
Pinang suami orang harga rm 1 juta…

CERITA HEBAT WANITA TERLEBIH KAYA .. Cerita ni buat saya betul2 suka dengar..ha ha sampai terkedu..!! Kisah seorang wanita paling kaya , dia tak terkenal ..Bukan berstatus Dato atau Tan Sri..Baju kahwin sahaja 1M Versace..Dia pinang suami orang bayar RM 1 M….Huuuuuuhhhhhhhh
Kisah ni saya baru dapat tahu 3 bulan lepas dari kawan saya . Dia Make Up artis terkenal yang sering make upkan saya sebelum Yati pandai Make UP ( kami kawan sejak 2002 ). Kawan saya ni make upkan wanita kaya yang saya nak cerita kan tu (semasa hari perkahwinannya)..
Wanita ni sudah lama solo ( janda ) . Dia suka kan suami orang , hensem , baik dan bijak..( kenalan niaga ) . Lelaki ni tak sekaya wanita itu , mungkin orang biasa2 saja. Kalau kaya tak kan isterinya benarkan kawin sanggup bermadu dengan Wanita kaya tu..Wanita kaya ni baik orangnya, sangat gentle terus terang. Dia jumpa dengan wife lelaki tu minta izin dengan hormat dan menceritakan hajat dan tawarannya.
“ Saya minta maaf banyak-banyak apa yang saya akan kata kan ni. Awak bertuah kerana suami awak sangat sayangkan awak..Saya suka dengan suami awak dan minta izin awak sebagai isteri pertama utk saya berkahwin dengan suami awak..Suami awak tak mahu berpoligami. Dia tak akan minta persetujuan awak untuk kahwin dengan saya. Kecuali saya sendiri yang minta izin dengan awak. Sebab tu saya datang ni..Saya akan bagi awak RM 1 M jika awak setuju izinkan suami awak kahwin dengan saya. Dan saya akan pastikan dia berlaku adil utk kita berdua.. Awak fikirkan lah.Suami awak tak curang pun pada awak. Saya yang suka dia.. ”

Isteri pertama izinkan suaminya berkahwin dengan wanita itu.. Wanita tu beli cincin kahwin diamond berharga RM 1 juta, baju pengantin jenama Versace dan pemilik Versace turun siap pakaikan masa wedding tu naik jet peribadi.. Tak ramai jemputannya tetapi majlis jangan cakap lah cantik ..romantis , mewah suasana dengan meriahnya. Isteri pertama ikut serta pada majlis tu….kata kawan saya tak pernah lihat wedding semewah tu..!!
PERKAHWINAN TU TAK LAMA..BERTAHAN HANYA SETAHUN..TAK TAHU APA SEBABNYA MEREKA BERCERAI ..
Saya terfikir siapa yang takut poligami ..?? Bagi saya suaminya takut poligami dan setia..Isteri pertama dek kerana duit sanggup dia kan izinkan..!!


5 Comments
Kakcik
Hahaha… kalau saya ditawarkan RM1juta, mungkin saya juga akan gelap mata…
Maklumlah nak pegang RM10K pun tak pernah rasa…
irfa
perghhhhhhhhhhhh
terkedu
tak sangka ada kisah ni di alam realiti
hampir sama dgn kisah drama korea yg penah sy tengok
ni baru betul
$$ boleh beli segalanya,hihi
Zuraidah Md. Zulkapri
Assalamualaikum !….Puan, Saya nak minta izin ni …nak jadi follower blog puan boleh ke?
…..Tujuan saya bukan nyer apa…sebagai medium motivasi saya…dah tu pulak Puan ni adalah seorang yg bagi saya mempunyai kasima yang tersendiri….sometime ada part2 tu mempunyai persamaan dengan jiwa saya. Saya nak jadikan puan sebagai idola saya , untuk pengetahuan puan saya sedang berjinak2 dgn dunia perniagaan….tu pasal saya mencari sumber2 dlm bentuk kisah2 seorang usahawan..pengalaman hidup yg benar2 dari seorg. usahawan. Kelakar ada, sedih pun ada,…dan itu adalah reality sebenar.
Dan yg saya amat tersentuh sangat adalah kata2 puan dgn ayat ini….Takdir kita dalam gengaman Allah !.
Terima kasih Puan….terima kasih banyak2. Allah s.w.t telah pertemukan saya dgn blog puan….alhamdulillah. Saya akan anggap blog puan sebagai sahabat saya…..harap puan tak keberatan.
Terima kasih .
nurul
Seakannya saya tahu siapa. Jika betul dia. Ingin saya jelaskan isteri pertama benarkan kerana si suami meminta kebenaran bapa mentua. Bertanya. Mereka kenal pom melalui mentuanya. Mentuanya yang meminta anaknya restu. Atas dasar demi belajar agama akad diterima. Mereka bercerai kerana anak nya tidak suka dan selalu menangis sehingga ganggu pelajran dan juga sikap org sekeliling y spt wartawan y selalu membuat cerita.
jamuratu malaya
Nurul, kelebihan wanita yg sabar. .