Resipi Bonda

Tajuk : URAP PUCUK UBI

 

Sangat sedap terasa kencurnya. Menaikan selera bagi orang yang suka masakan kampung. Bahan yang saya berikan di bawah anda boleh ubah mengikut citarasa sendiri.

 

 

Bahan-bahannya

Pucuk ubi 300gm ( direbus dengan garam dan toskan )

Bahan A

  • Kelapa parut
  • Daun kencur ( hiris halus )

Bahan B

  • Cili api dalam 12 biji
  • Ikan bilis segengam
  • Bawang merah 4 ulas
  • Bawang putih 2 ulas
  • Sedikit halia

Bahan C

  • Kencur 5 inci

Caranya –

Bahan B goreng dan tumbuk bersama bahan c . Gaul semua bahan A dan B bersama garam , sedikit gula dan bahan perasa.

Kemesraan jiran pengubat sunyi dan penghibur kepada mak. Setiap kali saya pulang kekampung jiran akan sibuk melayani saya dengan pelbagai masakan kampung. Kali ini dengan urap jawa atau kerabu pucuk ubi ..saya ada dengar dari pakar makanan, pucuk ubi tak bagus untuk kesihatan dan yang pasti ini bukan makanan diet ni  ya..!!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!