Bicara Bonda
-
Wanita gemuk berusia banyak selulit…
Senaman saya ada 2 jenis iaitu bersenam treadmill dan senaman kuno ciptaan saya . Selesai bersenam saya akan bersauna dengan infra red sauna. Senaman kuno ciptaan saya itu telah saya amalkan sejak melahirkan anak sulung lagi dan diamalkan sehingga sekarang. Ia tidak mengegarkan peranakan atau pun pegerakan ganas seperti meloncat dan mengangkat berat. Ia sangat berkesan mengemaskan lemak yang melebih keluar seperti di tepi dada terutamanya selepas memakai baju dalam. Paling susah mengecilkan perut , dagu , lengan , peha dan tengkuk. Semasa mengandung yang last selulit sangat banyak lebih banyak dari anak yang sebelumnya. Masa muda dulu saya mengandung tiada selulit langsung..!! Rupanya bila mengandung usia lewat 40 an…
-
Roza Wanita Solehah…
Program Bukan Sekadar Resepi menemuikan saya dengan seorang wanita figura istimewa Puan Roza selaku chef dan host utama. Program masakan tajaan adabi disulami tazkirah itu amat bermenafaat menyampaikan ilmu Allah disamping belajar memasak. Meskipun hanya tetamu atau “ Penyibuk” dalam program tersebut terselit pengalaman yang ingin saya kongsi bersama pembaca blog saya. Berjayanya seorang lelaki kerana isterinya begitulah yang saya gambarkan pada wanita bernama Roza. Jujur dalam semua percakapan dan bibirnya sentiasa menitip zikrullah. Roza karakternya sangat lembut , suka menasihati orang. Azamnya yang hebat iaitu ingin suaminya berjihad kejalan Allah dan berusaha berbagai cara dengan membelikan buku, sokongan moral agar terus ke arah kebaikan. Disulami dengan rutin ibadah bangun…
-
SYARIKAT ITU MATI kita yang menghidupkannya..
Sedikit tentang rutin harian saya bagaimana saya urus masa. Saya sangat berdisiplin dan berkira dengan masa. Tak pernah saya membuang masa lepak-lepak meskipun dirumah .Waktu cuti saya diisi dengan belajar macam-macam perkara. Saya juga masih belajar ada guru datang kerumah untuk mengajar saya dan anak-anak. Doctor, pakar pemakanan dan ulama . Hobi saya memasak – berkebun – travel dan cari bahan ilmu adalah keutamaan hidup saya. Hidup tanpa kerja bagi saya membosankan. Kini sejak ada blog saya akan menulis untuk up date stok seminggu mengikut bahan yang ada dalam kamera. Style saya menulis pula saya bayangkan saya sedang bercerita dengan anda..!! Saya latih diri menjadi MELAYU BARU – KERJA CARA…
-
Ceramah Di Kementerian Pembangunan Wanita Di Dynasti Hotel..
Saya dipilih sebagai penceramah berdasarkan pengalaman saya pernah menjadi ibu tunggal dan bagaimana saya mencipta kejayaan merubah nasib dari miskin sehingga mampu menakluki pasaran atas jenama Sendayu Tinggi selama 18 tahun. Saya sangat berbesar hati menerima jemputan dari JPWuntuk memberikan ceramah motivasi kepada lebih 500 orang peserta di Dynasty Hotel . Peserta terdiri dari usahawan yang dilatih berdaftar dibawah JPW ini terdiri dari ibu tunggal, suri rumah dan wanita yang berkerja dengan pendapatan rendah dari seluruh Malaysia. Mood saya amat senang menyampaikan , kerana saya memahami perasaan mereka. Saya menyampaikan mengikut naluri saya yang pernah melalui kesedihan dan kesakitan ketika itu. Melawan perasaan lemah dan membangunkan semangat yang kuat bukan…
-
Saya mahu jadi dominan..
