
Supplement rahsia saya..
MADU YAMAN DAN ROYAL JELLY.. Ramai ulama mengatakan madu Yaman paling terbaik didunia.Saya pernah membeli madu di Malaysia. Tipu, campur gula tebu..!! Sakit hati sangat, sebab saya sengaja set pada otak saya bencikan Gula Tebu..Gula tebu merosakan kulit , saraf , kencing manis dan cepat tua..!! ..Harga madu yaman RM 600.Memang berasal dari yaman.Pelajar yang belajar muhadisin di Yaman yang menjualnya kepada suami saya

Royal Jelly ini saya beli diladang dengan seorang kawan saya penternak lebah..1 kilo harganya hampir RM2 ribu bertahan untuk 6 bulan.Banyak kebaikannya dan saya rasai perbezaannya pada diri saya. Saya mengambil ½ sudu kecil setiap pagi. Tak boleh tahan lama akan rosak jika tidak dalam peti sejuk .Kesan kebaikan pada diri saya sejak saya makan madu Yaman dan Royal Jelly
- Paru-paru dan kekuatan kulit
- Dulu saya bronchitis, sangat teruk . saya sudah sembuh
- Saya tak mahu bergantung ubat doctor- saya dapati ubat doctor menahan sahaja tetapi tidak menyembuhkan. Izin Allah bahan semulajadi menjadikan kesihatan saya lebih baik.
Saya mendapati semakin berusia antibody sangat lemah dan mudah sakit.Stamina lemah.Pada tahun 2006 pulang dari mengerjakan haji saya mendapat penyakit broncitis dan alahan hidung yang sangat teruk.Kebetulan masa tu saya buat ternakan itek, mungkin habuk dan najis itek menjadikan paru-paru dan bronchitis saya semakin teruk..!!
Mulai jam 11 malam, air keluar dari hidung ..Mula-mula bersin lepas tu air itu keluar dengan deras macam air paip. Bukan selsema atau hingus..!! Pernah saya biarkan sebab nak tengok takat mana banyaknya .Basah lah bantal untuk semalaman.
Doktor kata memang tak ada ubat, hanya makan ubat cetirizine. Ubat ni mengantuk. (Makan malam saja bila perlu). Makan ubat mengantuk ni bahaya jangka masa panjang. Otak makin lemah, pelupa nyanyuk dan toksin sangat banyak. Rosak organ, buah pinggang dan saraf jika makan terlalu lama..!!
Bangun pagi dan malam saya akan bersin tanpa henti. Saya tak tahan sejuk dan habuk , walaupun kipas.. Waktu tidur sangat terganggu , pernah saya menangis. Saya berdoa minta Allah bagi ilham pada saya nak rawat sakit ini.
Saya pergi doctor pakar hidung dan paru-paru di Damansara Specialist pun tak baik. Sebenarnya rawatan cara islam, mengaji Alquran pun adalah satu ubat dan bahan semulajadi. Selagi boleh saya akan elak makan ubat hospital.

Untuk produk Royal V akan datang saya tambahkan delima , manggis dan royal jelly.Saya juga percaya bila berusia ramai wanita kesihatannya makin teruk.. Mudah-mudahan usaha dan niat saya ini dapat membantu kesihatan mereka bertambah baik. Rasanya lebih sedap dari persis dara sekarang… Insya Allah jika Allah izinkan kesannya lebih baik dari persis dara.


11 Comments
Anie Yat
Assalamualaikum. .tak sabar rasanya nak tunggu Royal V dipasarkan…
Suami saya dulu masa.kerja kat Jeddah belu madu Yaman yg telah bercampur habbatus sauda…
Mmg.madu Yaman yg terbaik di dunia..
Khairul Bariyah
Terima kasih Puan.
Sayang Sunnah
Assalamualaikum Puan,
Saya ada menjual madu yaman sumur dan sidir. Madu Sumur RM300/1kg dan RM170/setengah kg. Kami dapat harga murah sbb deal sendiri dengan penternak madu di Yaman. Ustadz Johari Abdul Wahab ke sana untuk memastikan madu terbaik dipasarkan di Malaysia. Rujuk produk dari Rayhannah. Kami ada certificate pengesahan ketulenan madu. Boleh call saya 019-2503899 untuk penghantaran. Salam hormat,
Elene
Nurul Farhana Binti Abd Latip
Salam Puan Rozita
Alhamdullilah …. Allah menghantar org yg berilmu, beriman, bersemangat kental & positif utk membantu, mendidik & mengajar saya erti kehidupan.
Ilmu & pengalaman puan benar2 menyedarkn sy dgn kekuasan & ilmu Allah. Segala2nya dtg drpnya.
Sy sgt2 bermotivasi utk mempelajari ilmu herba, perbidanan & kecantikan wanita. Ingin sekali menimba ilmu tersebut dgn Puan.
Sy berharap sgt puan dpt membukukan segala informasi dlm blog ini & juga mungkin puan dpt mengadakn sesi pembelajaran secara formal bersama modul yg baik serta pensijilan dr KKM contohnya.
Moga Allah ketemukn sy dgn Puan satu hr nanti. Insya-Allah
jamuratu malaya
Assallamualaikum. .Nurul Farhana..
Sy sendiri x tau lama mana sy boleh tulis blog ni..Terlalu jauh lagi kisahnya sy nak cerita sy cari ilmu ttg herba dgn doktor betul2 pakar dari university AYURVEDA india
Siti Aishah bt Daud
Assalamualaikum Puan Rozita,
Saya mengalamimasalah berat badan 70kg. tinggi 155 cm. Pada masa ini saya telah menggunakan lucimax dan garlic plus. Jadi pada pandangan puan adakah saya perlu mengambil set kurus badan @ set cepat kurus sebagai supliment tambahan. Untuk makluman saya telah guna produk ini 3 minggu masih belum ada perubahan.
nor mazlinni binti othman
assalammualaikum pn rozita.
saya ingin menanyakan soalan mengenai suppliment yang sesuai dengan badan saya dan juga umur saya. saya telah cuba bermacam suppliment untuk membantu sistem dalaman saya. seperti merawat keputihan, ketika bersama suami,air mani selalu buang dalam faraj saya dan akan menjadi keputihan seperti ketulan.saya juga mahu menegangkan payudara saya, menaikkan punggung saya dan menguatkan rahim serta mengetatkan faraj.yang penting membentuk badan saya menjadi lebih menarik. harap pn rozita boleh share dengan saya.
jamuratu malaya
Puan Nor, insya Allah sy akan tulis, cuma waktu sy sgt terbatas nak menulis..
Habibah
Baru dpr tahu mengenai peoduct ni drmy cousin. How much is it? And ada jual ke di tokoh2 jamu?
ummudaud
Salam puan…nk tanya apa akan jadi jika pesakit hipertiroid minum royal v
Shi
Salam bonda..sy nak tya boleh ke sy mkn roysl v ni memandangkan sy ada enfometrosist…?