Bicara Bonda

Kentut vagina membatalkan solat ..

Kepada semua pembaca blog semua yg sy kasihi.. Sy kira entri sy kali ini paling menarik sekali sebagai ilmu dn panduan kita sebagai wanita khususnya yg dah berkahwin..

Sy percaya ramai yg x tahu atau malas nak ambil tahu ttg perkara ini sbb terlalu sulit dn jarang ditanyakan kepada para ilmuan islam.. Terutamanya bab Miss V dan cara ringkas nak berwudhuk ketika musafir (susah nak buka semua dn lambat)..

Kita nak tanya ustaz sendiri pasti malu,  maka elok sy tanyakan dn kongsikan di blog sy ni.. Terimakasih sebanyak2nya kepada Ustaz Md Isa Bin Deraman (Tok Ku Pasir Gudang) kerana memberikan sy jawaban yg selengkap2nya..

Ini antara perbualan kami :

Assallamualaikum ustaz sy nak bertanyakan ttg hukum yg sy rasa meragukan ramai kaum wanita.. Perkara ni sy terfikir sepanjang sy bermusafir dn melihat masalah kaum wanita ttg membersihkan Miss V sebelum solat..

Sy amat berharap serba sedikit pertanyaan yg sy tulis ni dan jawapan dri ustaz dapat merungkai persoalan yg sering berkaitan dgn semua wanita yg membaca blog sy nanti..

Gambar hiasan..
Gambar hiasan..

Semoga ustaz dapat membantu kami dgn memberikan penjelasan yg tepat supaya menjadi ilmu kepada kami semua.. Solat merupakan perkara wajib yg Allah tuntut sebagai muslim.. Tp kalau x mengetahui syarat sah berwuduk rugilah nanti solatnya x sah.. (kena tau soal feqah)..

Ustaz kalau salah soalan sy betulkan lah.. dn antara kemushkilan sy ialah :

Soalan sy :

1: Wanita yg mengalami keputihan adalah najis dn tidak sah dibawa solat dan wajib dibersihkan dulu sebelum solat.. Tetapi kebanyakan wanita sy dapati terutamanya yg memakai panty liner hanya membuang panty liner sahaja tanpa menyucikan terlebih dahulu.. Apakah sah solatnya ..??

Ustaz Md Isa Deraman

  1. Sebarang najis yang keluar samada secara normal atau abnormal perlu dibersihkan kawasannya dengan sempurna.

Soalan sy:

2: Adakah setiap kali sebelum mengambil wudhuk wanita dikehendaki menyucikan Miss V kerana dikatakan terdapat air wadi yg dikata najis..?

Ustaz Md Isa Deraman

  1. Wanita/lelaki setiap kali wudhuk tidaklah diwajibkan membasuh alat sulitnya melainkan bila diyakini ada najis yang keluar.

Soalan sy :

3: Sy pernah mendengar pendapat dri ustaz lain yg mengatakan dlm perkara ini katanya “Tak payah cek ada keputihan atau x sebelum wudhuk.. Kerana jika di cek dan didapati ada,  maka kena bersihkan lah dn kalau x cek kita anggap bersih maka sah wuduknya “.. bab ni sgt meragukan sy sbb tu sy tanya ustaz ttg kesahihan ini..

Ustaz Md Isa Deraman

  1. Kalau orang yang jarang jarang keluar tak perlu terlalu teliti untuk memeriksanya tapi kalau memang kebiasaannya maka wajib dia periksanya..

Soalan sy :

4: Bagi wanita yg berkahwin “Air mani suami akan keluar semula dri kemaluannya selepas 1 atau 2 hari selepas persetubuhan itu dan adakah itu kira najis juga dan wajib dibersihkan sebelum berwudhuk “..??

Ustaz Md Isa Deraman

  1. Apa sahaja yang keluar dari jalan kemaluan depan atau belakang maka ianya najis dan wajib bersuci.

Soalan sy :

5: Ada setengah wanita mengalami  “angin keluar dri vagina” adakah sah solatnya kerana ia hampir menyerupai kentut ..?? (sy malu nak tanya.. tp kena tanyakan juga sbb melibatkan solat itu ibadat paling wajib)..

Ustaz Md Isa Deraman

  1. Kalau angin yang keluar melalui depan  sama seperti angin yang keluar dari belakang maka batal solatnya.

Soalan sy :

6: Sy sering bermusafir ustaz, dan untuk memudahkan sy berwuduk sy x membukakan tudung sy semasa mengambil air wudhuk.. Sy hanya

membasuh muka, tangan, “SEDIKIT HUJUNG RAMBUT” dan kaki sahaja.. Adakah sah wudhuk sy tu.. Kerana sy pernah mendengar ustaz lain memberitahu syarat sah wudhuk bagi Imam Shafie memadai membasahi sedikit hujung rambut..??

Ustaz Md Isa Deraman

  1. Harus berwudhuk tanpa membuka tudung dengan syarat mampu melaksanakan basuhan dengan sempurna.. Benar dalam mazhab AsSyafie syarat basuhan rambut minimun 3 helai aje.

Sila share dgn kawan2 anda apa yg sy tulis ini semoga kita semua dapat berkongsi ilmu meskipun dri bahan yg sedikit tp sgt besar kebaikannya yg melibatkan solat..

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!