• Jejak Bonda

    Bunga keladi…

      Gubahan ini saya letak di cermin tandas hall utama. Sejak dulu saya mengilhamkan rumah ala resort umpama hari-hari bercuti.Gubahan dari sisa-sisa bunga yang ada saya gubah untuk tandas. Gubahan ini agak cincai bagi saya dan tidak cantik..he he he.. Saya meletakan bunga keladi merah sebagai basic. Bunga-bunga kecil warna unggu dan daun-daun keladi sebagai pelengkap gubahan saya.

  • Jejak Bonda

    Sabah itu syok!!

    Saya pernah ke Sabah hanya atas urusan kerja. Cuti sekolah pada 12hb Jun sehingga 15hb Jun 2014 , saya datang ke Sabah bersama anak2 kecil menjelajah ke daerah menarik di Sabah. Selepas makan tengahari kami meneruskan lawatan ke rumah terbalik. Saya tidak berminat langsung dengan rumah terbalik kerana panas dan berasa pening melihatkan semuanya dalam keadaan terbalik. Kami meneruskan perjalananan ke Kundasang dan singgah sebentar ke ladang ternakan lembu susu. Saya meninjau pasar malam untuk melihat budaya perkampungan disana dengan lebih dekat. Keindahan alam semulajadi berbukit-bukit dengan cuaca yang sejuk lagi mendamaikan jauh dari suasana kesibukan kota. Kami tidur hanya semalam di Cottage Hotel (banglo) yang  sangat jelas sekali kelihatan…

  • Jejak Bonda

    Bakul bulat yang seni..

    Bakul seni bentuk bulat ini sudah tidak dijual lagi di Bali. Saya suka melihatnya dan harganya sangat murah. Saya akan mengunakan bakul ini hanya  jika ada jamuan dengan staf atau tetamu yang ramai. Sama sekali saya tak akan membasuhnya untuk menjaga ketahanannya . Di dalamnya saya letakan mangkuk atau alas aluminium. Bagi mengelakan basah terkena air. Sangat cantik semasa menghidangkan makanan kepada tetamu dan selamat dari lalat.  

  • Bicara Bonda

    Event di Litrak…

    Selapas 2 minggu event di pejabat Dato Fadzilah Kamsah pada 20hb Jun 2014, saya menerima jemputan lagi 21hb Jun 2014 di Litrak dan Sprint  atau Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd  ( Pemegang konsesi lebuhraya Damansara Puchong LDP dan lebihraya SPRINT). Biasanya jika saya menerima  jemputan ke pejabat secara eksklusif,  saya akan memberikan harga paling rendah iaitu harga kilang sebagai tarikan selain saya memberikan penerangan. Tetamu VVIP dari LITRAK HR Norhashima Dato Muhamed Hasan Fauziah Hayat Setiausaha Ketua Pegawai Eksekutif Maslina Hj Husin Setiausaha Penolong Jabatan HR. Saya mengenali Puan Maslina dan Puan Fauziah semasa di pejabat Dato Fazilah Kamsah. Ramai staf LITRAK yang sudah mencuba produk JRM (membeli semasa event…

  • Jejak Bonda

    Ukiran dinding dan meja konsul ukiran bali..

    Kerja menghiasi dalaman rumah dan renovasi semua saya buat sendiri.Semasa membelinya suami memang tidak seni dan tidak banyak pula membantah.  Anak remaja ada juga merunggut Ami his rumah sampai tandas pun jadi semak. Bagi saya biarlah asal saya suka , anak-anak tidak ada yang membantu dalam keerja hiasan saya. Jika membantu pun muncung mulutnya tanda protes.. Meja ini digunakan untuk spa dan sebahagian deko kecil ini juga adalah untuk spa. Saya membeli di satu gedung khas tembikar dari bali.. Hiasan yang sy muatkan dalam blog kali ini semuanya disudut tangga. Begitu lah diari hidup saya yang suka melihat keindahan seni .Saya tak banyak membeli pakaian barangan luxury untuk diri saya,…

