Jejak Bonda

Last day di London…

Kami mulakan perjalanan mulai jam 9.00am ..Suami dn menantu baca map nak ke oxford street. Nak cari h & m , zara, harrod dan macam2 lg..Katanya murah..Kami nak habiskan masa yg ada explore sendiri. .Puashati macam hari tu kat paris jalan 20km kami dpt menghayati semua kawasan Paris, berbaloi dn seronok dikenang..

Sementara menunggu suami n menantu beli tiket tube , sy main2 dgn cucu..pencil ni ada misai..Juling sy ni ada tak macam pelakon tamil muka sy ni…

Mahalny tiket..sy 6 org 200rm duit kita… Anak2 suka je.. Sepanjang berjalan menuju ke keretaapi bawah tanah (tube) sy rakamkan kedai runcit yg jual buah2an dn sayuran..

PRIM MARK TU MACAM MYDIN LAH.. Tapi kualiti mmg bezalah.. Baju dan sebagainya mmg lawa da bagus2.. H & M, forever 21 butiknya sama sekali tak sama dgn Msia.. Kasut2 unik dekat sini.. Murahnya. Brand Zara juga murah.. Jika Di Malaysia sy tak pernah singgah, tapi disini sy mengintai2 juga.

London kota yg sibuk sekali dn ramai pelancong. Sepanjang menunggu anak2 diluar bagunan sempat sembang dgn beberapa org eropah, mereka kenal Malaysia dan pernah kenegara kita,. Meraka memuji2 dn suka dgn negara kita..

Hari kami sgt kepenatan berjalan sampai jam 6.20 pm. Bergegas kami makan sbb mengejarkan waktu solat. Sama je waktu solat dgn msia.. Malam ni kami bersiap kemas barang2 sbb esok kami jam 7.00am waktu sini akan ke airport.. Insyaallah sampai Malaysia jumaat pagi.

Sy nak kongsikan antara amalan pendinding diri dan hati yg paling sy suka amalkan ialah Almathurat .. Ada org tanya ayat apa almathurat tu. .Semua didalamnya ia diamalkan RASULULLAH SAW AMALKAN NI.Jadi sy juga ikut yg sy mampu. Banyak doa yg baik2 lengkap utk dunia alam kubur akhirat., harta rezeki kesihatan dn banyak lagi… Boleh down load kat hp juga .. Tp kalau download almathurat pendek.. Sy amalkan yg panjangada yg sy hafal..dlm 20 minit habis lah sy baca..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!