Bicara Bonda

Dilema cinta gelap wanita berusia..

Tulisan sy kali ni ialah konflik wanita berusia.. Tapi masalah ni berlaku juga pd org muda… Sy kira lebih menarik kisah ni sy fokus kepada wanita yg digelar tua lebih manis berusia…

gmbr blogKisah nenek berusia 58 tahun yg ditangkap kat Johor tu sgt menyentuh jiwa sy kerana sy dapat membayangkan apa sy rasa jika sy berada dlm situasi tu.. Malu, marah, takut kehilangan anak2.. Yg jelas maruah dh x da.. Jadi buah mulut org dan anak2 sama ikut malunya..

Sy x memadang rendah nenek yg kena tangkap khalwat ni (x bermaksud sy sokong dalam perbuatan dosa )… Kita gosip yg baik 2 aje, kenapa boleh jadi macam tu.. Sebetulnya rasa kasihan padanya.. Dia terhukum dek dilema diri yg terpendam lama…

Bagi sy ada asbab lain yg menyebabkan dia buat macam tu.. 80% mmg salah dia tapi sy percaya 20% ada sebab lain yg dia x boleh kontrol emosinya.. dah lama…!! Apa yg kita bayangkan “ada nafsu lagi ke.. dah kerepot”… Ok jap lg sy ulas lepas ni…

Kenapa NENEK TUA MASIH DIKATAKAN GERSANG…

Sy pernah sembang dgn pelacur kenapa mereka lalui semua ni.. Maklumlah ofc sy dekat dgn kawasan tu.. (Jalan Tuanku Abd Rahman dekat dgn Lorong Haji Taib)  Pelacur tu pun x suka dgn pekerjaan mereka..!! Sgt menakutkan dunia pelacur dan pondan.. Sy dengar pun takut.. Sy suka nak tahu pengalaman juga kemelut hidup mereka..

Sekadar jadikan panduan dalam mendidik anak2 dn memilih kawan.. Ugama penting, pendirian/iman sebagai pegangan hidup..

Suami ego wanita kesal.

Bagus sgt penceramah uztz Kazim dn Dr Fadilah Kamsah bagi ceramah. Kalau boleh tegurlah kaum suami ni.. Suami ni kalau isteri tegur tak nak terima. Dah tahap kritikal baru nak berubah atau kalau istri tegur makin dia bertindak ganas..

Wanita lemas dgn dilema ni.. Kelemahan jiwa wanita yg dlm dilema ni perlahan2 akan buat benda2 x elok dibelakang suami..!!.. Kalau mereka kurang pengangan ugama, terlalu bebas atau pengaruh keliling. Masalah rumah tangga x selesai.. dosa dapat.. Akhirnya wanita juga yg dapat berganda2 susahnya..

Lelaki sgt mudah.. Cerai.. talak.. rujuk.. milik dia. Kalau dia nak buat atau x nak buat mmg isteri akan terjerat.. Dalam kes cerai bukan perkara yg mudah wanita lalui.. Apa pun buruk wanita akan nampak lebih jika nak banding dgn lelaki.. Itu yg masyarakat nampak..

Isteri yg merasa kekurangan ni suka banding2kan suami dia dgn org lain.. Mereka akan bercerita sesama kawan kisah seronok, suka dukanya… Suami sy beli apa, ..laki sy..  anje sy.. ha ha ha… huby sy so and so…. contohnya lah..

Bila suami kawan mereka lebih baik dri suaminya mereka ingin sama merasa apa yg mereka x dapat, tu yg sgt mereka nak rasa.. Kenapa suami sy begitu.. kenapa dia x boleh buat macam suami kawan sy tu…

Bila perkara ni diajukan kepada suami  (pembawa konflik ni) selalunya suami akan bagi alasan.. Paling menyampah dia akan meletakan salah kepada isteri balik.. Xkan selesai masalah dan isteri jadi memberontak..

“Masalah ni x akan ada jalan perubahan… Sbb perkara buruk x diperbetulkan, tetapi makin ditambah burukan. Perkahwinan sebenarnya penyatuan 2 jiwa.. Perkahwinan umpama ruang kosong.. Kita bersama yg menghias  mewarnainya… Atau menambah rasa kosong dan merosakannya.. Mmg susah nak bahagia sbb kita berdua x nak cari titik punca “..

