Jejak Bonda

IT – LUASKAN MINDA TIDAK KIRA USIA..

12hb April, subuh jam 3 am saya sudah bersiap utk keluar rumah.. Jam 5 am saya memandu menuju ke LCCT.. Sistem pengurusan Air Asia tak bagus macam Mas. Susahnya..!! Dah lah pertama kali keluar negara tanpa di temani suami. Kelewatan 5 minit ( ketandas) dan yang paling teruk kenapa tidak diumumkan pintu gate akan di tutup..!! Sy telah ketinggalan penerbangan. Merayu bercampur geram.

Saya uruskan pembelian tiket baru, ambil bagasi, buat urusan extand utk diluar negara nanti.. kos pun meningkat disebabkan stranded tu, dari jam 3am sampai 5.40pm ( 14 jam – + ) saya tak tidur.

Sementara menunggu di lounge lcct, mata dan hati sy tertarik dengan pasangan warna emas cina yg romantik. Macam dari kampung, bukan golongan elit, sangat hormat dan romantik dengan isterinya travel mengisi sisa usia berdua.. Lelaki itu membuka internate bermain fb.Dalam hati “. Hebat dah tua main fb , pandai kan..

Saya curi-curi ambil gambar..!! Banyak moral dari stori saya ni… Lihat pada gambar diatas yang menunjukan lelaki cina tua membuat kerja tukang.. Maksudnya sama tua gambar lelaki cina gambar diatas dengan uncle yang bermain internet..

Selalunya anak muda suka It dalam hati saya.. Bagus uncle ni dia tidak mengabaikan arus kemajuan, mesti dia somebody yg berpelajaran.!!.

Tak lama kemudian anak muda yang main internet..

Uncle menegur saya dengan hormat, dan kami berbual panjang dan saya mengaku ada mengambil gambarnya tadi. Chan Ah Seng, seorang persara Organisation MADA, Senior Technician. Katanya komputer asal sangat besar namanya IBM 1130 untuk processing data pengairan di negeri kedah..

Katanya IT membuka minda jadi luas.Dia berhubung dengan semua relative , kawan2 lama melalui fb. Setiap tahun reunion bersama kawan-kawannya dan ramai kawan-kawannya dah mati . Uncle sependapat dengan saya, umur adalah angka.. Yang penting nikmati hidup dengan baik.. Jangan sempitkan minda dengan melayan masalah. Minda tenang badan semua segar dan sihat..

Dia sihat tanpa penyakit antara komennya yang menarik saya kongsikan.. Orang melayu makan tak jaga, semua mau makan dan makan sangat banyak, tak suka gerak dan banyak rehat. Saya suka senam, saya juga coaching tenis, saya sayang semua orang tak kira apa bangsa. Saya sayang wife saya, saya suka travel fikiran tenang. Saya travel setiap 3 bulan. Selalunya ambil offer Air Asia .

Last cerita uncle pada saya, “saya cut off semua masalah dan sy plan hati tua saya supaya tak ada beban hutang ” ..

 

 

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!