
Hari ke-2, di kota Paris..
Hari ke-2 di Paris aktiviti bebas.. Ada yg ke Disneyland, sy tak pergi sebab mahal sangat tiketnya. 4 orang Rm2000. Kami plan terokai sendiri Paris hanya dgn family sy. Sy bangun jam 3.30 am waktu Paris, susah tidur sebab bertukar waktu. Yati janji jam 8.00 di RG utk berkumpul..Sy turun dan bersiaplah nak pergi.. Tiba di lobi ajim tiada..Sibuk kami mencarinya..Tunggu sampai 9.30 masih tak ada.Marahnya sy dan geram. Kononnya nak ajar dia yg tak dengar kata ni, sy nak tunggalkanlah..Separuh jalan naluri ibu kan., tak sampai hati pun…
Sampai separuh jalan sy tak sedap hati.. Hati bergetar Ajim ada yg tak kena dalam bahaya atau sesat.. Dia ni menduga macam2 kat maknya.. Nasihat x nak dengar. Dimarah x suka, menyusahkan betul kami berpecah puas cari. Dah lah kat negara orang.. Dia fasih English., Konon suka barat dn enjoy sgt dgn negara ni kah tu ..keluar sorang2 x minta izin..Dia x tau hati mak ni susah hati nangis. Anak selalu x jaga hati mak.. pentingkan diri sendiri.. Mengigil sy kat Paris..
Berkat Almathurat.. Salawat byk2 dan takut jadi yg x elok .. Sy yakin kebesaran hikmahnya Almathurat. Allah duga sy sekeluarga hari ni.. Mood rosak risau apa jadi lah kat ajim ni.. Call x jawab, xlama lepas tu Ajim call pakai public phone.. Katanya kena pukul. Org France belasah nak samun..
Ajim keluar awal pagi jam 7.30am main skateboard, sunyi tak ada orang. Datang 2 lelaki Ingeris badan besar dan tinggi berbahasa France, ugut minta duit. Nasib baik tak bersenjata. .!!
Dia cekik ajim dan tumbuk muka ajim 2 kali sampai pecah bibir.. Ajim tak nak bagi.. Mereka tumbuk perut ajim. Ajim balas pukul mereka dengan skate board. Sorang jatuh dan ajim lari sekuatnya tak tau masuk arah mana sampai ajim sesat.
Hp pulak rosak, sbb tu kami call tak jawab. Dia tak tahu jalan balik. Ajim minta bantuan negro.. Masa hantar tu negro tu pesan hati2 di Paris. Banyak org jahat terhadap tourist, mereka tahu tourist banyak duit..
Selepas kes Ajim selesai Kami teruskan trip hanya family kami je..Kami naik bas dan terus naik train..Jam 10.00am baru gerak..Lega hati ni Ajim selamat..Terkebil2 kena marah..ishh kalau ikut hati nak je sy tambah belasah lagi. MARAH DAN BEBEL AMI SEBAHAGIAN SAYANG..


2 Comments
Kakcik
AllahhuAkbar!
Pasti Ajim telah mendapat pengajaran dari peristiwa itu… InsyaAllah.
NOOR AIZA JOHAN
Pandai Puan Rozita menulis