Wanita dalam dilema mencari keseronokan dalam kasih sayang.. dn sentuhan.. Itu yg sy faham dr perkongsian… penceritaan bersama2 kami…

Sy kupas 5 Dilema cinta gelap wanita berusia ni.. Kisah semua ni sy ambil bukan dr surat khabar.. Dari kawan2 terdekat yg sy kenali yg berkongsi masalah mereka dgn sy.. Wanita yg kaya raya sehinggalah kepada wanita dari golongan biasa.

1. Suami x bagi perhatian langsung.

Sibuk buat hal sendiri.. Garang dn baran, kedekut.. Kebanyakan kes bermadu..Kesannya. Benci dgn pasangan. Nak bercakap tengok muka dia pun benci. Wanita mengharapkan suami menghiburkan… tapi hidup dgnnya hati sentiasa terluka.. Tanya sikit.. jawabnya maki hamun atau tipu.. Jiwa sakit dan jiwa jadi kacau.

2. Balas dendam suami curang..

Aku pun boleh curang.. Ingat ko je nak sedap aku nak juga (ini ayat lawak sy dengar komen mereka)… Wanita ini ingin sama adventure.. nak rasa thrill apa yg suami buat.. Mangsa keadaan ialah anak2.. Wanita bosan menangis dn merayu kat suami dan cara nak rawat kesedihan dia buat perkara sama macam suami buat..

3. Suami yg membosankan.. Pasif.. Busuk x jaga kebersihan.. X romantic…

Wanita seperti ni banyak terdedah dunia luar. Melihat lelaki diluar seksi, abang sado ke, senang cakap lelaki penuh pakej.. bijak, romantik, parfume dn ada kereta hebat.. Komen mereka bila balik  kerumah jumpa suami semua oposite dgn lelaki diluar (kekasih gelap)… Mereka membayangkan kekasih gelap dalam dakapan dan tutttt…ttt ha ha dgn lelaki tu tau x…!!.?.. Masa tu hati dn jiwanya dah xda pun dgn suami sendiri.. (perkara sama kita kena fikir kalau suami kita berubah kpd wanita lain… ha ha ha.. so wanita jgn busuk dn selekeh tau..)

4. X pernah atau susah klimak.. suami mati pucuk… 

Sy malas nak letak yg ni no1. he he he.. sbb panjang ulasan nya.. Maafkan sy sgt2 ye para pembaca.. Sy malu nak tulis ni. Tapi kena tulis yg sebetulnya.. Sbb mana tau ada pembaca yg lalui masalah macam nak ajak suami bincang antara keluhan2 wanita yg jadi punca konflik. Ni detailnya. (segannya nak tulis… wartawan tulis x malu sbb kerja itu mereka kot.. kot lahhh..).

  • Cepat ejakulasi.. Kurang ereksi.. dn bentuknya..
  • Wanita ni melakukan cara lain selama bertahun2.
  • Suami gelojoh pentingkan diri.. Sakit dan hanya terpaksa bukan rasa desire waktu kebersamaan masa hubungan tu…(berkias)
  • Suami x tahu punca2 orgasma isterinya.
  • Suami malas memulakan.. Isteri buat lah sendiri sampailahhh selesai.. Bab ni mmg lawak.. (x mo cerita)

5. Wanita Variasi.

Ni jenis x bersyukur.. Paling sy pelik.. Suami baik , hensem, lengkap jiwa dn kehidupannya..  Dia sayang suami.. (Melampau bodohnya bagi sy)..Wanita ni play girl.. Ada anak dn perkahwinan bahagia.. Buat kerja ni masa waktu berkerja.. Seronok katanya banyak variasi..

Jom tengok kesannya..

Dalam kes yg ini biasa je mula2 dekat sms/whats up.. fb atau seangkatan dgn nya.. mulanya sekadar main2 jer utk hiburkan hati.. Bukan nak jumpa pun.. Ia akan jadi lebih berat kalau x bendung..

Wanita begini takut risiko.. ada yg pilih melakukan sex songsang, Lesbian kerana kaum ini lebih memahami naluri wanita..

Kekosongan jiwa amat bahaya nampak macam xda apa. Sbb wanita berusia pemalu dn sayang anak2.. Kesan buruknya banyak.. Wanita ni jiwanya x da ubat dan sedang mencari jalan keluar.. Mereka terperangkap dn memberontak..