  • Bicara Bonda

    Event di pejabat Dato Fazilah Kamsah…

    12 jun 2014 ,Event kali ini hanyalah selingan didalam program Dato Fazilah Kamsah . 60 peserta pegawai senior yang menjawat jawatan penting  dijabatan swasta dan kerajaan. Ceramah singkat selama 20 minit di pejabat Dato Fazilah Kamsah sempena Hari Setiausha tidak mencukupi untuk saya  menerangkaninformasi yg lengkap tips kesihatan dan kecantikan. Biasanya ulasan saya ttg perubahan hormone dan kegemukan bagi wanitaperlukan masa 1 jam 20 minit paling minima. Pertemuan singkat dengan peserta seramai 60 orang itu amat menyeronokan sekali.Ia memberikan pengalaman baru untuk saya. Sebelum ini saya banyak memberikan ceramah motivasi kepada pelajar IPT dan wanita tentang ushawan.Sejak 2 tahun kebelakangan inisaya makin aktif dalam ceramah dari kebanyakan yg wanita berkerjaya.Mulanya…

  • Jejak Bonda

    Sayur pun boleh digubah..

    Saya meletakan sayur tiruan didalam balang kaca dan dibawahnya batu..Ada tetamu saya menyangka ia sayur betul..”ehh napa tak dimasak sayur tu, lama-lama nanti layu .Nape lah kamu ni ta sayur buat gitu Nampak elok pulak digubah macam tu “.. Tersenyum dan saya sangat suka kerana berjaya membuatkan orang berteka teki ketika bertamu ke rumah saya..!!

  • Petua Bonda

    Selasih suci & zikir rawat sakit mental

    Ramai dikalangan kawan saya dikalangan elit dan orang kebanyakan mendapat penyakit kemurungan depression. Schizopherenia lebih serius..!! Jika tidak dibendung boleh menjadi gila tahap kronik dan memerlukan rawatan jangka panjang. Orang begini akan mengambil ubat-ubatan hospital dan pasti ada kesan sampingan yang memudaratkan. Gila meroyan antara masalah kemurungan akibat perubahan hormon selepas bersalin. PESAN SAYA KESIHATAN OTAK JANGAN SEKALI DIABAIKAN.  Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati. Allah SWT menyediakan khazanah alam dan kejadiannya untuk manusia. Manusia merupakan ciptaanNya paling terbaik. Wajib kita bersyukur segala nikmat dari Allah sebenarnya teramat banyak jika kita mahu melihat dengan mata hati. Jika kita bergantung dengan dunia atau logic akal semata2 itu lah penyebab segala…

  • Jejak Bonda

    Dekorasi meja makan..

    Meja makan ini sangat besar memanjang untuk 10 orang makan.Import  dari Itali dan saya masih mengekalkan konsep ukiran. Apa yang saya ingin tulis bukanlah tentang meja makan tetapi dekorasi keci-kecil dan gubahan bunga yang paling sukar yang pernah saya buat. Cara saya menyusun hiasan kecil ini secara melintang panjang. Dikiri dan kanan sebelah pasu bunga tinggi tinggi supaya mata memandang nya tidak polosterlepas luas agar saya tenang memandangnya. Piring lebar dari ukiran kayu berbentuk daun sebagai asas. Lilin dan deko tembikar hijau merupakan barangan spa berserta sedikit daun mencantikan lagi susunan .Ada 2 Deko yang lain dengan basic yang sama iaitu kayu berukiran daun dihias agak sedikit berbeza dengan yang…

  • Bicara Bonda

    Tribute to Women Malaysia Business Forum and Hi Tea…

      Sambungan dari tulisan saya .ZON SELESA JADIKAN SAYA BISKUT LEMAU. SME bank dengan saya memang tidak asing sejak tahun 2001. Pada tahun itu pegawai atasan SME menemui saya menawarkan pinjaman dengan interest yang sangat rendah dibandingkan bank bank lain. Saya memang banyak sakit hati dengan bank yang memandang rendah dengan ushawan baru.Tetapi berbeza dengan SME bank. (Gambar ini ialah Dato IR Haji Hamim Samuri Timbalan Menteri Perdagangan Antara Bangsa & Industri beliau sangat berminat dengan produk keluaran saya bersama Dato Hafsah Hashim dan Dato Noraini di booth ST & JRM). Jemputan dari Dato Hafsah Hashim Ceo of SME Corp untuk menghadiri Hi Tea saya terima kerana ingin melihat dan mendengar…

error: Content is protected !!