Bicara Bonda
-
Umur tak tunggu kita – PART 1
Lepas balik umrah kepala masih kosong, ni baru start nak menulis lagi.. Tak lama lagi kita semua nak menyambut raya . Saya percaya ramai sibuk berbelanja untuk keperluan beraya . Saya tak buat apa pun raya ni bagi saya raya tak raya sama je..Cuma saya merasakan kemeriahan dan kesusahan hidup orang dah berkeluarga dengan orang bujang memang tak sama. Bila puasa ni teringat saya zaman membesarkan anak-2 sewaktu susah dulu2. Saat anak-anak menyuap makanan paling seronok bagi kami waktu dulu. Zaman berubah jauh..Kini anak-anak saya ada 3 peringkat..Sepasang yang peringkat pertama dah berkahwin ada anak… Sepasang remaja .. Dan ada anak masih kecil ..anak perempuan ..4 tahun dan bersekolah rendah.…
-
Event di Litrak…
Selapas 2 minggu event di pejabat Dato Fadzilah Kamsah pada 20hb Jun 2014, saya menerima jemputan lagi 21hb Jun 2014 di Litrak dan Sprint atau Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd ( Pemegang konsesi lebuhraya Damansara Puchong LDP dan lebihraya SPRINT). Biasanya jika saya menerima jemputan ke pejabat secara eksklusif, saya akan memberikan harga paling rendah iaitu harga kilang sebagai tarikan selain saya memberikan penerangan. Tetamu VVIP dari LITRAK HR Norhashima Dato Muhamed Hasan Fauziah Hayat Setiausaha Ketua Pegawai Eksekutif Maslina Hj Husin Setiausaha Penolong Jabatan HR. Saya mengenali Puan Maslina dan Puan Fauziah semasa di pejabat Dato Fazilah Kamsah. Ramai staf LITRAK yang sudah mencuba produk JRM (membeli semasa event…
-
Event di pejabat Dato Fazilah Kamsah…
12 jun 2014 ,Event kali ini hanyalah selingan didalam program Dato Fazilah Kamsah . 60 peserta pegawai senior yang menjawat jawatan penting dijabatan swasta dan kerajaan. Ceramah singkat selama 20 minit di pejabat Dato Fazilah Kamsah sempena Hari Setiausha tidak mencukupi untuk saya menerangkaninformasi yg lengkap tips kesihatan dan kecantikan. Biasanya ulasan saya ttg perubahan hormone dan kegemukan bagi wanitaperlukan masa 1 jam 20 minit paling minima. Pertemuan singkat dengan peserta seramai 60 orang itu amat menyeronokan sekali.Ia memberikan pengalaman baru untuk saya. Sebelum ini saya banyak memberikan ceramah motivasi kepada pelajar IPT dan wanita tentang ushawan.Sejak 2 tahun kebelakangan inisaya makin aktif dalam ceramah dari kebanyakan yg wanita berkerjaya.Mulanya…
-
Tribute to Women Malaysia Business Forum and Hi Tea…
Sambungan dari tulisan saya .ZON SELESA JADIKAN SAYA BISKUT LEMAU. SME bank dengan saya memang tidak asing sejak tahun 2001. Pada tahun itu pegawai atasan SME menemui saya menawarkan pinjaman dengan interest yang sangat rendah dibandingkan bank bank lain. Saya memang banyak sakit hati dengan bank yang memandang rendah dengan ushawan baru.Tetapi berbeza dengan SME bank. (Gambar ini ialah Dato IR Haji Hamim Samuri Timbalan Menteri Perdagangan Antara Bangsa & Industri beliau sangat berminat dengan produk keluaran saya bersama Dato Hafsah Hashim dan Dato Noraini di booth ST & JRM). Jemputan dari Dato Hafsah Hashim Ceo of SME Corp untuk menghadiri Hi Tea saya terima kerana ingin melihat dan mendengar…
-
Zon selesa jadikan saya biskut lemau…
Saya suka Rozita Ibrahim yang dulu. Sangat lasak dengan stamina seperti lelaki. Masa awalan menjayakan St saya tidur hanya 4 ke 5 jam sehari demi mengejar masa dan mencukupkan keperluan anak-anak membesar dan bersekolah. Kesukaran hidup menjadikan saya sanggup melakukan kerja2 diluar kemampuan seorang wanita. Selepas Yati berkahwin dan menantu mengambil alih dan teraju utama menguruskan syarikat ST saya menjadi malas dan kepenatan sebagai alasan kerana berusia dan lemah dalam IT. Itulah menjadikan saya lemau kerana hidup semakin selesa kerana merasakan syarikat anak dah jaga dan simpanan hari tua sudah mencukupi…!! Saya bangun untuk mencungkil kembali semangat Rozita yang hilang. Saya perlukan semangat itu untuk meneruskan JRM dalam kesusahan ekonomi…
-
Sosilawati “Ita aku sunyi…”
Semasa saya berkerja di syarikat hartanah dan memulakan perniagaan ST diawal 1997 Arwah Sosilawati dan Dr Becky dengan jenama produknya paling hot pastinya mereka ini sangat dikenali pada zaman itu. Mereka merupakan wanita “Hartawan Kosmetik”. Selain pelopor kecantikan ada nama lain hangat dipasaran seperti D Wajah, Olynn dan Felisa. Selepas ST menapak dalam industri herba saya ditemukan dengan Arwah dalam satu perasmian butik kecantikan di KL pada tahun 2000. Arwah sangat peramah dan terus bercerita tanpa henti seakan-akan dia sudah lama mengenali saya. Sejak itu kami sering berbual sehinggakan sewaktu kami membuat umrah di hotel yang sama dan banyak menyelami kisah peribadi bersama. Karakter Arwah yang menceriakan semua orang dan…
-
Tak sangka jrm ramai penguna..
