Bicara Bonda

Lucu tapi berilmu bersama Orang Asli..

Sy ada beli tanah dekat kawasan hutan simpan di Selangor x jauh dgn KL.. X luas mana pun just hobi nak bertanam jer sesuai dgn minat sy dengan suami kpd alam semulajdi.

Sy minat tanah tu sbb murah.. Lereng bukit yg sgt banyak oksigen kerana kelilingnya penuh dgn pokok2 yg jauh dri pembangunan. Tanah ni bukan ada nilai komersial pun.. Xda nilai buat duit sbb tanah yg x ada ROI (return of Investment).

Sy nak hidup dlm kawasan sunyi yg penuh dgn alam, binatang, pokok, bukit & kawasan kampung yg harmoni sekali.. Bila sy kesana penuh dgn buluh lemang.. Dusun buah dn pokok petai yg besar2 sekali..

Sy suka sbb dia mirip Kundasang, kesian sy xdapat beli di Sabah negeri dibawah bayu. Sy meniru2 lah ala2 kundasang tanah ni.. Syukur sgt sbb lokasinya membuatkan hati tenteram sekali ke sana.. Sy nak jauh dri sesak bandar dn itu buat sy bahagia.

Tengahari pun x panas.. Kalau pagi jam 10 masih sejuk berkabus.. Seminggu sekali jika x ke mana sy akan ke sana.. Kali ni sy nak berstori ttg pertemuan sy dgn keluarga org asli yg menebas pokok2 di tanah yg sy beli ni..

12333972_823092741147470_1927676617_oBAA nama lelaki berusia 38 tahun merupakan datuk yg dh punya cucu. Dia ketua menebas..

Ada nilai humor.. fakta.. iktibar yg sy belajar dri perbualan kami. Kawan sy yg perkenalkan sy dgn family org2 asli ni. Mereka boleh bantu sy mulakan projek main2 sy disi ni.. Seronok betul sy bersembang dgn org asli ni..

Lama sy x ketawa macam ni.. Mendengar jawapan mereka bila sy soal tu terlintas sy nak tulis di blog kerana ada nilai iktibar dn ilmu..

Sy : Hai.. Halo (sy menegur keluarga org asli.. xkan nak bagi salam sbb x tau mereka Islam atau x)..

OA : Hai.. Datin Datok (pelan dn tunduk malu mereka melihat kami.. sy senyum lucu.. Aduh hai sejak bila pulak berstatus datuk datin ni)..

Sy : Eh bawa anak2 kecil x bahaya ke.. xsakit ke.. Kesian takut digigit nyamuk anak2 ni.. (musim hujan kan hutan banyak nyamuk dn sy takut anak 2nya digigit pacat.)

12342935_823100427813368_1838388369_oOA : Mereka suka ke hutan nak ikut juga.. Kalau duduk rumah sering sakit2 badan anak2 x tahan.. Kalau bawa, lasak mereka kuat jadi jarang sakit dn kuat badanya..

Sy : Alhamdulillah bagus kesihatan anak2 awak.. Umur berapa ni.. Nama kamu sape.. (sy nak berkenalan lebih lanjut sambil melihat mereka semua yg ada disitu)..

OA : Anak sy 5 tahun dn ini 7 tahun.. Sy ada 4 anak.. Sy sudah ada cucu.. Umur sy 38.. Yg ini semua saudara2.. rumah kami dekat2.. (Masing2 kenalkan diri pd sy.. ada umur 34, 19 paling tua 38 tahun. Sy melihat mereka mengumpulkan kayu api)..

Sy : Datang sini naik motor ramai2 ke.. bahayalah sbb bawa anak2.. Polis x tahan ke.. Bawa kayu api lagi..??

OA : Sudah biasa kami datin cara macam ni.. bahaya x adalah.. Pelan2 bawa lah.. Kalau ke hutan rugi lah datin x ambik kayu. Nak masak macam mana mau makan.. Gas mahal.. Polis ada tahan juga.

Sy : X pernah kemalangan ke bawa anak2..? (sy nak sgt tau)..

OA : Pernah juga.. Sbb tu gigi sy hilang semua yg depan ni.. Masa jatuh tu terpelanting kena handle motor. Sangka sy jalan rata rupanya lopak besar.. Sy bawa masa tu hujan lebat..

Sy : Kamu semua fasih cakap melayu ya.. Ni ada lesen motor ke x ni.??. (sy mengusik..)

OA : Fasih lah sbb sekolah dn kawan org melayu.. Tp sy x habis sekolah dn sy x pandai baca..

Sy : Ehh x pandai baca macam mana ada lesen..??

