-
Lampu Bunga Ros
Saya suka pada bentuk lampu Bunga Ros yang berlingkar-lingkar ni..!! Bila dipasang warnanya romantic. Saya membelinya sebagai hadiah pada diri sendiri.. Tak mahal pun harganya..Bagi saya hiasan tidak perlu mahal dan beli jangan ditempat berjenama atau kawasan orang elit.Cari Dikedai biasa dan kena pandai tawar. Asal seni unik saya beli lah, mahal saya tak akan beli .Sikap orang cina saya dapati kalau nak murah kena beli banyak baru dapat diskaun banyak. Kena survey banyak kedai compare kan harga. Harga lampu tak sama setiap tempat..!! Sebab bukan barang kawalan.
-
PASU SALUT EMAS SADUR..
Sebenarnya saya bukan nak cerita pasal pasu ni.. Tapi saya teruja nak share kamera yang saya pakai. Masa saya ambik gambar ni jam 10.00 malam. Saya baru nak explore ( maklumlah baru beli semalam 6hb April 2014) sebab nak mahirkan cara guna. Hasilnya gambar sangat terang walaupun pasu ini berada dalam sudut yang gelap tanpa lampu. Kamera ni mampu focus gambar dengan jelas. Pasu ini tak mahal walaupun bersadur emas. Saiznya kecil dan harga sebiji pasu ini anggaran RM 200 ke RM600. Pasu ini dah lama saya beli di KLCC tahun 2009. Baru-baru ini saya ada mencari jika ada design baru, sayangnya kedai tersebut dah tak ada lagi..!!
-
Ros putih dibilik mandi..
Dekorasi ini tentang bilik mandi untuk bilik tetamu. Saya suka sangat dengan gubahan bunga ros putih dan daun keladi yang saya letak dibilik mandi ini. Tetamu yang datang kerumah saya senang dengan suasana bilik mandi saya yang pelik. Saya simpan botol minyak wangi kerana senang dengan design botolnya. Saya pakai 5 tahun baru habis sebotol. Saya kalau boleh bilik mandi nak hias biar cantik boleh relaxkan minda dan jika dilihat tandas saya boleh dijadikan tempat tidur sehingga ada tetamu yang risau takut basah karpet semasa mandi. Kalau kanak-kanak memang basah lah sebab main air dan keluar tak lap kaki atau badan.. Saya meletakan karpet kerana saya suka dengan konta warnanya…
-
Bilik mandi boleh guling-guling..
Apa saja saya tulis saya niatkan untuk kongsi ilmu dan pesanan kepada kebaikan. Kali ini tentang almari tempat menyimpan semua makeup dan aksesori milik saya. Saya meletakannya di bilik mandi. Tak mahal pun harganya dan saya suka dengan meja pelik ini kerana banyak ruang laci-laci kecil. Ia memudahkan saya menyimpan kerongsang, berus serta segala peralatan make up di meja ini. Sangat mudah dan kemas .Ia boleh dibuka dan ditutup. Kelihatan seperti paino kan..?? Ini lah permainan kerja-kerja seni saya. Tak pernah sekalipun orang tua saya membelikan saya sebarang mainan walaupun satu anak patung zaman kanak-kanak..!! Sejak umur saya 10 tahun lagi saya sudah berkerja membanting tulang . Saya bersyukur didikan…
-
Seni Indonesia – Ukiran dari wanita bali..
