-
Kalori Lobak Merah..
Hari ni kita sembang tentang lobak merah. Sejak saya upload tentang minuman jus saya setiap pagi ramai yang suka dan telah mencuba.. (Saya kalau buat jus hanya separuh kalau saiz besar)Ramai kata sedap dan saya nak kongsi pada anda apa kalori dalam jus tersebut.. terutama karot merah tu..!! Semua makanan ada kalori yang tak da kalori air kosong atau teh O tanpa gula je..!! Jangan ingat madu, buah2an, sayuran tak mengemukkan.. Asal saja manis dan jenis ubi mesti ada kalori. Lebih kalori dan kabohidrat maka gemuklah . Ramai yang tak tahu tentang ubi bit kan..?? Ia merupakan sayuran yang paling manis dan paling tinggi kalorinya. Orang cina suka makan. Sebiji…
-
Sadri untuk kuruskan badan dan awet muda…
Saya kalau pergi Cameron Highland wajib beli daun sadri ni.. Suami saya paling suka ke sana sebab sejuk dan damai berbeza moodnya dengan Genting Highland yang semak dan bising.. Setahun paling kurang 3 kali kami sekeluarga tidur disana.. Saya ada hobi pelik , setiap kali keluar negara terutamanya asean, saya akan cari petai dan durian untuk membezakan rasanya.. Hakikatnya PETAI CAMERON HIGHLAND NO 1 IN THE WORLD..Tak leh lawan..!! Stok petai kat rumah saya bukan 3 keping tapi satu ikat besar. Suami saya sanggup ke sana setiap bulan semata-mata beli petai, tak da petai tak syok makan katanya..!! Khasiat batang sadri. Kuatkan pengelihatan Bersihkan darah Arthritis – duratik – rumatik…
-
Susahnya cari rezeki..
Saya buat Al Jameela sebab saya nak lari dari jual produk kesihatan dan kecantikan. “ SAYA BUAT PRODUK BAGUS PUN MASIH ADA ORANG YANG CARI KELEMAHAN DAN NAK JATUHKAN SAYA “ ...Dah tua-2 saya nak aman. Tak sangup kena kacau dan saya tak tahan dengan kekangan KKM KDN dan semua hamba Allah yang KKKKK ..gitulah… Mereka bukan ushawan maka tak faham sakit orang niaga…Saya ikut je lah…Mereka ada kuasa besar boleh stopkan produk , tahan iklan..dan sebagainya. Stok , label kotak masih banyak.. Rugi jangan cakaplah..Yang orang nampak pengasas ni kaya dan untung banyak. Kebanyakan syarikat kosmetik tutup akhirnya..lebih2 lagi lepas kena serbu tax..!! Ranap kalau tak beringat..Saya dah lama…
-
AL-JAMEELA- Jubah, selendang , khimarun & khaleje..
Produk Al Jamela hanya ada 5 jenis sahaja. Jubah Vercase Satin Jubah Madinah Selendang Khimarun Khaleje Tudung sarung Jubah Satin Moden akan berubah mengikut jenis fabric. Konsep kain berwarna pada badan dan design akan bertukar-tukar. ( Contoh : Sekarang Jubah Satin Versace sebab kain panelnya dari Versace ). Jubah Satin Vercase – potongan princess – modern – Color ikut musim fabric terkini – Basic satin Kain satin panel dari design Versace ( 1 meter – harga pasaran kain RM 120 ) Kain satin plain sebagai latarnya ( 4 meter RM – harga pasaran kain RM60 – RM80 ) Kos kain latar RM240 + Satin panel RM 120 = Harga kain…
-
Teruja jubah elegan wanita arab..
Saya suka melihat wanita arab berjubah lebih-2 lagi mengayakan selendang..!! Saya perhatikan ramai orang memakai jubah dari Indon dan cina , kelemahannya ialah kelihatan kusam – nampak corak mati – pemakai akan jadi nampak berusia – kerana material kain dan fesyennya tidak kena. Banyak dijual dipasaran dan harganya tak murah pun sekitar RM 130 sehelai. Materialnya dan coraknya kelam dari kain lycra yang kualiti murah serta warna kain nampak mati dan bunganya tak sharp. Sebab tu kusam bila di pemakai.
-
AL-JAMEELA : Saya tiru style jubah moden wanita arab..