“APA JADI SEKALI PUN DALAM KEHIDUPAN WANITA KENA KERJA, BIJAKSANA DAN ADA ASET DIRI HARTA ATAU KECANTIKAN” itulah pesan saya kepada anak2 perempuan saya. Wanita kalau dah kahwin jangan lalai masa seronok ( suami tengah sayang ), takut tak cukup kuat emosi masa musibah datang..!! Hati manusia senang berubah dan lagi satu kita tak nampak takdir mendatang ..!! Bila dah kawin jangan nak mengharap duit suami dan bangga dengan kejayaan suami. Itu usaha dan kejayaannya , kejayaan kita mana ..?? Kalau suami ungkit ‘ awak ni asyik minta duit dan apa sumbangan awak pada perkahwinan ‘ wanita terkedu, sentap menangis..!! Hukum islam suami wajib bertanggung jawab namun berapa ramai lelaki…
-
WOMEN ENTREPENEURS HI TEA SME CORP
Tetamu VVIP, -Timbalan Menteri Antara Bangsa dan Industri – Dato Mohd Al Amin,Dato IR – Hamim Samuri, -Pengerusi SME Corp – Dato Noraini Ahmad, Pengerusi MATRADE – Puan Shamsinar, Ketua Executif SME Corp – Dato Hafshah Hashim 3 orang panel- Executive Director British India MD Hot & Roll Sendayu Tinggi Rozita Ibrahim. Bila mendapat surat jemputan dari SME Corp untuk menjadi salah seorang ahli panel untuk majis Hi Tea bersama Menteri MITI adalah satu perkara yang susah untuk saya buat pertimbangan . Soalan wajib saya kena cakap dalam bahasa apa..?? Kalau English saya tak boleh..Faham boleh nak jawab berteraburlah. Jadi Saleh Yaakob kang bunyinya..Menarik sekali pengalaman ini saya rakamkan di blog…
-
BAU PUNCA SUAMI TAK SENTUH ISTERI
Kisah benar yang saya ceritakan ini semasa saya awal pejabat ST dibuka, Klang tahun 1999. Azli bukan nama sebenar, call berkali-kali minta supaya staf menyambungkan talian kepada saya katanya hajat besar nak jumpa saya. Saya fobia angkat telefon kerana panggilan lucah, jual insuran, pelaburan atau panggilan merapu..!! Memang saya tak akan jawab phone suka-suka.. Seperti yang dijanjikan Azli datang seorang diri. Dia menceritakan masalahnya kepada saya tanpa memandang tepat kepada muka saya. Sopan dan nampak pemalu “ Maaf kak ya saya malu sangat ni nak jumpa kak. Tak tau nak buat apa lagi dah.. Gini kak saya dah kawin 2 tahun, ada anak sorang. Saya sayang perkahwinan kami, saya tak…
-
Adik muka kiri bengkak..
Yati datang ke Ofc bagi stok make up ST, dia tegur nape muka adik bengkak.. Jawab saya ringkas “Bengkak gusi kot..” Membebel panjang Yati .. “Jangan buat main mak bahaya dan kalau gigi rosak tak ditampal nanti bila tumbuh gigi kekal tak cantik.. Mak dah bawa adik pergi dentis..? “ .. Saya jawab : belum lah sebab saya anggap ringan..sambil membebel dia cek gigi adiknya .”Berlubang besar lah mak..!! Saya rabun tak nampak apa pun.. ha ha ha..:)) Kerja saya banyak dan tinggalkan terus bawa adik ke dentis.. Alangkah terkejutnya..Bukan saja gigi rosak teruk bernanah sangat banyak bahagian gusi.. dan gigi berlubang sampai 3.. ( patutlah 2 malam menangis dan…
-
Susahnya cari rezeki..
Saya buat Al Jameela sebab saya nak lari dari jual produk kesihatan dan kecantikan. “ SAYA BUAT PRODUK BAGUS PUN MASIH ADA ORANG YANG CARI KELEMAHAN DAN NAK JATUHKAN SAYA “ ...Dah tua-2 saya nak aman. Tak sangup kena kacau dan saya tak tahan dengan kekangan KKM KDN dan semua hamba Allah yang KKKKK ..gitulah… Mereka bukan ushawan maka tak faham sakit orang niaga…Saya ikut je lah…Mereka ada kuasa besar boleh stopkan produk , tahan iklan..dan sebagainya. Stok , label kotak masih banyak.. Rugi jangan cakaplah..Yang orang nampak pengasas ni kaya dan untung banyak. Kebanyakan syarikat kosmetik tutup akhirnya..lebih2 lagi lepas kena serbu tax..!! Ranap kalau tak beringat..Saya dah lama…
-
AL-JAMEELA- Jubah, selendang , khimarun & khaleje..
Produk Al Jamela hanya ada 5 jenis sahaja. Jubah Vercase Satin Jubah Madinah Selendang Khimarun Khaleje Tudung sarung Jubah Satin Moden akan berubah mengikut jenis fabric. Konsep kain berwarna pada badan dan design akan bertukar-tukar. ( Contoh : Sekarang Jubah Satin Versace sebab kain panelnya dari Versace ). Jubah Satin Vercase – potongan princess – modern – Color ikut musim fabric terkini – Basic satin Kain satin panel dari design Versace ( 1 meter – harga pasaran kain RM 120 ) Kain satin plain sebagai latarnya ( 4 meter RM – harga pasaran kain RM60 – RM80 ) Kos kain latar RM240 + Satin panel RM 120 = Harga kain…

























