Jejak Bonda

Percutian Berhantu…

3Ady  survey di Internet Pualu Sibu di Sari Pasifica antara paling mewah dan cantik pemandangannya. Suasana pantai dan mood bilik macam bulan madu. Ady mencadangkan lokasi percutian tahun ini di Johor . Ia untuk percutian semua keluarga memandangkan ia mudah dan dekat dengan rumah Mak serta adik2 yang lain. Maklumlah tengah bulan kan..  15 – 17hb Ogos 2014 ..!! Kami paling jauh dan bertolak seawal Jam 3.30 am. Kami wajib tiba di jeti Tanjung Leman jam 10.00 am. Saya sewa boat khas sebanyak 3 biji untuk pengangutan semua keluarga kami kesana dan 10 buah villa untuk semua ahli keluarga. .

Saya memang kerap travel dalam setahun yang melibatkan family ada 3 jenis..

  • 1 : BIZNEZ TRIP ( hanya 4 atau 6 orang saja pergi /sambil melatih anak remaja saya deal biznas )
  • 2: PERCUTIAN KELUARGA BESAR  ( Semua anak – menantu – cucu – cicit Mak saya)
  • 3: PERCUTIAN FAMILY SAYA ( Hanya anak menantu dan cucu saya sahaja ) .

Kalau biznas trip boleh lah klim company kalau percutian family saya tanggung semuanya. Saya simpan duit gaji atau bonus tahunan, gitulah kan ha ha ha..!! saya tak da shopping2 pun sebab saya tak suka barang berjenama sekadar saya suka tengok pemandangan . Melihat ciptaan Allah sangat hebat di seluruh dunia dan senang melihat budaya negara orang.

Percutian berhantu tapi anak dan seluruh family seronok katanya berkumpul ramai2 disana..!! .Saya gembira sebab melihat anak cucu dan semua anak sedara dan adik2 berkumpul ramai2. Mood seram sudah menyapa hati ni sejak tiba di jeti lagi. Masa menuju ke Hotel Sari Pasifica kami meniti jambatan kayu dan dibawahnya hutan kayu bakau, kelihatan rumpai laut kering bersama batu2 karang yang sangat unik kejadiannya.

Jogging sejauh 4 km , tepi laut dan kawasan\ kampung disana.

Agak sedikit mendaki untuk sampai ke kawasan hotel . Senyap dan tak ramai orang disekeliling.. (peliknya hotel lenggang tak kan x laku kot tempat ni). Selepas kami mendapat Villa masing2 kami berkumpul masak dan menyediakan lunch ditepi pantai.. Villa kami ada yang berhadapan laut dan jauh sedikit dari laut ( tetapi bersebelahan hutan bakau).

Sempat saya berbual bertanyakan keadaan disitu dengan pengurus hotel..Hotel akan ditutup selama 4 bulan ( Dis – mac )kerana ombak sangat tinggi dan memasuki semua hotel. Semua staf akan bercuti . Sliding hotel dan tingkap villa akan dibuka supaya ( air lepas ) dan tidak memecah bahan binaan seperti kaca dan dinding akibat ombak besar. Peralatan dan cat semua rosak semasa banjir. Kesian saya dengar kerana mereka hanya boleh beroperasi selama 8 bln dalam setahun..Patutlah bath tab dan singki semua teruk berkarat ..!!  Pemandangan memang cantik sangat dan tenang yang cukup luar biasa..!!

666

Keluarga  kami datang jadi meriah suasana dek suara anak kecil  menjerit-2 keriangan. Ada yang mandi pool dan bermain ditepi pantai yang sangat cantik. Selesai makan kami berehat dan sambung lagi selepas Jam 4 hingga kemaghrib kami bermain ditepi laut sambil melihat matahari terbenam . Kami berkayak, berbasikal, membina istana pasir, ada yang masak minuman petang . Yang Ady , Hazem dan Aiman ( anak Ruzi ) berada dihujung sudut pantai mencari hidupan laut seperti kerang tapak sulaiman dan gamat dibawah batu karang .

2 11

Woww..betul2 kembali kezaman silam.. Talian telefon tak da..Internate xda.Astro Xda.. Semasa mandi di pool dan berus gigi air terasa pelik kerana bukan seperti air paip biasa..Rupanya tak ada sumber air bersih..Terkejut sangat rupa air kami mandi dan kolam renang ialah air telaga. Patutlah rasanya payau dan warna kemerahan . JIka terkena mata akan jadi pedih . ( sebab air telaga dekat dgn laut). Mandi kena rambut jadi keras rambut dan kulit gatal-gatal. Kedai dan nak beli barang2 memang tak ada. Harga air mineral RM2.00…Staf hotel melayan kami sangat baik sekali. Maka kesukaran jadi mudah bagi kami..

