• Jejak Bonda

    Tajuk : Gubahan Ros putih dengan daun iris

    Gubahan ini sangat lama hampir 12 tahun lalu. Masih kekal cantik segar seperti bunga betul. Asalnya saya hias dibilik tidur. Kini saya letak di meja cermin muka ruang tamu utama.. Ia sangat kontra dengan warna perabut dan menimbulkan lagi seri di ruang almari dan efek warna yang saya sangat suka.  Bersebelahan dengan cermin ada 1 pasu yang paling tinggi saya beli Bali..Murah saja harganya RM 250. Yang mahal sewa kapal. Ramai yang ingat perabut dirumah saya mahal. Nampak mahal tapi murah sebenarnya..bukan jenama Versace.. Jenama cap ayam..

  • Fesyen

    FESYEN JUBAH : Royal blue versace

      Yati kata “ Less is More “..Usia mak elakan dari berlabuci banyak nnati jadi pengasas macam pokok krismas..!! Corak kosong dan sedikit printed akan buat mak lebih nampak muda..Jubah satin Versace Royal Blue ini saya tak jual hanya utk pakai sendiri. Stok yang ada pun hanya 4 meter ..!! Saya buat 2 helai jubah ni..Satu – Satin Versace saya letak pada bahagian badan – dan sehelai lagi pada bahagian tangan sahaja..!! Kain ini sama saja dengan dengan design jubah Satin Vercase yang saya jual.  Semua jubah yang saya keluarkan saya akan buat 1 untuk saya sebagai kenangan..!!    

  • Resipi Bonda

    Resepi – Ikan kukus

    Ini ialah salah satu cara saya mengekalkan kualiti rasa ikan. Ikan kukus , ia mengekalkan rasa ikan agar manis dan tahan lama.. Ikan kalau lama dalam peti ais manisnya akan hilang. Siang ikan dan bersihkan, toskan dan perap dengan garam dan ajinomoto..biar selama 15 minit. Kukus dengan aluminium.. Bila nak masak cairkan dulu dari peti sejuk dan terus masak tak perlu lagi letak kunyit..Ikan yang sesuai ialah ikan kembung, ikan pisang.kerana dagingnya lembut. Makan panas-panas sangat dengan sup sayur asam , nanti saya bagi resepi sayur asem indon style. Kombinasi masakan yang sesuai kerana rasanya lemak, masam dan sedikit rasa masin.. Halal , bersih dan selamat dimakan..Cubalah..

  • Bicara Bonda

    BAU PUNCA SUAMI TAK SENTUH ISTERI

    Kisah benar yang saya ceritakan ini semasa saya awal pejabat ST dibuka, Klang tahun 1999. Azli bukan nama sebenar, call berkali-kali minta supaya staf menyambungkan talian kepada saya katanya hajat besar nak jumpa saya. Saya fobia angkat telefon kerana panggilan lucah, jual insuran, pelaburan atau panggilan merapu..!!  Memang saya tak akan jawab phone suka-suka.. Seperti yang dijanjikan Azli datang seorang diri. Dia menceritakan masalahnya kepada saya tanpa memandang tepat kepada muka saya. Sopan dan nampak pemalu “ Maaf kak ya saya malu sangat ni nak jumpa kak. Tak tau nak buat apa lagi dah.. Gini kak saya dah kawin 2 tahun, ada anak sorang. Saya sayang perkahwinan kami, saya tak…

  • Jejak Bonda

    BULUH DAN DAUN KEMBOJA

    Ini gubahan saya 4 tahun yang lalu.Saya letak di tengah ruang tamu, pemisah antara ruang tamu dan tangga naik kebilik bahagian atas.Tingginya dalam 11 kaki termasuk ranting. Saya tiru gubahan ini di satu shopping mall..Harganya saya lihat dalam RM2500. Saya buat sendiri kosnya sangat murah tak sampai RM600. Tahan lama dan berbaloi..Rumah saya nampak sejuk dan damai dengan gubahan bunga esotik.

