Petua Bonda

Kegunaan daun kari

Minggu lepas staf bernama Wawa masih dalam cuti bersalin 20 hari berpantang . Whats app saya merujuk pandangan – katanya dah 2 hari sakit tengkuknya rasa tegang badannya berat lesu tidak berdaya, cirit birit dan muntah-muntah. Dia pergi berjumpa doktor dan makan ubat hospital masih tak sembuh. Dia tidak menyusukan bayinya kerana risau akan menjangkit kepada bayinya.

Soal saya padanya adakah dia salah makan atau terlanggar pantang kemungkinan terjadinya bentan. Katanya semua ok makan tak ada yang salah makan. Terang saya lagi bentan ada banyak jenis punca dari salah makan atau minum, tersadung kaki , menarik sesuatu dengan kuat, terkena hujan, terhidu bau dan melakukan sex dalam pantang. Saya minta dia membaca tulissan saya rawat bentan dengan akar belimbing buluh dan rawatan berpantang.

Saya tanya lagi mungkin ada orang bawa masuk dalam rumah petai , jering, kuini dan machang . Makanan ini sangat kuat bentannya sehinggakan cium bau pun boleh bentan atau mungkin ada orang yang datang ziarah yang memakai benda salah atau saka berat akan mengangu wanita dalam pantang yang lemah semangat seperti Wawa.

Jika bentan selepas minum saja ikut cara dalam blog saya tu akan serta merta sembuh..!! Esoknya Wawa memberitahu bahawa terus sembuh selepas mengamalkan petua saya. Katanya rumahnya musim kuini dan keluarganya tidak tahu kuini itu membawa bentan..

Saya banyak menulis tentang tips dan petua melalui pengalaman saya sebagai bahan rujukan sekiranya boleh dijadikan panduan bagi anda yang memerlukan. Zaman dahulu saya hanya mengunakan bahan semulajadi sebagai bahan perubatan dan terbukti ia sangat berkesan. Saya menulis utk 2 blog iaitu jrm.com.my khas tentang pantang, tombong keputihan dan semua tentang perubatan . Blog peribadi saya muatkan sejarah dan perjalanan kehidupan saya.

kadi-patta-long-live-the-curryDaun kari sebagai bahan penyedap masakan kari. Antara kegunaan daun kari ia boleh digunakan sebagai bahan untuk merawat sakit perut, senak dan cirit birit cara nya ialah daun kari yang muda selain sedap dijadikan ulam atau yang tua dicincang halus masak bersama butter dan makan bersama dengan nasi. Jika ada masalah kegatalan akibat alergi gigitan serangga atau ulat bulu. Tumbuk lumat daun kari dan perahkan limau nipis. Lulur ditempat gatal dan ia berkesan melegakan dengan cepat.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!