 

( Malam Pertama )

Pada waktu malam kami masak lagi dan berkumpul di Villa Mak.. Ada yang naik basikal dan merancang aktiviti malam untuk memancing ( bawa semua peralatan memancing dari rumah masing2). Suami dan 04 orang lelaki dewasa pergi ke Jeti jam 10.00 malam untuk memancing sampai jam 3 pagi.. Kami perempuan dan yang beranak kecil , ady & Rizal yang tak suka aktiviti memancing masuk Villa masing2.. 777777

Ady dan Yati masing-2 sibuk menyiapkan kerja ofc dan editing Video make up ST. Yati tidur awal jam 10.00. Sedang lena tidur Ady bermimpi lembaga hodoh menghisap 3 jarinya ( jari manis ..hantu.. tunjuk ).. Rasa sakit dan berdenyut sampai dia terjaga dari mimpi. Terkejutlah mimpi tu betul ..Tangannya bengkak, biru dan lebam. Sakitnya seperti kena hiris pisau yang tajam. Ady gerak Yati mengadu sakit. Yati membacakan ayat quran sambil memegang jari Ady. Serta merta tangan Yati pula sakit dan kebas sampai ke siku. Yati terpaksa memanggil suami saya dengan walkie talkie ( nasib baik suami ada bawa ).. Sebaik suami saya rukyahkan ady kesakitan dan hanya sembuh 2 jari saja..!! Yang 1 jari x sembuh lagi sampai hari ke 4 . Suami saya suruh Ady baca sendiri amalan yang perlu dibaca ..( tangan Yati sampai lepas balik rumah masih kebas 2 lagi )..Bukan ady saja yang digangu Hazem pintunya di ketuk dengan dan pada Hazem mungkin adiknya mahu bermain2. Bila tengok jam 1.00 malam ( ni mesti hantu sebab berbau hanyir dan laut ) …Mungkin anak2 dan ady ada ambik barang2 mereka seperti gamat dan tapak sulaiman masa petang tu..!!
10622078_569716349818445_41011426_n 10614070_569716366485110_854713224_n

Esoknya kami bersarapan di kafe hotel. Kecohlah kisah hantu dan hasil pancingan ikan malam tadi. Selepas bersarapan saya mengajak adik2 meronda sambil saya bersenam dikawasan kampung tepi laut. Sunyinya Subhanallah sejauh 4 km saya berjalan sambil berjogging.. Kami menyusur dari satu resort ke satu resort.. Saya berbual dengan peniaga disana katanya hanya ada 40 family dan sekolah 3 tingkat hanya ada 30 pelajar saja dari darjah 1 hingga darjah 6 ( ramai guru pada murid ). Petangnya adik2 snokeling ketengah laut dan malam ini kami makan malam kami makan BBQ ..Khas utk family kami dari pihak hotel.. Sangat sedap segar makanannya dengan suasana tenang damai laut.

( Malam kedua )

Selepas makan malam, kami kebanyakan perempuan semua takut dan berkumpul bilik mak. Saya tak nampak takut walhal hati kecut. Suami dan group memancing pergi ke Jeti seperti malam semalam . Jam 10 anak kecik dah ajak tidur. Saya bawa balik kebilik kami dan minta Ira temankan. Masa lalu ditepi bilik saya terdengar kuku mengaruk cakar katil rotan dibilik tidur saya ( Alamak hantu hijrah kebilik saya dah ni ).. Saya senyap tak beritahu Ira yang saya dengar bunyi pelik tu . Saya tak bagi Ira balik dan selepas sejam ( 11.00 pm ) saya dapati senyap dan aman maka hati sudah sedikit rasa lega. Saya kebilik air dan tutup suiz bilik mandi dan pintu rapat2 barulah saya benarkan Ira keluar dari bilik saya.

Saya tidur sambil membaca ayat kursi dan harapan saya suami balik awal dari mancing. Jam 1.00 am saya rasa ingin kebilik air, tengok sebelah hanya adik yang ada . Adoiii tak balik lagi suami saya ni dah lah rasa seram, jam 1.00 ni..!! Saya terpaksa kerana dah tak tertahan nak  kebilik air.. Alamakkkk ..Pintu dan lampu terbuka ( hantu lah tu sape lagi yg main2 sebab tadi dah tutup rapat sebelum tidur ).. Saya relax sebab saya tak nak hantu jadi lebih berani dari saya ..Jam 3.00 baru suami saya balik..Amannn dah..

Hari akhir sebelum balik kami bersarapan di hotel dan bercerita lagi tentang hantu dan hasil memancing. Rupanya malam tadi bukan bilik saya saja dikacau . Ady masih dikacau lagi malam tadi, kali ni dalam mimpi. Dia terjaga sebanyak 3 kali dan bermimpi perkara yang sama sebanyak 3 kali juga . Akhirnya dia tak berani untuk tidur sepanjang malam..( Lembaga mengajaknya kelaut ) . Adik Ipar saya pula dapurnya orang bermain dengan mengetuk cawan dan sudu sepanjang malam..

1111Meskipun menakutkan di Hotel Sari Pasifica kami semua gembira . Jun Mak baru dapat 2 orang menantu baru . Kami mengenali hati budi masing2 bila berkumpul begini. Selagi Mak saya masih hidup, saya ingin mengembirakannya supaya mak melihat semua keturunannya. Hikmah ketiadaan IT , hubungan dengan dunia luar terputus maka kami jadi semakin rapat dengan semua ahli keluarga ( banyak menghabiskan masa bersama2) Jika ada IT.. Astro dan tak ada hantu kami semua akan berperap kat biliklah … Hantu pun bawa rahmat jugak rupanya…

Apa pun saya tobat tak nak kesana lagi walaupun dapat free.. Rasa suasana disana umpama cerita hantu kat TV..Damai tenang jangan disangka tak ada isinya..Laut hutan dan rumah tinggal memang tempat jin…Insyaallah jika ada rezeki Allah bagi saya plan nak bawa Family Mak ke Krabi dan Hatnyai..

 

kredit: Terima kasih gambar dari Ady.

 

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!