Al Jameela Konsepnya • Feminine – Muslimah Elegan – Berani • Fabrik berat dan ringan dipakai • Kedudukan kain terjatuh ikut flow • Fabrik paling berkualiti untuk mendapatkan impak elegan • Sejuk dipakai – mudah digayakan-sesuai sebarang majlis • Kain asas bukan dari Malaysia ( Eksklusif ambik luar negara ) • Cipta kelainan dalam design • Limited dan exclusive – Habis 1 design dah xda lagi • Patching – Panel – Aksesori semua import – supaya tak ditiru Konsep saya menjual pula Suka-suka on line saja – sebab nak ramaikan follower – Kualiti butik dengan harga paling rendah Memenuhi permintaan dari peminat saya Saya kesian sebab ramai yang suka baju…
-
JENAMA…AL JAMEELA.. Sekadar hobi
Terasa malu nak menulis tentang Al jameela ni…!! Saya sebetulnya tak ada kemahiran membuat pakaian pun… Bidang herba dan kecantikan dalaman itu memang kepakaran sayalah.. Dah biasa sejak dari kecil… Sendiri buat dan makan produk tu.. Mudah nak feel dan menerangkan kepada penguna. (UNTUK LIHAT GAMBAR LEBIH JELAS SILA CLICK PADA GAMBAR) Bila buat Al Jameela – saya rasa perlu saya menjelaskan dan berkongsi.. Kepada anda semua yang sangat saya hormati terutama penguna atau peminat saya.. Saya sedar Tanpa anda semua saya ni tak kemana pun..!! Maka saya tulis dalam blog peribadi saya ni.. FB apa itu Al Jameela… Bermaksud “DIA WANITA CANTIK ANGGUN MENAWAN INDAH”. Saya awal saya pakai…
-
Ramai nak tau APA BEZANYA ST dengan JRM.. ..??
Bila saya menulis dengan blog peribadi ni saya akan menulis dengan mood dan perasaan waktu itu sesuai degan topic yang ingin saya kongsikan. Saya ingin menjawab soalan ramai orang pada saya : Nape produk JRM tak ada dalam ST ..?? ST konsep exclusive butik. Member sekarang hampir 100 ribu orang. Nak create member buat sistem bukan kerja mudah. Lebih banyak kerja bila dapat projek Watson. Syarikat International lagi susah nak melayan kehendak mereka sangat tinggi. Tapi sangat bagus Yati kata, ilmu yang sangat hebat dia dapat belajar secara tak langsung untuk improve dalam pengurusan cara International . Sape nak bagi ilmu hebat macam tu.. free pulak kan maka Yati layan…
-
Mati diseret bas – HANCUR PAYUDARA..
Hari ni saya rajin dapat buat 3 stori. Bermula kisah kobis melarit ke payudara..!! Ingatan zaman saya berkerja dikilang (1992) di Sg Way.. Saya tak pernah lupa wanita mati diseret bas. Wanita tu naik bas dari bahagian belakang dan masa tu bas penuh dengan penumpang. Dia berdiri dekat tangga bas. Terjatuh tertiarap dan diseret bas ( Driver bas jalan macam biasa ). Bila diberitahu dek penumpang lain pemandu berhenti. Wanita dibawa kehospital dalam keadaan nazak payudaranya hancur. Dia meninggal akibat kejadian tu..!! Zaman kanak-kanak dulu saya ada dengar orang tua-tua bercerita . Payudara ni nyawa wanita..Selepas insiden tu baru saya sedar bahawa badan wanita tu tak ada yang cedera hanya…
-
Bengkak susu bahaya..!!
Kalau tak dirawat bengkak susu boleh menyebabkan ibu demam dan kesakitan yang teramat sangat. Cerita ini dari pengalaman teman 28 tahun yang lalu. Elok rasanya saya kongsikan kepada anda yang menyusukan bayi untuk langkah berjaga-jaga. ( Sekiranya anda mengalami masalah bengkak susu sila layari jrm.com.my – Kobis rawat muka dan bengkak susu ) Cerita kawan saya kepada saya – Demam bengkak susu disebabkan air susu banyak , bayi kurang menyusu dan ibu tidak memerah susu keluar..!! Ia menyebabkan puting susu tempat mata keluar susu tersumbat dan bayinya terus tak mahu menyusu. Payudara semakin mengeras dan dia demam mengigil . Dia tidak boleh tidur dan menangis siang malam menahan sakit. Payudaranya…



























