
Soal Jawab Muka Ada Kesan Makeup..
Selamat menjalani ibadah puasa semoga Allah mengampuni segala dosa2 kita semua.. Bersabar menjalani ujian hidup sentiasa berpegang kepada Allah dan mencari ilmu untuk terus kepadaNya..
Sebetulnya sy bukan ariff ttg hal ugama ni.. Apa yg sy tuIis ni mengenai kemuskilan ttg diri sy sendiri ttg bermake up semasa solat..
Mungkin ada yg anda boleh ambil dri persoalan yg sy tanya kepada ulama yg sgt sy hormati Ustaz Md Esa B Deraman.. Ulama besar di Johor (Tok Ku Pasir Gudang) yg sgt sy kagumi ilmunya, akhlaknya dn banyak memberikan nasihat kepada sy…
Sy ni ilmu x banyak kalau bab Amalan lagi lah kurang.. Sebagai orang Islam sy ni kalau boleh semuanya mesti kembali kepada syariat & hukum.. Kerana ia akan dipersoalkan diakhirat nanti..
Kali ni berkaitan make up dan pemakaiannya semasa solat.. Lebih kurang begini soalan sy & ulasan ustaz..
Sy : Jika pada muka sy ada kesan celak atau foundation.. Masa cuci sy x perasan masih tertinggal x bersih sy cuci.. yg mana x kena air wudhuk (x melepasi kulit).. Sah ke solat sy tu…?? Walaupun semua make up sy tu dri benda2 halal yg x da unsur haram atau bernajis..
Ustaz Jawab : Apa saja yg melekat pd kulit muka yg tidak boleh melepasi air wuduk solatnya x sah walaupun barang make upnya dari barang 2 halal.. Kulit kena semua kosong dn bersih dari sebarang yg menghalang air wudhuk.. Asas yang sama kepada mana2 alat solek yang bersifat tebal dan air tidak boleh menembusi maka tidak sah solatnya..
1) Sy : Bagaimana pula kalau sy mengambil wudhuk dulu dan selepas itu sy bermake up.. Kemudian sy bersolat dalam keadaan muka sy bermake up adakah sah solat sy tu…??
Ustaz Jawab : Dibolehkan dan solat itu sah. .Asalkan bahan2 make up itu tidak mengandungi bahan2 berunsur najis atau yg haram..
2) Sy : Ustaz benarkah Allah suka kita bersolat dengan berhias cantik semasa solat..??
Ustaz Jawab : Betul cuma bersolek ketika solat tidak dituntut.. Cuma ianya harus kalau berada dirumah.. Tapi jika dikawasan umum tidak dituntut..
3) Sy : Ustaz sy minta jasa baik ustaz ulasan ttg pengunaan foundation dn sunblock.. Ke2 produk solekan muka ni berbeza ustaz.. Foundation bila dipakai agak tebal kesannya pd muka dn wajib mencucinya dgn sabun pencuci muka baru lah air wudhuk akan melepasi kulit..
Sunblok pula kesannya nipis, kurang warna dn x tebal pd muka ia lebih kepada pelindungan muka..
Persoalan sy ialah : Sy x mencuci muka sekadar mengelap dgn tisu atau membersihkan muka dengan air saja.. Kesan warna mmg dah xda bila sy mencuci ringkas tanpa perlu sabun muka.. Yg sy musykil sy masih merasai sedikit rasa licin dn berminyak kesan sunblock tu.. Sah ke solat sy ustaz..??

4) Sy : Sy ada menjual 2 jenis Lipstik : Satu jenis Lipstik paling popular digunakan ni menghias bibir.. Sifatnya berwarna kuat dan melekat menutupi kulit.. Sy tahu lipstik jenis ni kena bersihkan dulu sehingga bibir menjadi kembali natural baru sah wudhuk..
Persoalan sy ialah : 1 lagi lipstik ni namanya Pinky Roses Lipstik dan Natural lips color.. Produk ni macam Lips gloss.. Warna asal lipstik ni putih.. Uniknya bila disapu pd bibir ia menghasilkan lembapan berkilat dn ada warna merah lembut mengikut darah si pemakai.. Lipstik herba ni dri ekstrak shea butter, pati2 bunga ros, habatus sauda, lilin lebah dn olive.. Fungsinya rawat bibir dari pecah, penuaan bibir dan merawat bibir pecah… Kalau sy x bersihkan sebelum wudhuk sah x solat sy ustaz..??

Ustaz jawab utk No 3 & 4 :
Syarat mudah bagi sah wudhuk ialah seluruh air secara sempurna mesti sampai dan mengenai serta meratai anggota wudhuk.
Sekiranya ada yang menghalang maka dikira wudhuknya tidak sah. Tapi kalau ianya tidak menghalang walaupun masih ada kesan maka hukumnya harus.
Sekiranya air masih menyerap pada anggota wudhuk itu harus. Tapi kalau ada sikit kesannya seperti masih terasa berminyak maka wudhuknya tetap sah.

2 Comments
El
Alhamdulillah, satu perkongsian yang baik puan.. saya juga kerap kali tertanya persoalan yg sama terutama bab foundation tu. Terima kasih banyak atas entry ini.
jamuratu malaya
Ellyana ..sama2 kasih.,sekadar ilmu sy yg sedikit. .Mudahan memberi menafaat kpd org lain