Ini adalah pasu tanah liat orang Lombok juga. Hanya diperbuat dari tanah liat..sedikit ukiran dan cat Goldas kata orang indon..!! Disebalik ukiran dan pasu tanah liat bali ini saya ingin simpan kisah perbualan menarik dan moral dari story yang saya akan cerita disini disamping minat saya pada seni. Kerja seni di Indonesia sangat hebat mungkin kerana peluang perkerjaan sangat susah maka bakat seni mereka boleh dipasarkan. Kerja mengecat dan polish kayu dibuat oleh wanita sambil menyusukan bayinya.. Ukiran dinding ini ditempah di Bali. Ia menghiasi panel dinding di kasawan ruang tamu.. Saya bawa ke Malaysia dengan kargo..Masa saya tempah ukiran dinding ini hati saya sangat tersentuh melihat ibu muda yang…
-
Tajuk : Gubahan Ros putih dengan daun iris
Gubahan ini sangat lama hampir 12 tahun lalu. Masih kekal cantik segar seperti bunga betul. Asalnya saya hias dibilik tidur. Kini saya letak di meja cermin muka ruang tamu utama.. Ia sangat kontra dengan warna perabut dan menimbulkan lagi seri di ruang almari dan efek warna yang saya sangat suka. Bersebelahan dengan cermin ada 1 pasu yang paling tinggi saya beli Bali..Murah saja harganya RM 250. Yang mahal sewa kapal. Ramai yang ingat perabut dirumah saya mahal. Nampak mahal tapi murah sebenarnya..bukan jenama Versace.. Jenama cap ayam..
-
BULUH DAN DAUN KEMBOJA
Ini gubahan saya 4 tahun yang lalu.Saya letak di tengah ruang tamu, pemisah antara ruang tamu dan tangga naik kebilik bahagian atas.Tingginya dalam 11 kaki termasuk ranting. Saya tiru gubahan ini di satu shopping mall..Harganya saya lihat dalam RM2500. Saya buat sendiri kosnya sangat murah tak sampai RM600. Tahan lama dan berbaloi..Rumah saya nampak sejuk dan damai dengan gubahan bunga esotik.
-
Tajuk : Gambar paling besar dirumah…
Gambar ini kenangan ( sangat besar memenuhi dinding ) semasa Nur Ain Sufiah berumur 3 bulan hasil perkahwinan saya dengan suami saya kini. Kini Ain berumur 8 tahun. Pasu kulit telor hasil buatan tangan orang Lombok dan meja konsul yang dibuat daripada akar kayu tanpa paku diletak disudut pintu masuk utama. Semua saya hias mengikut alam semula jadi. Disebelah haisan bunga ialah periuk tanah orang Lombok yang berharga RM 18 sahaja. Saya meletakan bunga merah yang besar dan pasunya dibuat dari akar kayu yang unik serta de daun hutan.Meja ini banyak fungsinya untuk meletakan kunci kereta, smart tag dan bahan-bahan kecil yang lain berkenaan kereta.
-
Tajuk : Pasu kulit telur..
Hebatkan seni orang Lombok. Cuba perhatikan yang tompok – tompok tu adalah kulit telor. Semasa saya ke Bali pada tahun 2010. Kini semua peniaga Lombok sudah tutup dan tidak menjual pasu-pasu seni itu lagi. Sudah bankrupt katanya. Saya membeli 2 buah pasu harganya sangat murah RM80 sahaja. Tetamu yang datang kerumah saya menyangka perabot dirumah semuanya mahal..Bagi saya tak semestinya mahal baru cantik yang penting seni…Susah nak dapat di Malaysia… Ekslusif… Klasik… Saya menyusunnya di kiri dan kanan, dibawah meja konsul pintu masuk utama. Tetamu ramai yang tidak tahu ia adalah pasu yang berasal dari kulit telur dihiasi kulit telor..
-
IT – LUASKAN MINDA TIDAK KIRA USIA..
12hb April, subuh jam 3 am saya sudah bersiap utk keluar rumah.. Jam 5 am saya memandu menuju ke LCCT.. Sistem pengurusan Air Asia tak bagus macam Mas. Susahnya..!! Dah lah pertama kali keluar negara tanpa di temani suami. Kelewatan 5 minit ( ketandas) dan yang paling teruk kenapa tidak diumumkan pintu gate akan di tutup..!! Sy telah ketinggalan penerbangan. Merayu bercampur geram. Saya uruskan pembelian tiket baru, ambil bagasi, buat urusan extand utk diluar negara nanti.. kos pun meningkat disebabkan stranded tu, dari jam 3am sampai 5.40pm ( 14 jam – + ) saya tak tidur. Sementara menunggu di lounge lcct, mata dan hati sy tertarik dengan pasangan warna…