Mereka ini ada juga yg tersasar sampai melakukan hubungan terlarang dgn pasangan baru kekasih gelap.. Resah.. rindu.. takut dn malu bermain2 dalam jiwa mereka kerana kesalahan besar disisi ugama dn kekeluargaan..

Jika kita melihat wanita tua potensi utk  melakukan benda x elok ni…Wowww   macam x mungkin kan..!! Kita fikir mereka x da nafsu kan.? 1 PERKARA KITA LUPA Keseronokan jiwa (KASIH SAYANG) dgn nafsu 2 perkara berbeza…

Sekali kita buat buruk terpadam semua kebaikan yg pernah kita buat.. Yg tinggal hanya jelek kita sampai mati org sebut.. Dah lah Tua nanti hidup kita sunyi dan jangan teruskan kecewa hidup kita akibat penambahan dosa lagi.. Jangan menambah lagi masalah, kembali kepada ugama… Tenang hati selamat hidup..

Semakin senja usia hanya ugama kita pilih kawan.. Hanya Allah kita pilih jalan hidup.. Takut Allah x redha dn x sempat kita bertaubat.. JANGAN KERANA DUNIA DAN SAKITNYA MASALAH KITA RUGI DUNIA… LEBIH LAGI TAKUTNYA KITA RUGI AKHIRAT WAHAI KAWAN KU…

SENJATA KITA ORG MUKMIN DOA DAN TETAP KEPADA NAK BUAT PERKARA KEBAIKAN.. Hanya itu yg boleh melembutkan dn merubah keadaan..

15 Comments

  • nera azlin

    assalamualaikum puan maaf lari tajuk..sy x tau nk berhubung dgn puan mcmana….saya amat2 perlukan bantuan puan…muka saya skg teruk sgt2 jerawat…dh mcm radang kulit dah,sy sgt2 tertekan skg,pedih dan gatal muka saya…masa solat nanah keluar meleleh2 di pipi

  • lina

    He he dlm hidup kita ada kalah ada menang yg penting agama letak didepan .ya la puan sy pun knp klau ustaz 2buat ceramah cth org yg bakal msk neraka/jahat wanita?bila kaum tu nak sedar klau mcmni?tajuk pun halakan pd wanita.negara kita klau nak slmt tlglah pihak yg berkenaan igtkan para suami tagjawab rumah lah tmpt bermulanya sebuah negara.samaada negara yg hancur atau yg unggul

  • baayah

    Zaman ini wanita terlalu banyak sgt tanggungjawab yg perlu digalas. Jika x kuat iman maka jadilah pekara yg tidak sepatutnya mereka lakukan. Apatah lagi perasaan malu dah x da g.

    • jamuratu malaya

      Baayah. .kepenatan wanita tu, hati kita ni nak balik ada 1 ke 2 jam suami hiburkan dn tempat bercerita dah seronok sgt dah…bila hidup x da nilai seronok semua perkara x elok mulalah nak melencong

  • Ana

    Mereka tetap wanita , manusia yang punya hati dan perasaan . Topik2 begini sudah menjadi terlalu ‘taboo’ di dalam masyarakat kita . Seperti menolak realiti yang masalah begini wujud tetapi tidak diketengahkan . Pada pendapat saya , tindakan perlu diambil bagi mengelakkan mereka mengulangi kesalahan yang sama , masyarakat juga perlu ambil iktibar dan pengajaran , bukannya masuk telinga kanan , keluar telinga kiri , bercakap di lidah memang mudah , tetapi belum tentu mampu untuk melakukannya

  • Dalilayusof

    bg sy dulu-dulu, perkahwinan adalah penjerat, sebab si suami ni terlalu ego. Apa yang kau boleh buat, kau takkan tgglkan aku. Tertekan membuatkan kita jadi tak tentu arah,

    Betul, tapi kita lupa sesuatu perkara pemilik hati suami yang sebenar itu Allah swt. Kenapa kita mengambil jalan mudah menghukum suami sebeni rupa, sedangkan baik buruk suami bergantung juga pada tindak tanduk kita.

    Meminta pada Allah supaya tundukkan hati suami itu, bukan menghukum mereka dengan cara bukan-bukan, kesannya lebih teruk daripada seorang suami yang curang. Perbaiki diri, komunikasi kita, bukan senang namun perlu usaha biarlah kita ini jika berlaku perceraian sekalipun, kita bercerai dengan baik.

