
Ros putih dibilik mandi..
Dekorasi ini tentang bilik mandi untuk bilik tetamu. Saya suka sangat dengan gubahan bunga ros putih dan daun keladi yang saya letak dibilik mandi ini. Tetamu yang datang kerumah saya senang dengan suasana bilik mandi saya yang pelik. Saya simpan botol minyak wangi kerana senang dengan design botolnya. Saya pakai 5 tahun baru habis sebotol.
Saya kalau boleh bilik mandi nak hias biar cantik boleh relaxkan minda dan jika dilihat tandas saya boleh dijadikan tempat tidur sehingga ada tetamu yang risau takut basah karpet semasa mandi. Kalau kanak-kanak memang basah lah sebab main air dan keluar tak lap kaki atau badan..
Saya meletakan karpet kerana saya suka dengan konta warnanya dan pasti saya menjaga dengan sangat cermat , maka saya tak risau bilik mandi saya basah..Ini ialah bilik mandi tetamu saya..bukan bilik mandi saya..!!


One Comment
sarah
cantiknyaaaaa