wanita sedang membaca Al-Quran
Bicara Bonda

Hebatnya Ayat Al-Quran…walaupun CD..!!

Saya sangat suka Al Quran sejak dulu lagi . Masa miskin tak ada duit nak bayar guru mengajar. Bila berduit maka pasti saya akan belajar.. Kisah saya disini nak kongsikan kehebatan AlQuran dan kesannya..!!

wanita sedang membaca Al-Quran
Gambar Sebagai hiasan.

Lain orang lain budaya ..!! Pengalaman saya kes pembantu rumah yang pakai susuk ada dalan 7 ke 8 orang..kes paling berat pengalaman maid bersusuk ni ada 3 orang.. Bukan semuanya tak baik..cerita ni sekadar teladan.!!

Sejak tahun 2000 sehingga sekarang,  pembantu rumah saya tak kurang dari 20 orang.  Rumah saya ada banyak bilik. Bilik tidur utama saya ada tempat solat  dan ruang menonton TV. Setiap hari akan dipasangkan cd rukyah dari Yaman. Siapa datang kerumah saya ziarah atau pembantu rumah yang datang berkerja kalau ada bawa “ barang ”  tak akan sanggup duduk lama dirumah saya. Mereka kepanasan, pening, rasa nak muntah..!! Kalau kawasan lain boleh.. Cuma jangan masuk bilik tidur kami, mereka akan sakit..!!

Wulan ..Saya jumpa dia menangis di Masjid. Katanya dia dipukul dan tak diberi makan oleh majikan. Isteri majikan menuduhnya mengoda suami dan anak bujangnya.  Saya bawa balik kerumah dan ambil berkerja..Saya latih dia berkerja bersama saya selama 2 bulan. Saya mensyaki sesuatu kerana dia merungut tak mahu mengemaskan bilik tidur utama. Antara lain ialah semasa dia datang payudaranya kecil, semakin hari semakin  melampau-lampau besarnya..!!

Gambar sebagai hiasan.
Gambar sebagai hiasan.

Satu hari saya bawa dia balik ke kampung suami. Dia masuk tandas dan tercicir tangkalnya. Selepas itu bapa mertua saya terjumpa tangkal tersebut dan bertanya kepada kami milik siapa tangkal itu..?? Saya syak Wulan..!! Saya panggil dan bertanya padanya kerana hati saya mensyaki mungkin dia pengamal sihir sebab tu majikan menghalaunya..

Dia mengaku katanya sebelum pergi ke Malaysia neneknya pergi ke satu bomoh dan meminta tangkal tersebut untuk melindunginya dan akan dibuang bila dia kembali ke Indonesia.. Saya risau selepas insiden itu dan menyerahkan wulan kepada ibu saya dikampung kebetulan memerlukan pembantu rumah. Dia rajin berkerja tapi masalah lain pula berlaku ANGKARA WULAN..Saya sangat marah..!!

Saya bawa balik semula ke rumah kami kebetulan rumah saya sering membuat tazkirah dan saya minta tolong Ustaz Zamani bantu untuk melihat apa yang dipakai wulan untuk tawarkan sihir yang ada padanya ..Saya takut dia akan menganggu rumah tangga saya pula..Semasa dirukyah jin itu bersuara dimana dia meletakan barang pada badan wulan.
Betul sangkaan saya – di payudara dan bawah dagu..!! SELESAI DIRUKYAH OLEH USTAZ ZAMANI berserta isterinya seorang ustazah..payudaranya jadi mengecil serta merta..Dia mengerang seperti beruang dan menyorok disudut rumah selepas dirukyah..Saya hantar balik ke Indonesia kerana memang dia ada niat yang tidak baik..!!

Nama yang saya tulis bukan lah nama sebenar . Ia sekadar iktibar sebagai renungan bersama.

Layari :

http://jrm.com.my

http://rozitaibrahim.net/ 
https://www.facebook.com/JRMOfficial 
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!