-
PASU SALUT EMAS SADUR..
Sebenarnya saya bukan nak cerita pasal pasu ni.. Tapi saya teruja nak share kamera yang saya pakai. Masa saya ambik gambar ni jam 10.00 malam. Saya baru nak explore ( maklumlah baru beli semalam 6hb April 2014) sebab nak mahirkan cara guna. Hasilnya gambar sangat terang walaupun pasu ini berada dalam sudut yang gelap tanpa lampu. Kamera ni mampu focus gambar dengan jelas. Pasu ini tak mahal walaupun bersadur emas. Saiznya kecil dan harga sebiji pasu ini anggaran RM 200 ke RM600. Pasu ini dah lama saya beli di KLCC tahun 2009. Baru-baru ini saya ada mencari jika ada design baru, sayangnya kedai tersebut dah tak ada lagi..!!
-
Rawat muka kering dari bahan makanan
Ramai orang malas jaga muka sebab merasa tak penting. Tapi bila melihat orang lain lebih cantik dan muda sedangkan umur sebaya , masa tu “HATI RASA SAKIT DAN MENYESAL” . Allah bagi kita semua makhluk ciptaannya cantik. Pepatah saya senang je “ Tunggul getah kalau dihias pun jadi cantik. Jika dibiar buruk terus reput tunggul kayu tu. Begitu juga lah manusia “. Jangan percaya kecantikan mampu bertahan dengan semulajadi tanpa dijaga atau dibaja…!! Tak mungkin setakat makan nasi dan rutin pemakanan harian mampu jadi cantik ..Hanya suplemen dan penjagaan rapi mampu melambatkan atau mempertahankannya..Sangat penting dan kali ini saya bagi petua cara rawat muka kering mengunakan bahan makanan. Kalau nak…
-
Kulit kering tak cantik cepat tua
Hari ini 11hb mei 2014 , saya kongsikan punca kulit kering dan bagaimana mengatasinya. Masalah kulit kering dialami oleh sejagat satu dunia. Ia perkara normal dan jika tidak dikawal ia menyebabkan kemudaratan . JIka ia berlaku pada badan ia akan menyebabkan perit dan kegatalan yang berpanjangan serta merosakan kulit akibat banyak mengaru. Badan akan kelihatan kasar dan mengerutu. Muka saya semakin tua makin susah jaga..!! Saya takut muka kering makin cepat berkedut . Muka saya hanya sesuai dengan skin care berunsurkan hydration dan saya akan elakan formula ada kesan pemutih. Saya sering travel keluar negara mengalami alahan kering dan gatal badan semasa di Mekah atau pergi ke negara beriklim…
-
Ros putih dibilik mandi..
Dekorasi ini tentang bilik mandi untuk bilik tetamu. Saya suka sangat dengan gubahan bunga ros putih dan daun keladi yang saya letak dibilik mandi ini. Tetamu yang datang kerumah saya senang dengan suasana bilik mandi saya yang pelik. Saya simpan botol minyak wangi kerana senang dengan design botolnya. Saya pakai 5 tahun baru habis sebotol. Saya kalau boleh bilik mandi nak hias biar cantik boleh relaxkan minda dan jika dilihat tandas saya boleh dijadikan tempat tidur sehingga ada tetamu yang risau takut basah karpet semasa mandi. Kalau kanak-kanak memang basah lah sebab main air dan keluar tak lap kaki atau badan.. Saya meletakan karpet kerana saya suka dengan konta warnanya…
-
Bilik mandi boleh guling-guling..
Apa saja saya tulis saya niatkan untuk kongsi ilmu dan pesanan kepada kebaikan. Kali ini tentang almari tempat menyimpan semua makeup dan aksesori milik saya. Saya meletakannya di bilik mandi. Tak mahal pun harganya dan saya suka dengan meja pelik ini kerana banyak ruang laci-laci kecil. Ia memudahkan saya menyimpan kerongsang, berus serta segala peralatan make up di meja ini. Sangat mudah dan kemas .Ia boleh dibuka dan ditutup. Kelihatan seperti paino kan..?? Ini lah permainan kerja-kerja seni saya. Tak pernah sekalipun orang tua saya membelikan saya sebarang mainan walaupun satu anak patung zaman kanak-kanak..!! Sejak umur saya 10 tahun lagi saya sudah berkerja membanting tulang . Saya bersyukur didikan…
-
Seni Indonesia – Ukiran dari wanita bali..