  • Sha

    Just nk sharing apa yg sye alami…bukan nk memburukkan sesiapa tp sekadar nk wanita kt luar sana amik iktibar…apa yg Puan Rozita kongsi kn sgt betul…
    Mcm saya sendiri…suami sgt baik..sgt syg sye..tp dr segi tanggungjwb sy agak kecewa dgn dia..sye jenis org yg kuat bekerja..dan mengharapkan pasangan yg kuat bekerja jgk…pasangan sy kerja mkn gaji, tp gaji dia cukup dr anak saya 1 hingga 4…kebnykan perbelanjaan yg berkaitan anak, saya yg keluarkan sblm ni.. sye mencari mcm mna sye nk redha dgn suami? Sedangkan sye sbnrnya dh xmampu nk tanggung semua ni…mana tak nya kekdng bil api dan air pn dia xbyr…xtau dia xmampu atau dia sengaja tangguh2 sehingga kekdng api atau air kt rumah kena potong…
    Sye bnyk kali mencadangkan pd pasangan sye spy mencari kerja part time atau berniaga secara sambilan..pernah dia cube beberapa kali tp semuanya xbesungguh-sungguh sehingga berhenti ditgh jalan…sye sgt kecewa… Keadaan berlarutan bertahun2 sehingga sye xlagi tahan dan menyebabkan kami bergaduh berbulan2 lamanya dn sye menjadi mula hilang rse sayang pd dia..Kini sye masih cuba bertahan demi anak2 kerana mereka masih kecil…sye berusaha mendidik hati utk redha dgn suami..dn sye berusaha sendiri sekrng utk berniaga dan mencari rezeki utk anak2 dgn tanpa meletakkn harpan yg tinggi utk dia mengharapkan bantuan dr dia.. Sy serahkan hati sy dan takdir hidup sy pd Allah.. Sy hrp ada pelangi di hujung jln..amin

  • Sha

    Your comment is awaiting moderation.

    Just nk sharing apa yg sye alami…bukan nk memburukkan sesiapa tp sekadar nk wanita kt luar sana amik iktibar…apa yg Puan Rozita kongsi kn sgt betul…
    Mcm saya sendiri…suami sgt baik..sgt syg sye..tp dr segi tanggungjwb sy agak kecewa dgn dia..sye jenis org yg kuat bekerja..dan mengharapkan pasangan yg kuat bekerja jgk…pasangan sy kerja mkn gaji, tp gaji dia tak pernah cukup dari anak kami 1 hingga 4…kebnykan perbelanjaan yg berkaitan anak, saya yg keluarkan sblm ni.. sye mencari mcm mna sye nk redha dgn suami? Sedangkan sye sbnrnya dh xmampu nk tanggung semua ni…mana tak nya kekdng bil api dan air pn dia xbyr…xtau dia xmampu atau dia sengaja tangguh2 sehingga kekdng api atau air kt rumah kena potong…
    Sye bnyk kali mencadangkan pd pasangan sye spy mencari kerja part time atau berniaga secara sambilan..pernah dia cube beberapa kali tp semuanya xbesungguh-sungguh sehingga berhenti ditgh jalan…sye sgt kecewa… Keadaan berlarutan bertahun2 sehingga sye xlagi tahan dan menyebabkan kami bergaduh berbulan2 lamanya dr hujung thn lepas dn sye menjadi mula hilang rse sayang pd dia..Kini sye masih cuba bertahan demi anak2 kerana mereka masih kecil…sye berusaha mendidik hati utk redha dgn suami..dn sye berusaha sendiri sekrng utk berniaga dan mencari rezeki utk anak2 dgn tanpa meletakkn harpan yg tinggi utk dia membantu. Sy serahkan hati sy dan takdir hidup sy pd Allah.. Sekiranya memg dia jodoh yg terbaik utk sye, sye berdoa semoga Allah bantu dn hadirkan rse syang sye pd pasangan… sye hrpkn ada pelangi di hujung Jln..amin

    • jamuratu malaya

      Sha, jika suami baik, penyayang, berugama sukurlah puan..jangan jauhkan hati..teruskan kaish sayang puan pdnya,Bukan sennag nak dpt suami baik..rezeki kita lebih tp Allah uji rezeki suami sikit. .redha puan..Sbb nikmat duit dn kasih sayang x sama..takut yg dicari baru lebih mengecewakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!