Bicara Bonda

kongsi pengalaman kawan kerja wartawan..

Apa yang saya cerita ini sekadar renungan bersama pengalaman kawan saya yg berkerja sebagai wartawan hiburan dan berhenti kerja hanya kerana mahukan keberkatan rezeki kerana Allah SWT. Jika betul apa yang disampaikan kepada saya maka betullah apa yang saya sampaikan ni. Jika salah dia sampai maka salah juga lah apa saya tuliskan. Ia sekadar renungan kita bersama dalam mencari jalan yang Allah redhai.

Saya rahsiakan nama kawan saya tu. Dia sebelum ini berkerja sebagai wartawan hiburan di Utusan Malaysia dibahagian media hiburan. Saya ingatkan dia seronok mengejar cerita dan bergaul dengan artis. Rupanya sebaliknya …Katanya dia sangat tertekan dan tidak seronok sama sekali dengan dunia penuh kepura2an , dengan sikap artis itu sendiri yang mengejar publisiti murahan , suka membuat cerita agar disensasikan . Tanpa glamer mereka tak akan ada job. Sedih mendengar kehidupan reality artis.

siti2Katanya lagi mengejar berita sensasi sangat penting kerana cerita hot itu melariskan jualan surat khabar atau majalah..Gosip lah kan..!! Contohnya masa Siti kahwin bersidai wartawan sampai penuh hotel kat lipis. Terpaksa menumpang rumah kenalan terdekat/ tidur kat kereta untuk mendapatkan bahan gambar dan cerita.

Jika masa artis bercerai dia akan mencari sampai kerumah ( kadang2 terpaksa mengendap2 ) atau pergi ke lokasi pengambaran untuk mendapatkan cerita artis tersebut. Belum lagi kena maki hamun dengan artis.. Paling tak suka orang tengah sedih kita ambik kesempatan nak mengorek cerita ( cuba tempat kita apa rasanya ) “ orang tengah sedih kita makin korek “ dan alangkah besar dosanya membuka aib orang dan menyebarkannya. Kata kawan saya : Adakah halal rezeki aku cari , apakah Allah redha apa yang aku buat demi memberi makan anak-2 aku ..?? Jika aku ditempat artis itu apa aku akan rasa..?? Lebih baik saya tukar kerja jadi wartawan ekonomi dari jadi wartawan hiburan yang penuh dengan dosa iaitu mebuka aib orang dan mengejar ceriat-cerita panas yang tak menguntungkan ..Akhir perbualan kami kata kawan saya “ Sejak bertukar kerjaya ni kak Ita  kehidupan rumah tangga dan rezekinya lebih banyak.. lebih berkat .” ..

Begitu juga pengalaman saya kehidupan ni “ buat baik.. baik dapatnya – buat buruk pasti pulang kepada kita semula “ ..Hidup ni berputar . Semua ada kifarah . Pembalasan hukum karma..tak payah tunggu akhirat , kat dunia juga dapat cash..

Jangan ambik hak orang walaupun sebiji sawi. Jaga hak keamanan orang lain, menutup aib orang , selalu fikir mahu buat kebaikan. Jangan suka membuat kerosakan dan kemudaratan kepada orang lain ..itulah lah sebaik2 dalam kehidupan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!