Ini adalah pasu tanah liat orang Lombok juga. Hanya diperbuat dari tanah liat..sedikit ukiran dan cat Goldas kata orang indon..!! Disebalik ukiran dan pasu tanah liat bali ini saya ingin simpan kisah perbualan menarik dan moral dari story yang saya akan cerita disini disamping minat saya pada seni. Kerja seni di Indonesia sangat hebat mungkin kerana peluang perkerjaan sangat susah maka bakat seni mereka boleh dipasarkan. Kerja mengecat dan polish kayu dibuat oleh wanita sambil menyusukan bayinya.. Ukiran dinding ini ditempah di Bali. Ia menghiasi panel dinding di kasawan ruang tamu.. Saya bawa ke Malaysia dengan kargo..Masa saya tempah ukiran dinding ini hati saya sangat tersentuh melihat ibu muda yang…
-
KESAN BURUK KEPUTIHAN
Vagina berfungsi sebagai laluan antara bahagian luar badan dan organ-organ pembiakan dalaman. Kali ini saya sekadar berkongsi pengalaman saya melalui apa yang saya kaji tentang keputihan. Keputihan boleh menyebabkan wanita mandul, muka kusam, cepat tua, eye bag, ketumbuhan , bau yang memalukan dan hubungan sex menjadi tawar. Semasa hubungan sex keputihan yang teruk akan melekat pada alat sulit suami. Suami juga boleh merasakan gatal yang sama akibat kesan keputihan tersebut. Jangkitan yis , bacteria merebak terlalu cepat , keputihan makin banyak dan jangan ingat keputihan itu tak serius ..!! Saya pernah bertanya kepada kawan rapat saya lelaki kenapa kawin lagi dan curang. Isterinya cantik , terpelajar malah mereka bercinta dari…
-
Saya mahu jadi dominan..
“APA JADI SEKALI PUN DALAM KEHIDUPAN WANITA KENA KERJA, BIJAKSANA DAN ADA ASET DIRI HARTA ATAU KECANTIKAN” itulah pesan saya kepada anak2 perempuan saya. Wanita kalau dah kahwin jangan lalai masa seronok ( suami tengah sayang ), takut tak cukup kuat emosi masa musibah datang..!! Hati manusia senang berubah dan lagi satu kita tak nampak takdir mendatang ..!! Bila dah kawin jangan nak mengharap duit suami dan bangga dengan kejayaan suami. Itu usaha dan kejayaannya , kejayaan kita mana ..?? Kalau suami ungkit ‘ awak ni asyik minta duit dan apa sumbangan awak pada perkahwinan ‘ wanita terkedu, sentap menangis..!! Hukum islam suami wajib bertanggung jawab namun berapa ramai lelaki…
-
BAIK BURUK MAKAN PISANG…
Pisang adalah melengkapi gizi mewah dengan vitamin, mineral , karbohidrat dan kandungan gulanya tinggi. Amalan bagus mengunakan pisang Mengamalkan makan pisang dapat merawat mata yang kering. Merawat rambut gugur – lecek pisang campur dengan yogurt atau susu segar terapi keguguran Mask dari pisang – lenyek dengan susu membantu melambat penuaan kulit dan rawat kecacatan kulit muka. Rawat kaki kering – Ramas pisang yang ranum dapat melembutkan kaki kering. Mengurangkan sembelit dan bagus untuk wanita hamil bagi mengelakan buasir Kisah pisang mengemukan ini saya kaji pada 2011, semasa saya mengerjakan umrah. Dulu saya fikir pisang menguruskan badan kerana senang buang air besar dan mengenyangkan. Saya mengkaji kegemukan saya melalui rutin pemakanan…
-
WOMEN ENTREPENEURS HI TEA SME CORP
Tetamu VVIP, -Timbalan Menteri Antara Bangsa dan Industri – Dato Mohd Al Amin,Dato IR – Hamim Samuri, -Pengerusi SME Corp – Dato Noraini Ahmad, Pengerusi MATRADE – Puan Shamsinar, Ketua Executif SME Corp – Dato Hafshah Hashim 3 orang panel- Executive Director British India MD Hot & Roll Sendayu Tinggi Rozita Ibrahim. Bila mendapat surat jemputan dari SME Corp untuk menjadi salah seorang ahli panel untuk majis Hi Tea bersama Menteri MITI adalah satu perkara yang susah untuk saya buat pertimbangan . Soalan wajib saya kena cakap dalam bahasa apa..?? Kalau English saya tak boleh..Faham boleh nak jawab berteraburlah. Jadi Saleh Yaakob kang bunyinya..Menarik sekali pengalaman ini saya rakamkan di blog…


























