna nak pilih produk sape paling baik.. Ada usahawan yg bersaing secara x sihat.. sabotaj dengan menjatuhkan jenama dan nama baik syarikat..!! Buat aduan tipu ke, rasuah ke, yg melibatkan KKM paling senang nak jatuhkan peniaga..
- Produk tiruan
Bila produk makin laku akan ada orang tiru buat produk tiruan, sbb tu sy buka outlet ST.. Semua sy dah rasa sakitnya alam niaga ni (Produk tiruan nampak macam sama tapi isinya lain.. x susah nak tiru dan ini juga sabotaj.. Mereka yg buat ni untung sgt, x perlu buat iklan dan event.. Tiruan ni akhirnya barang ori x laku mana sbb mahal, tiruan lebih murah.. Kita karam sbb modal habis dan pengguna makan produk yg x betul keasliannya yg boleh merosakan nama baik produk dan company.. Pengguna x percaya dah..
- Iklan yg sangat mahal
Iklan melampau2 mahalnya sehingga x berbaloi nak iklankan produk tu.. Kalau kiraan kos x betul akan makan modal dn kerugian yg amat besar.. Costing salah, networking x banyak akan membawa padah kpd peniaga..
- Niaga makin susah dan untung semakin nipis
Peniaga macam kami x seindah kabar sebenarnya.. Risiko semakin tinggi dan kami bergantung kepada stokis.. Stokis ni Peraih dan kami umpama penjual (pengasas).. Stokis akan kenakan syarat utama : nak untung banyak, xda iklan mereka x nak jual, stok yg x laku mereka boleh return, boleh bagi hutang 2 bulan..
- Perubahan zaman
Perubahan zaman usahawan kena ikut.. Zaman x sama sentiasa berubah contohnya seperti IT, jika x buat akan ketinggalan akan padam semuanya..
- Pergolakan GST
Matawang, politik, kadar cuaca, cuti2 Malaysia, sekarang ni musibah paling besar ialah GST..!! Semua faktor ni menjatuhkan niaga dan melibatkan kerugian besar.. Di kampung je banyak kedai tutup gara2 GST.. KL pun sama banyak kedai2 tutup.. Org x nak membeli sbb barang makin mahal.. Sy sendiri nak kecilkan skala bisnes.. Sy x fikir malu dah.. Sy fikir nak minimakan risiko yg melanda sekarang.. Banyak inisiatif sy buat dan peniaga lain pun sama buat.. Turunkan harga serendahnya, untung x seberapa, ada yg rugi janji dapat cash buat pusingan modal.. Azabbb..!!
- Kenaikan bahan mentah
Kenaikan bahan mentah luar negara, kejatuhan matawang RM merupakan risiko utama.. Orang berniaga kena ada duit pusingan baru boleh bertahan lagi2 niaga yg besar..
Moral dari stori sy ni menjelaskan apa maksud “SEWAKTU SIMPANAN SY 8 JUTA“.. ialah berhati2 dlm semua sudut.. Bahan2 niaga kami sangat mahal yg bukan bernilai RM200..!! Niaga x boleh dijangka dan Kewangan sgt penting ditadbir baik.. Sy hanya datang dalam dunia perniagaan sebagai peniaga bukan atas status bergaya hebat.. Belum lagi melibatkan perundangan yg semakin ketat dan mencabar..
Sy pernah berniaga ikan sayur, kerepek, nasi lemak.. Kos kecik dan risiko kecik.. Dapatkah kerajaan membantu kami SME..?? Sy nak kasi tahu azabnya, kami nak berniaga GST sgt2 menduga sepanjang 20 tahun kami niaga.. Harap2 kerajaan boleh buka mata sekali tulisan sy ni ..
Sepanjang niaga sy rasa tahun ni paling susah niaga.. Banyak sgt kekangan. Sy survey di kampung2 dari makan sehari 3 kali, kini jadi 2 kali jer.. Anak2 ke sekolah bawa bekal x berani bagi duit belanja sekolah sbb GST..
Topik 2 : Beauty Without Brain
Kalau terjemah terus ke bahasa melayu Beauty Without Brain mmg lah “Cantik tanpa otak”.. Sebenarnya bagi sy wanita ni lebih cantik jika ada kebijaksanaan.. Wanita cantik dikatakan penggoda dan dilabelkan selalunya x bijak.. Mereka hanya gunakan kecantikan mereka utk senangkan diri mereka.. Pengikis dan sebagainya..
Simbolik ayat yg besar utk sy huraikan.. Sy suka ayat2 slogan supaya sy lebih kedepan.. Contohnya x hidup dek puji, x mati dek keji.. Sy berpesan kat diri sy Jangan perasan cantik dan lupa diri.. Wanita sempurna tarikan kecantikannya mesti ada pakej lengkap cantik, cerdas, bijak, akhlak, berkarier dn beriman.. itu pakej sgt istimewa..!!
Sy nak cuba kearah tu.. Wanita kena ada wawasan dan memberikan sumbangan dari apa dia ada kearah kebaikan dan bermenafaat kpd org lain.. Sy nak nyawa sy x sia2, yg jadi kebanggaan kepada keturunan sy, anak2 dan suami sy pandang sy jadilah..!!
Zaman susah dulu sy berfikir bodohnya jadi orang kaya bayar cukai kereta mahal2, beg mahal2, kalau di simpan duitnya lagi bagus.. Bukan laku pun kalau jual balik.. Tertipu dek kebendaan.. tertipu dgn diri sendiri kerana nak menunjuk2.. Kalau bagi kami makan duit tu kan bagus.. Banyak perut yg kenyang, kami dapat keselesaan dari sumbangan org kaya..
Bila sy ada duit (20 tahun dah usia ST).. Sy kalau nak beli apa2 sy akan fikir kembali apa dalam fikiran sy yg dulu..!! Mampu x sy berjalan sebagai diri sy Rozita zaman dulu.. ”tanpa peduli apa org kata“.. Meminta2, menipu org, bukan cara sy.. Sy sebolehnya elak dan xmahu hidup menjadi kebencian org..
Maafkan sy ya sekali lagi atas kata2 sy yg jd viral ni dan sy harap sgt penjelasan sy ni diterima..


4 Comments
ilasaleh
kalau tengok negetif akan nampak negetif
tapi saya pandang positif kata2 puan dalam status yg diviralkan tue
NurAniqah
assalammualaikum puan rozita, sy berdoa utk puan dan semua yg bc catatan puan dan dri sy,dihindari bahaya fitnah dan sakit hati akhir zaman ini… mudah mudahan ramai yg celik hati, menerima catatan puan yg jujur dri blog ini..sbgai nasihat yg sgt berguna
jamuratu malaya
NurAniqah…
terimaksih sebanyak2nya atas doa dn perhatian pd sy
norhidana
bg saya ok je viral tuh puan… mungkin saya pandang dr pandangan positif… sbb nmpak puan sebagai seorang pengusaha yg bekerja keras…. n saya dh ikuti blog puan nih lama jgk…
Insyallah ramai yg pandang positif dr negatif rasanyer