  • Resipi Bonda

    Tajuk : URAP PUCUK UBI

      Sangat sedap terasa kencurnya. Menaikan selera bagi orang yang suka masakan kampung. Bahan yang saya berikan di bawah anda boleh ubah mengikut citarasa sendiri.     Bahan-bahannya Pucuk ubi 300gm ( direbus dengan garam dan toskan ) Bahan A Kelapa parut Daun kencur ( hiris halus ) Bahan B Cili api dalam 12 biji Ikan bilis segengam Bawang merah 4 ulas Bawang putih 2 ulas Sedikit halia Bahan C Kencur 5 inci Caranya – Bahan B goreng dan tumbuk bersama bahan c . Gaul semua bahan A dan B bersama garam , sedikit gula dan bahan perasa. Kemesraan jiran pengubat sunyi dan penghibur kepada mak. Setiap kali saya pulang…

  • Jejak Bonda

    Tajuk : Gambar paling besar dirumah…

    Gambar ini kenangan ( sangat besar memenuhi dinding ) semasa Nur Ain Sufiah berumur 3 bulan hasil perkahwinan saya dengan suami saya kini. Kini Ain berumur 8 tahun. Pasu kulit telor hasil buatan tangan orang Lombok dan meja konsul yang dibuat daripada akar kayu tanpa paku diletak disudut pintu masuk utama. Semua saya hias mengikut alam semula jadi. Disebelah haisan bunga ialah periuk tanah orang Lombok yang berharga RM 18 sahaja. Saya meletakan bunga merah yang besar dan pasunya dibuat dari akar kayu yang unik serta de daun hutan.Meja ini banyak fungsinya untuk meletakan kunci kereta, smart tag dan bahan-bahan kecil yang lain berkenaan kereta.      

  • Jejak Bonda

    Tajuk : Pasu kulit telur..

      Hebatkan seni orang Lombok.  Cuba perhatikan yang tompok – tompok tu adalah kulit telor. Semasa saya ke Bali pada tahun 2010. Kini semua peniaga Lombok sudah tutup dan tidak menjual pasu-pasu seni itu lagi. Sudah bankrupt katanya. Saya membeli 2 buah pasu harganya sangat murah RM80 sahaja. Tetamu yang datang kerumah saya menyangka perabot dirumah semuanya mahal..Bagi saya tak semestinya mahal baru cantik yang penting seni…Susah nak dapat di Malaysia… Ekslusif… Klasik… Saya menyusunnya di kiri dan kanan, dibawah meja konsul pintu masuk utama. Tetamu ramai yang tidak tahu ia adalah pasu yang berasal dari kulit telur dihiasi kulit telor..

  • Bicara Bonda

    Adik muka kiri bengkak..

    Yati datang ke Ofc bagi stok make up ST, dia tegur nape muka adik bengkak.. Jawab saya ringkas “Bengkak gusi kot..” Membebel panjang Yati .. “Jangan buat main mak bahaya dan kalau gigi rosak tak ditampal nanti bila tumbuh gigi kekal tak cantik.. Mak dah bawa adik pergi dentis..? “ .. Saya jawab : belum lah sebab saya anggap ringan..sambil membebel dia cek gigi adiknya .”Berlubang besar lah mak..!! Saya rabun tak nampak apa pun.. ha ha ha..:)) Kerja saya banyak dan tinggalkan terus bawa adik ke dentis.. Alangkah terkejutnya..Bukan saja gigi rosak teruk bernanah sangat banyak bahagian gusi.. dan gigi berlubang sampai 3.. ( patutlah 2 malam menangis dan…

  • Petua Bonda

    Supplement rahsia saya..

    MADU YAMAN DAN ROYAL JELLY.. Ramai ulama mengatakan madu Yaman paling terbaik didunia.Saya pernah membeli madu di Malaysia. Tipu, campur gula tebu..!! Sakit hati sangat, sebab saya sengaja set pada otak saya bencikan Gula Tebu..Gula tebu merosakan kulit , saraf , kencing manis dan cepat tua..!! ..Harga madu yaman RM 600.Memang berasal dari yaman.Pelajar yang belajar muhadisin di Yaman yang menjualnya kepada suami saya Royal Jelly ini saya beli diladang dengan seorang kawan saya penternak lebah..1 kilo harganya hampir RM2 ribu bertahan untuk 6 bulan.Banyak kebaikannya dan saya rasai perbezaannya pada diri saya. Saya mengambil ½ sudu kecil setiap pagi. Tak boleh tahan lama akan rosak jika tidak dalam peti…

error: Content is protected !!