
Umur tak tunggu kita – PART 1

Lepas balik umrah kepala masih kosong, ni baru start nak menulis lagi.. Tak lama lagi kita semua nak menyambut raya . Saya percaya ramai sibuk berbelanja untuk keperluan beraya . Saya tak buat apa pun raya ni bagi saya raya tak raya sama je..Cuma saya merasakan kemeriahan dan kesusahan hidup orang dah berkeluarga dengan orang bujang memang tak sama.
Bila puasa ni teringat saya zaman membesarkan anak-2 sewaktu susah dulu2. Saat anak-anak menyuap makanan paling seronok bagi kami waktu dulu. Zaman berubah jauh..Kini anak-anak saya ada 3 peringkat..Sepasang yang peringkat pertama dah berkahwin ada anak… Sepasang remaja .. Dan ada anak masih kecil ..anak perempuan ..4 tahun dan bersekolah rendah.


Zaman kesusahan banyak tenaga dan ikhtiar saya lakukan. Saya ingin berkongsi pengalaman cara saya mengunakan kehidupan dan berfikir lebih tajam agar kita boleh selesa masa tua nanti.

Saya perhatikan orang disekeliling saya yang sangat perit masa tuanya kerana zaman muda disia-siakan. Mereka mengunakan umurnya dengan bersenang lenang. Rugi teramatlah rugi sebab masa tu tenaga dan semangat masih kuat. Pulun kerja habis-2an nanti bila umur 40an kita akan menikmati hasilnya.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
- Sihat sebelum sakit
- Muda sebelum tua
- Kaya sebelum miskin
- Lapang sebelum sempit
- Hidup sebelum mati

Life start begin at 40 itu pepatah barat. Tu lah yang ingin saya kongsi sikit pandangan saya tentang makna umur 40an . Saya mohon maaf jika tulisan ini menyinggung perasaan anda yang membaca blog. Apa saya nak kongsikan disini sekadar cara saya orang kampung yang tidak berpelajaran… Kesedaran saya melihat umur dan mengatur kehidupan saya sejak umur saya 19 tahun lagi…!!
Ini ialah 3 pandangan saya tentang umur dan manusia.
- Lepas 40 kalau orang tu perangai baik ia akan menjadi makin baik. Jika buruk lakunya sampai mati pun itu lah dia. Memang susah nak ubah.
- Jika selepas umur 40 – tak ada sebarang simpanan hari tua atau memiliki apa-apa harta ia amat bahaya. Jalan kehidupan semakin sempit dan masalah kewangan semakin meruncing. Tenaga makin uzur, fikiran tak tenang dan berpenyakit.
- Jika umur 40an sudah berpenyakit , kesihatan mereka makin teruk selepas itu kerana sistem ketahanan badan semain merosot.

3 perkara diatas amat saya teliti pada diri sendiri kerana saya tak mahu hari tua saya menyusahkan anak-anak dan merempat. Sebelum saya merempat saya kena tolong diri sendiri. Jimat cermat saya dalam kehidupan berbaloi. Saya ingat umur 40 tahun saya nak pencen dah sebab uzur. Rupanya masih kuat lagi .. ha ha ha ..maka saya kerja lah..tak jadi pencen..Sambungan esok UMUR TAK TUNGGU KITA – PART 2


One Comment
Ramyrizal Shahrul
Satu pandangan yg cukup bagus dikongsi….sejujurye saya cukup berminat dgn cetusan yg akak lontarkan….sebagai pedoman kepada sy lagi2 sebagai orang yang makan gaji ütk lebih menyimpan..