Jejak Bonda

Lawatan ke Istana Ratu Britain dan tempat pancung kepala.

10588666_587321104724636_27151974_nBismillahhirahmanirahim.. Hari ni 14hb Sept hari pertama lawatan di London. Tour guide kami En Wan /org trenganu..

Sedap didengar suara dia berbahasa melayu accent englishnya tu.

Beli rumah dan 28 menetap disini. Baik akhlak dn masih hebat budi kemelayuannya.. Kerjaya sebagai penulis..

Sy Kagum dgn dia yg boleh mengingati sejarah dgn baik. Penerangan dia lengkap semua ttg keseluruhan sejarah , bangunan dn budaya org-2 London.

10706409_587321011391312_1758510734_n

Bersama cucu sementara tunggu bas dtg nak bawa utk lawatan ke seluruh bandar london , mall dn bangunan kerajaan.
Stok ubat anak-anak sentiasa ada untuk travel jauh,
Sedih bekalan saya tak boleh simpan. Hotel tak da peti ais.. Tak boleh jimat , kurangla bajet shopping.
Bersama group lain di kafe hotel.

Parliament British. Gereja Raja-raja di tabalkan dan dikebumikan.

Sekarang musim luruh tak sejuk sgt..Pada sy sejuk dah suhu 13c.Sy stay kat Ibis London bersebelahan dgn stadium Wembley. .rumah2 kat situ masih kekal hebat betul, dibina dari tahun 1930.. sgt lama ..!!.Sana banyak org muslim somalia, pakistan dan India.

Semalam sy sembang dgn sale girl gadis muslim Afrika katanya.: Kerja sini gaji ikut jam.Lama kerja banyak la gaji.. Sy duk sini sejak sy 1 tahun ikut ayah sy kerja. Lepas sy habis study sy nak balik kenegara sy. Kalau melawat ok di london tapi bukan utk tinggal tetap disini..

Mahal dn xda paling bahagia melainkan negara kita sendiri.Anak  Princess Diana, Prince William dan Kate kawin dekat sini.

Kayanya orang Jepun ini kawin kat sini.. Church ada sekolah dan muzium sangat besar.

ini gereja dan tempat dikuburkan ahli parlimen.
Supreme Court… Makhamah Tinggi…
Katanya tube atau train bawah tanah di bina di London abad ke 19 yg pertama dn tertua didunia 150 tahun..Hebat nya temadun mereka kan..!

Perjalanan ke Masjid terbesar di London yang di buat oleh Kerajaan Mesir.

Malaysia dan Cina paling banyak beli property di London.. Hebatkan Malaysia... FELDA , GUTHRIE, TABUNG HAJI YG BANYAK BELI PROPERTY DI LONDON. Rumah termewah sebiji berharga 15 billion.. woww.. Itu projek Malaysia..!! Habis di jual dlm masa 1 minggu. Hebatkan Malaysia ni.

Royal Brunei ni kaya betul ada hotel mewah kat London.. Seni bina lama bangunan dn rumah masih dikekalkan tak boleh di ubah suai..Mereka menjaga taman dan tak banyak bangunan tinggi.

Kami ke Oxford Street..panjangnya 1 batu ..ternama disini. Membeli belah selama 2 jam masa yg dibagi.Katanya ada sale utk musim luruh..Kedai paling top utk pelancung Msia Prime Mark..murah dan semasa..

Bila sy perhatikan org sini tak banyak pakai baju berwarna warni macam kita.. Mereka pakai baju warna hitam, grey lebih kepada earth color.

Agaknya mereka pelik tengok baju2 kami.. Dalam bas tak dibenarkan bawa minuman.. Hausnya anak2 pun meragam.. Mereka ni sgt jaga kebersihan maka ada perkara baik yg patut kami belajar.

Seni bina bangunan yang kemas, umik dan bersih.

 

Murah2 baju kat sini..Org Msia dan Arab banyak kemari..
Kami melewati london Bridge kat sg Theme yg terkenal didunia..Dan bangunan Shard tertinggi dimiliki oleh kerajaan Qatar..

Sy banyak travel apa sy nk kongsikan melihat org jepun lebih berfesyen masa berjalan laju dn kaku macam robot ..!!Org Paris tinggi2, kulit dn muka cantik ,jalan laju juga..Org London pula pendek2 dibandingkan dgn org2 Paris. Mereka lebih ramah dr org Paris sopan dn merendah diri..

Nak ketandas susah sgt, dh lah x guna air.mreka pula sgt kedekut nak bagi pinjam tandas..Sy betul2 teruja sbb minat dgn roti2 mereka..gebu lembut dn rangup..

ni bangunan tempat gantung org, terutama yg derhaka pd raja atau kes jenayah.Ia juga pesta bagi mereka saat hukuman dijalankan.Bunga yg merah 2 tu porcelain bkn bunga betul. .sekuntum 20 pound..
ni bangunan tempat gantung org, terutama yg derhaka pd raja atau kes jenayah.Ia juga pesta bagi mereka saat hukuman dijalankan.Bunga yg merah 2 tu porcelain bkn bunga betul. .sekuntum 20 pound..

Buckingham Palace

Kami berada dikawasan istana raja2 inggeris, banyak istana kat sini bukan 1, ada 600 bilik..2 panggung wayang.. ha ha banyak nya sempat ke nak masuk bilik queen tu..

 

Kami melawat merata London, Hotel termahal di London milik orang Amerika buckingham palace.. Park lane hotel termewah. PM kita dtg tido sini.. Kami berkesempatan singgah di masjid London Centrel Mousque/Islamic Culture Centre dan makan di direstoran dlm masjid ni..

Saya beli bekas roti. Vintage sekali, Saya suka sangat 24 Pound. Kat Malaysia tak ada macam ni.

Kawasan hotel kami berdekatan dgn stadium Wembley dan tempat shopping London designer. Sgt murah2 pakaian hanya 5 ke 7 pound. Sy bab baju2 ni kurang. Tapi kalau periuk dn peralatan memasak mmg suka sgt… Sy ronda2 je dn belikan baju anak2…

inilah stadium Wembley.

10705030_587322511391162_1491635905_n

Antara gambar-gambar rumah yang saya ambil dari dalam bus. rumah ni 4 Tingkat 2 ada basikal. rumah disini kecil2 je.

Keriangan anak kecil dan nakal mereka menghiburkan .. Syukur dengan rezeki yg Allah pinjamkan melihat dunia ciptaannya.. Orang Pakistan , Arab, India sgt banyak disini berkerja dan melancong.. Bagi pelancong mereka mmg banyak duit, kalau membeli tu tak takut langsung, semacam je.. Sy hanya membeli yg perlu dn berbaloi saja..

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!