JENAMA…AL JAMEELA.. Sekadar hobi
Terasa malu nak menulis tentang Al jameela ni…!! Saya sebetulnya tak ada kemahiran membuat pakaian pun… Bidang herba dan kecantikan dalaman itu memang kepakaran sayalah.. Dah biasa sejak dari kecil… Sendiri buat dan makan produk tu.. Mudah nak feel dan menerangkan kepada penguna. (UNTUK LIHAT GAMBAR LEBIH JELAS SILA CLICK PADA GAMBAR)
Bila buat Al Jameela – saya rasa perlu saya menjelaskan dan berkongsi.. Kepada anda semua yang sangat saya hormati terutama penguna atau peminat saya.. Saya sedar Tanpa anda semua saya ni tak kemana pun..!! Maka saya tulis dalam blog peribadi saya ni.. FB apa itu Al Jameela… Bermaksud “DIA WANITA CANTIK ANGGUN MENAWAN INDAH”.
Saya awal saya pakai jubah tahun 2003, nak cari yang cantik memang susah nak dapat yang betul-betul kena dengan test saya. Saya nak nampak tinggi – kurus – sorok kegemukan badan saya – warna yang hidup dan sharp – bunga segar dan pastinya fesyennya lain dari orang lain.
Saya pernah ke Dubai dan masa saya berkunjung ke sana saya melihat banyak jubah moden elegan kena dengan test saya. Wanita Dubai sangat kuat bergaya. Saya akan menyimpan koleksi yang saya suka sahaja. Jubah paling mahal dijual dari dubai (RM 5000 ke 10,000.00) saya tak beli lah.. Tak berbaloi, mahal sangat..!! hanya dek kerana batu sworoski, jenis kain dan sulamannya.
Saya masih ada simpan koleksi tudung – jubah Madinah, Dubai, Moden, India dan Mesir sebagai reference. Design Al Jameela adalah dari design jubah atau selendang yang saya ada dan diubah suai mengikut trend terkini. Saya suka gaya muslimah elegan, plain – berani dan tak suka banyak labuci..!!
3 Comments
shira
Salam..
Bonda Rozita boleh bagi tips jaga badan tak? Saya teruja melihat bentuk badan bonda yang tidak dimakan usia. Tetap kurus dan lansing.
Noorisah
Assalaam Puan yang dihormati,
Saya perhatikan ada kesilapan perkataan yang digunakan dalam artikel ini iaitu sepatutnya ‘taste’ dan bukannya ‘test’ seperti yang tertera.
Mohon maaf ya jikalau saya yang silap dan menganggu.
Terima kasih.
Geraldo
I read a lot of interesting content here. Probably
you spend a lot of time writing, i know how to save you
a lot of time, there is an online tool that
creates readable, google friendly articles in seconds,
just type in google – laranitas free content source