Bengkak susu bahaya..!!
Kalau tak dirawat bengkak susu boleh menyebabkan ibu demam dan kesakitan yang teramat sangat. Cerita ini dari pengalaman teman 28 tahun yang lalu. Elok rasanya saya kongsikan kepada anda yang menyusukan bayi untuk langkah berjaga-jaga.
( Sekiranya anda mengalami masalah bengkak susu sila layari jrm.com.my – Kobis rawat muka dan bengkak susu )
Cerita kawan saya kepada saya – Demam bengkak susu disebabkan air susu banyak , bayi kurang menyusu dan ibu tidak memerah susu keluar..!! Ia menyebabkan puting susu tempat mata keluar susu tersumbat dan bayinya terus tak mahu menyusu. Payudara semakin mengeras dan dia demam mengigil . Dia tidak boleh tidur dan menangis siang malam menahan sakit. Payudaranya berketul2 seperti guli. Setelah 4 hari kesakitan baru dibawa kehospital. Doktor dapati payudaranya terkandung nanah dan menjadi bisul akibat air susu yang tidak keluar ( bengkak susu ).
Masa pembedahan tu , doktor tak bius . Memancut nanah yang sangat banyak sampai memancut kedinding. !! Doktor masukan kapas bersihkan kawasan yang ditebuk tu.. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu..!! “ Masa sakit bersalin, aku tak menjerit Ita..tapi sakit bengkak susu ni hilang malu aku. Teramat sakitnya menjerit aku..tengok Ta kesan parut masih ada lagi..“
Wanita besar pengorbannya mengandungkan, membesarkan anak dan terpaksa menjaga kecantikan supaya cinta suami tidak berubah. Ramai kenalan saya yang bercerai bila dirinya tidak cantik lagi dan mengalami tekanan.