Bicara Bonda

  • Bicara Bonda

    Teruja jubah elegan wanita arab..

    Saya suka melihat wanita arab berjubah lebih-2 lagi mengayakan selendang..!! Saya perhatikan ramai orang memakai jubah dari Indon dan cina , kelemahannya ialah kelihatan kusam – nampak corak mati – pemakai akan jadi nampak berusia – kerana material kain dan fesyennya tidak kena. Banyak dijual dipasaran dan harganya tak murah pun sekitar RM 130 sehelai. Materialnya dan coraknya kelam dari kain lycra yang kualiti murah serta warna kain nampak mati dan bunganya tak sharp. Sebab tu kusam bila di pemakai.

  • Bicara Bonda

    AL-JAMEELA : Saya tiru style jubah moden wanita arab..

    Al Jameela Konsepnya • Feminine – Muslimah Elegan – Berani • Fabrik berat dan ringan dipakai • Kedudukan kain terjatuh ikut flow • Fabrik paling berkualiti untuk mendapatkan impak elegan • Sejuk dipakai – mudah digayakan-sesuai sebarang majlis • Kain asas bukan dari Malaysia ( Eksklusif ambik luar negara ) • Cipta kelainan dalam design • Limited dan exclusive – Habis 1 design dah xda lagi • Patching – Panel – Aksesori semua import – supaya tak ditiru Konsep saya menjual pula Suka-suka on line saja – sebab nak ramaikan follower – Kualiti butik dengan harga paling rendah Memenuhi permintaan dari peminat saya Saya kesian sebab ramai yang suka baju…

  • Bicara Bonda

    JENAMA…AL JAMEELA.. Sekadar hobi

    Terasa malu nak menulis tentang Al jameela ni…!! Saya sebetulnya tak ada kemahiran membuat pakaian pun… Bidang herba dan kecantikan dalaman itu memang kepakaran sayalah.. Dah biasa sejak dari kecil… Sendiri buat dan makan produk tu.. Mudah nak feel dan menerangkan kepada penguna. (UNTUK LIHAT GAMBAR LEBIH JELAS SILA CLICK PADA GAMBAR)  Bila buat Al Jameela – saya rasa perlu saya menjelaskan dan berkongsi.. Kepada anda semua yang sangat saya hormati terutama penguna atau peminat saya.. Saya sedar Tanpa anda semua saya ni tak kemana pun..!! Maka saya tulis dalam blog peribadi saya ni.. FB apa itu Al Jameela… Bermaksud “DIA WANITA CANTIK ANGGUN MENAWAN INDAH”. Saya awal saya pakai…

  • Bicara Bonda

    Mati diseret bas – HANCUR PAYUDARA..

    Hari ni saya rajin dapat buat 3 stori. Bermula kisah kobis melarit ke payudara..!! Ingatan zaman saya berkerja dikilang (1992) di Sg Way.. Saya tak pernah lupa wanita mati diseret bas. Wanita tu naik bas dari bahagian belakang dan masa tu bas penuh dengan penumpang. Dia berdiri dekat tangga bas. Terjatuh tertiarap dan diseret bas ( Driver bas jalan macam biasa ). Bila diberitahu dek penumpang lain pemandu berhenti. Wanita dibawa kehospital dalam keadaan nazak payudaranya hancur. Dia meninggal akibat kejadian tu..!! Zaman kanak-kanak dulu saya ada dengar orang tua-tua bercerita .  Payudara ni nyawa wanita..Selepas insiden tu baru saya sedar bahawa badan wanita tu tak ada yang cedera hanya…

  • Bicara Bonda

    Bengkak susu bahaya..!!

    Kalau tak dirawat bengkak susu boleh menyebabkan ibu demam dan kesakitan yang teramat sangat. Cerita ini dari pengalaman teman 28 tahun yang lalu. Elok rasanya saya kongsikan kepada anda yang menyusukan bayi untuk langkah berjaga-jaga. ( Sekiranya anda mengalami masalah bengkak susu sila layari jrm.com.my – Kobis rawat muka dan bengkak susu ) Cerita kawan saya kepada saya – Demam bengkak susu disebabkan air susu banyak , bayi kurang menyusu dan ibu tidak memerah susu keluar..!! Ia menyebabkan puting susu tempat mata keluar susu tersumbat dan bayinya terus tak mahu menyusu. Payudara semakin mengeras dan dia demam mengigil . Dia tidak boleh tidur dan menangis siang malam menahan sakit.  Payudaranya…

  • Bicara Bonda

    SAYA NI ORANG KAMPUNG JE..!!