OA : Sy kena tahan polis dia minta lesen sy kata xda lesen.. Sbb sy x pandai baca.. JPJ xbagi lesen.. Banyak kali sy test tetap juga x lulus.. Ada kala polis lepaskan.. Ada gak yg minta duit kopi.. Sy cakap xda wang.. Kalau mahu Datok ambil kayu api sy ni..

Sy: ha ha ha (suka sy mendengarnya).. Kenapa kamu jujur depan polis tu??.. x takut ke..

OA : Kenapa sy harus takut cakap benar.. Sbb itu lah ceritanya.. (Seriusnya dia bercakap yg kaya iktibar buat sy..)

Sy : Abis apa Polis kata pd kamu lepas tu..?

12318496_823092721147472_1965270699_oOA : Polis x nak kayu api ni.. nak buat apa katanya..!!.. Sy kata pd Polis tu.. Sy mmg xda wang.. Ini sja sy ada tp sy mahu kita jadi kawan dato ya.. Kalau dato mahu buluh lemang atau petai atau apa barang hutan.. Sy boleh carikan.. cari sama sy nanti.. Dato’ Kayu api ni besar maknanya buat kami Dato.. Buat masak makanan utk anak kami.. X berguna pd Dato tp berguna pd kami.. Diam polis tu dilepaskan nya kami.. Kami miskin kan..

Sy : MasyaAllah kamu bersikap seperti akhlak muslim yg baik.. KAMU ISLAM KAH..??.. Ehh nama isteri kamu Faridah sy ingat muslim.

OA : X.. kami x Islam datin..!! (semua senang sekali bersembang.. Masing2 mencelah bila sy bertanya)..

Sy : Habis macam mana kamu dapat lesen..?? Sbb x pandai membaca..

OA : Sy jumpa org buat lesen dn cakap juga sama JPJ.. Sy mmg nak sgt ada lesen tp sampai bila pun sy xkan lulus.. Sy perlu keluar cari kerja naik motor.. Cik bagi lah sy lesen tu.. Sy bukan nak merompak atau buat jahat.. Sy cuma mahu naik motor dn ada lesen supaya polis x marah.. dan sy senang hati.. Akhirnya dapat juga sy Lesen..
Moral dri stori sy ni…

1. Bercakap benar lebih baik dri menipu.. Meskipun pahit penerimaan awalnya.. Manis pd akhirnya..

2. Kayu api yg xda harga cuba dicagarkan..!!. Ini paling menyentuh hati sy.. Mungkin polis tu akan belajar sesuatu yg baik dri insiden ni.. Sbb nilai kayu api..!!.. Malah org asli masih mahu berbakti selepas ditahan polis.. Kalau kita maki hamun kat belakang polis.. Atau report Polis tu sbb ambik rasuah..

3. Org asli x bertamadun bg kita.. tp kaya sifat insaniah yg murni. Dia tetap mahu belajar dn memiliki lesen tu supaya sah dijalan raya.. Kalau org kita sanggup beli lesen terbang atau memandu x berlesen..

4. Mereka berkerja.. hidup serumpun ke mana pun bersama dgn keluarga. Indahnya nilai keluarga mereka. Anak kecik, datuk, nenek, abang, dn kakak semua bersama.. MasyaAllah hebatnya mereka mencipta keluarga..

5. Bahasa melayu mereka teratur sopan dan x menjerit2 macam tarzan.. Sy terfikir SIAPA YG LEBIH BERTAMADUN.. SBB ada anak bangsa kita yg berbahasa kasar dn terjerit2..

12333996_823092767814134_1404910834_oTermenung sy sekejap.. “Adakah arus modern dn canggihnya IT.. hiburan keterlaluan menjadikan kita miskin akhlak dn bahasa makin x sopan”..

Sy : Terimaksih banyak2 pd kalian semua sembang sama sy.. Ohh ya suka make up x..?? Sy ada bawa eye liner.. celak mata.. (kebetulan ada 1 yati bagi)..

OA : Sy suka make up tapi nanti monyet yg pandang sy datin..

Sy : Ehh kamu semua cantik dn sempurna.. Kalau di hias pasti cantik. Buat senang2 kan hati.. Kita kan perempuan.. Nanti kalau datang lagi sy bawakan jajan buat anak2 kamu ya.. Sy minta diri dulu..

Berbuat baiklah sesama manusia.. walaupun org tu buruk dgn kita.. Mmg susah nak buang dendam.. Kasih sayang dn akhlak sopan itu senjata paling kuat yg akan buat org xkan lupakan kita.. Cari apa Allah suka.. Itu moto kehidupan..

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!