Bicara Bonda

Pengalaman Kenal Peminta Sedekah.

Lama saya tak up date blog sebab sibuk sangat urusan kerja luar pejabat. Rumah saya pula yang masih dalam renovasi  surau banyak sangat masalahnya. Menduga betul kalau nak buat kerja baik ni macam2 halangan dan ganguan..!!

Hari ni rindu pulak nak menaip utk blog. Saya selingkan juga untuk release kan otak. Sejak kebelakangan ni saya kerap ke event. Semasa perjalanan  sebelum menuju tol KL  bersebelahan dengan Sierramas pasti akan ada peminta sedekah berbangsa India. Saya perhatikan ada 3 orang mereka bergilir-2. Seorang lelaki tua, sorang lagi lelaki muda tangan cacat sebelah  dan sorang  wanita tua.

Hari ni saya kongsi cerita ttg peminta sedekah dan kisah orang nak menipu ni saya banyaklah pengalaman. SAKIT HATI SANGAT2 MEREKA MENGUNAKAN AGAMA, ORANG TERANIAYA . 5 cerita pengalaman saya lepas ni ttg 3 perempuan dan 2 lelaki ia berlaku semuanya sebelum dan semasa Ramadhan….!! Tunggu saya update minggu depan lagi ya untuk 5 stori ni..

  • Peminta sedekah rumah banglo.
  • Wanita solehah “rupanya sangat buruk akhlaknya “ .
  • Rumah penjagaan anak terbiar dan gunakan ibu tunggal untuk menipu.
  • Lelaki muda “alasan lori rosak”.
  • Lelaki tunggu 4 hari depan pintu pejabat.

Sambung balik stori peminta sedekah kat traffic light..!!  Mereka ni saya rasa bukan India Malaysia kerana tidak boleh berbahasa melayu langsung. Yang lelaki muda tu boleh berbahasa inggeris. Lelaki dan wanita tua tu hanya boleh bercakap bahasa India. Dia hanya datang kepada kereta orang muslim je. Orang bukan islam tak nak dia dekat.. Sambil jalan tu bawa tisu, tasbih atau pen. Dia akan sebut “SADAKAH JARIAH ALLAH BARAKAH FI SABILILAH “. Dia bawa satu kad besarnya 1 kaki yang bertulis. Anak saya sakit dikampung.  Saya perlu wang untuk rawat dia..

Rasa simpati pasti ada dalam hati semua orang termasuk lah saya sendiri… Sedih dan sangat mendukacitakan ada diantara mereka mengambil jalan mudah menipu dengan menarik simpati orang ramai dan mempergunakan agama, kanak-2 dan orang tua untuk mendapatkan duit dengan jalan mudah.. Perhatikan saja dekat depan bank, pasar2, stesen minyak, wanita dan lelaki tua, anak2 muda dan kecil mengunakan tabung madrasah dan anak-2 yatim mengutip derma…

 

 

One Comment

  • irfa

    orang malaysia pemurah
    sebab tu ramai yg ambik kesempatan atas kemurahan hati kita
    lebih baik bersedeqah terus pada org yg kita kenal (sedara mara yg susah)
    @ derma terus ke badan kebajikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!