    Blog rozitaibrahim.com “ Diari kecil hidup saya “ Saya dirumah atau ke pejabat sangat simple dan tak berhias langsung macam orang kampung.Pakaian saya kebanyakan murah.Tetapi bila saya ke stesen TV, majlis, shooting baru saya berhias sesuai dengan keperluan waktu itu. Kalau pakai murah orang hina, terpaksa ikut trend..Itu pun anak saya yati yang guide.. Inilah wajah saya secara dekat tanpa make up..Celak mata adalah kewajiban. Kalau tak pakai celak, mata saya macam mata ayam ..he he ..!! Saya bukan artis pun. Memang saya menjual produk kecantikan.Tak laratlah nak bertepek bedak. Sebelum ni ramai yang kata muka saya garang dan make up tebal (Kalau masa bergambar tak sedar mata saya terbuka…

  • Bicara Bonda

    YATI KATA SAYA SELEKEH “PENGASAS GEMUK ”

    Pengalaman lucu, indah dan sakitnya saya melaluinya dalam mencipta produk mahupun memasarkannya..Alah hai kalau nak cerita azab, St lagi lah azab orang dengki..adakalanya tak sanggup nak lalui lagi..Bila free saya bercerita lagi kisah susahnya nak pertahankan ST yer. Itu pun kalau sudi nak follow lah blog rintihan kalbu saya ni ..he he he..:)) Selepas bersalin anak yang ke 8, seperti biasalah gemuk. Saya berikhtiar mengamalkan diet seperti amalan selepas bersalin sebelumnya. Makan suplemen ST, berpantang makanan yang mengemukan. Tak kurus dan tak menjadi dekat setahun..!! Saya cerita kat Yati ..Mak surrender akhirnya malas nak fikir..biarlah nak gemuk pun . Mak dah tua , penat nak mempertahankan kecantikkan. Yati membebel ..“…

  • Bicara Bonda

    PERASAN “ diri terlebih baik dari orang lain ”

    Saya bukan pakar agama.. Sekadar bercerita melalui pembacaan ataupun pengalaman sendiri.. Ahad 6hb April, jam 5.30 pm saya menaip untuk buat bahan blog peribadi sendiri.. Maka saya mulakan dengan tajuk ini KENAL ORANG MAKRIFAT DAN ZUHUD yang saya petik dari dalam 1 buku yang dihadiahkan oleh teman baik saya, Nashaihul’ibad dari imam Nawawi. Buku ini banyak tentang nasihat agama.Buku ugama memang tak seronok dibaca jika tak minat ..!! Jika niat membaca sebab nak bagi makanan rohani , nikmatnya syok lain macam..”cuba try “..ha ha ha.. Dah cuba try lagi, itu hebat namanya..!! Manusia selalu pentingkan penampilan, kereta nak besar, rumah besar, beg jenama ..Muka dan badan saja yang nak dijaga…

  • Bicara Bonda

    Kereta Yati dibawa kabus putih tebal..

    Pengalaman ini berlaku sekitar 2012 , ketika kami pulang dari road show out let dari Kelantan. Saya balik dulu dan Yati balik kemudian. Saya sempat mengingatkan Yati agar cepat kerana saya risau jika dia melewati high way Gua Musang lewat malam. Jalan disana sunyi dan jauh dengan orang ramai. Jika berlaku masalah kerosakan kereta  ditengah jalan atau rompakan itu yang paling merisaukan saya. Kawasan hutan di Gua Musang masih tebal dan sangat bahaya dan saya ada terdengar beberapa cerita ngeri di high way Gua Musang. Saya sampai dirumah sekitar jam 12 tengah malam. Saya sms dan bertanya Yati dimana sekarang, jawabnya “yati dah masuk high way Karak nak menuju Kuala…

  • Bicara Bonda

    Yati dengar roh meratap…

    Kesian Yati, susah dan penatnya nak mempertahan ST..Semoga Allah memberkati usaha murni dia dan menjaga ST atas niat anak yang baik..Syurga lah anak yang baik tempatnya..Amen Amen Ya Rabb… Nak naikkan bisnes bagi saya senang tapi nak bertahan pula bukan perkara mudah..!! Gitulah yang dilalui Yati. Kisah punya penat orang niaga  ni.. Otak,badan,jiwa dan raga.. 10 kali penatnya dari orang yang berjawatan sebagai pengurus..bukan kerani tau..!! Travel setiap minggu keseluruh Malaysia, jemputan Watson, keluar negara mencari bahan mentah, meeting, promotion, training staf outlet, bengkel. Bukan sikit kerja. Yati ni pula dengan anaknya sangat rapat dan manja. Sentiasa bersama mereka kalau kemana pasti dibawa..!! Dalam pengalaman travel ada banyak kisah yang…

error: Content is protected !!