Majlis ini sambutan hari ibu berlangsung sangat meriah di Hotel Premiera. Kehadiran pada jangkaan awal hanya 2,000 orang tetapi yang datang hampir 10,000 orang merupakan jaringan wanita ibu tunggal yang didatangkan dari seluruh Malaysia. Tetamu kehormat antaranya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ( Yang Di Pertua Juwita ) Datuk Azizah Mohd Dun ( Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ) dan Datuk Sharifah Azizah Syed Zain ( Pengerusi Juwita Kebangsaan). Saya menjadi speaker untuk majlis tersebut “Membina semangat wanita” dan peluang ini memberikan saya satu pengalaman yang indah sekali. Allah meminjamkan saya untuk melihat kehebatannya dan hanya dengan izinnya saya berada disitu. Subahanallah tak termimpi untuk saya datang…
-
Rumah Yati dimasuki Perompak..
Rumah saya dengan Yati berdekatan dan kami juga berjiran dengan pengasas kosmetik Natasya. Saya mengenali keluarga Datin Muniroh. Sebelum ini saya melihat dan mendengar rumah Datin Muniroh kena rompak sebanyak 2 kali. Anggaran 500 ribu dapat dilarikan oleh 5 orang perompak bersenjatakan parang. Cara kehidupan Datin sangat jelas kekayaannya dan pasti mengundang selera bagi perompak.Datuk Suhaimi banyak memiliki kenderaan dan semua jenis kereta mewah. . Selepas beberapa bulan rumah Yati pula dimasuki perompak dan kata polis perompak yang sama. Seingat saya kejadian rompakan berlaku dirumah Yati berlaku pada tahun 2010…. Jam 4.30 am Yati menjerit ” Mak bangun ..Mak bangun ..Rumah Yati masuk perompak “ . Saya sangat terkejut dan…
-
JRM dimasuki perompak!!!
2hb Jun JRM.. Jam 8.40 saya masih didapur menyiapkan sarapan dan makan tengahari anak-anak dan suami. Badan lesu sangat penat kerana direct buat event 3 hari tanpa henti mulai jumaat sampai ahad yang lepas. Staf call saya dirumah “Ofc JRM dipecah perompak. St selamat” . Mulanya saya tenang saja mendengar perkabaran staf tapi bila teringatkan peti besi saya mengigil dan bertanya kawasan mana paling teruk “Hanya ofc JRM paling teruk terutamanya bilik puan, peti besi teralih dan terbarai wayar”. Staf tidak berani mengusik apa-apa untuk bahan bukti polis. Saya bergegas ke ofc untuk melihat isi dalam peti besi . Keadaan huru hara semua bilik berterabur termasuk pantry. Perompak nampaknya sangat…
-
Buruk baik jogging dan tak makan nasi
Seingat saya lebih kurang 6 kali saya alami kegemukan sejak dari muda sampai sekarang..!! Pengalaman peribadi saya kongsikan disini sekadar panduan. Saya nak tulis sekali banyak memang tak ada masa. Bosan juga cerita kurus je , ada masa saya selang selikan buat stori hobi saya dan adakalanya saya tulis kesedihan saya. Hakikatnya mata memandang wanita “KURUS ITU NAMPAK MUDA LEBIH MENAWAN”. Betulkan niat kepada “KURUS UNTUK SIHAT TAK NAK BERPENYAKIT”. Jom renung-renungkan apa pendapat saya tentang jogging dan diet makan sayur serta buahan sahaja. Ramai athlet gemuk bila mereka tidak aktif. Semasa mereka aktif metabolisma sudah terbiasa menjadi terlalu tinggi . Bila tidak aktif metabolisma menjadi slow dan penyebab gemuk…


























