Bicara Bonda

Pahitnya jadi Pengasas (Part 3 : Susah deal dgn KKM LHDN)

Ajim masa baby.
Ajim 5 tahun.
Gambar terkini, Ajim baju putih.


 Selama 18 tahun niaga , tahun depan dah 19 tahun.. Usia ST SEUMUR DGN AJIM. Kalau tengok hati selalu ingat dia tu lah umur ST.. Penat suka duka, dan tekanan tu dah jadi makanan minda ..Istilah  nak buat produk,  nak berjaya dan boleh buat sale senang je kalau kena gayanya. Kena pula jumpa lubuknya.. Tapi nak bertahan sangat susah.Ujian sangat berat macam hari2  berjalan atas bara api.

Bila sy dah duduk dlm bidang ni, nikmat syukur ialah dapat bertahan begini lama.. Kerana bagi sy dah besar  pengalaman sy lalui sepak terajang niaga. Sy pesan diri ni jangan sombong, jangan sekali buat tak elok,  ingat niat asal buat bisnes . Bukan kejar nama dan duit..!! Sy sendiri takut /tak percaya dgn diri sendiri !!.. Saya mahu terus cari jalan Allah supaya sy tak sesat dlm kesenangan…

Sy sehabis mencuba buat terbaik supaya dapat keberkatan , sy sama sekali tak akan buat produk dgn niat yg jahat  ..!! .Sebab tu sy selalu belajar ttg herba kerana itu minat saya ..Supaya bila buat produk sy ada asas yg baik ttg peratusan dan jenis 2 herba dan kenal herba antara bangsa satu perkara yg menarik..Dalam bab buat produk hanya sy dan Anak sy YATI YG ADA KEMAHIRAN BUAT PRODUK..anak lain belum lagi..!!

Dalam tulisan sy yang panjang lebar ttg dunia seorang pengasas Tajuk : Pahitnya jadi Pengasas PART 1 : Macam pijak bara api..dan Pahitnya jadi Pengasas 
Part : 2 Niaga tak ikut syariat ..ialah kisah benar yg sy abadikan di blog ni..

Sebagai manusia dik oiii…Sy ni tak lari sifat sayangkan dunia..masa seronok sy tersenyum, masa musibah sy mengigil, marah, menangis..merungut juga kenapa sy dizalimi ..Sampai hati mereka buat saya ..!!

Rasa tak tahan mmg ada lah dengan musibah angkara fitnah.. sabotaj ..belum lagi orang memperkatakan buruk di blog ..serang di ofc , call marah2..

Sy marah dn pujuk diri sendiri..”Masa miskin lapar dan serba susah , difitnah nape sy tahan tak menangis pun..?? ..sekarang hidup dah selesa jiwa jadi lemah..adakah sy ni hamba Allah yg tak bersyukur. .tak cukup lagi ke apa Allah dah bagi kat sy.. Dugaan dan nikmat hidup Allah bagi kan seiring.??

Ni baru sikit Allah test.. Masih banyak lagi yg ada, bukan jatuh miskin pun ..malah anak2 sihat itu kan nikmat syukur..Masih banyak perkara lain yg menyenangkan ..?? Nak pertahankan dunia ke atau akhirat. .??

Cuba kenangkan, masa nak naikan ST tak ada orang bantu pun. nak cari pakar buat kajian sape yg dorong.. Sape bagi pinjam duit, sape yg bagi kejayaan.. Semua yg sy dapat Allah bagi ilham .. Bukan ada org tunjukan sedang kan sy bukan org yg berilmu..Bukan kah rezeki itu milik Allah dan rahsianya..

BERGANTUNG PADA RAHMAT ALLAH BUKAN BERGANTUNG PADA MANUSIA..
Tersentap hati ni..Bila mati pulak , kita tak kan balik dah kedunia ni lagi .Menjawablah sendiri..!!  ..Kalau boleh excuse senang..

Uupsssss.. sy tulis ni pun berhati supaya tak menyentuh isu kerajaan apa lagi ttg individu yg duduk dlm industry ni…!!

Gini lah ada org suka glamer , semua serba prestij , berstatus Dato’ dan Doktor bagai . Betul ke status tu atau ..? Hati manusia besar citarasa kehendak manusia mana ada yg sama. ..kan kan ??…Hakikatnya , ceWahh cewahh pengasas mmg hebat2 belaka darjat mereka melambangkan ushawan berjaya.!! Dgn harapan org respect ,  Orang yakin dgn produknya dan kekal dlm bidang ni..Kata Nabil ; Lu pikir la sendiri.

Contoh gambar

Pengasas kosmetik ni sampai dicap dek LHDN orang paling kaya, banyak buat untung..LHDN ni bijak tau, macam periuk api atau perangkap samar..bahaya .bahaya.!! Pengasas yg banyak cerita kat media banyak kereta mewah, lambogini bagai & Villa mahal berbelas juta tu yg paling mereka attack..LHDN simpan keratan akhbar tu..

Limited Edition ratusan ribu harganya.

Sekali serbu macam komando woooo.., tak cukup langkah nak lari..macam depa nampak pengasas ni ” bahan atack” .. Habis semua lokasi digeledah..kata org Kedah” GELUPOKKK” sekali kena.. Dia bagi pengasas ni seronok2lahh  dulu …Dalam 3 ke 5 tahun, dia sekali dtg mengejut tanpa bagi salam..jeng jeng jeng ..Masa dalam kita tido dok leka tu lah.. sekali lhdn serbu habissssss semua loteng digeledah..sependa koyak pun diburainya nak cari bukti..haaah sekali mereka dapat. . Rasakan azabnya terjelepuk nak bayar.. Siap kena pelanalti..Subhanallah ngeri ooooo..Ada yg kena 20 juta..adoiii mana duitnya nak bayar..Tak bayar nanti kena interest lagi banyak..tak bayar masuk penjara…dah kena tu pandai 2 lah nak jelaskan LHDN.. kena tu puas lah merayu..terjual lah harta benda yg ada ..Kalau ada beg LV GUCCI PRADA boleh laku dijual sekali…sayangnya tu tak laku..sbb tu kak tu suka benda2 tu…tak boleh tolong sy pun..

Kak nak habaq kat dik ni..banyak org yg pandai niaga . Tapi tak pandai tang sistem audit nak selamatkan tax.. Resit dan dokumen tak lengkap mmg masuk gaung lah..Kak ni sama cengitulah kisahnya sbb sy pun  tak sekolah  tinggi ..Sifir 5 pun tak lepas..!!!kih kih kih.. Macam mana nak faham tax punya kerja..Kalau lantik co auditor pun adakala mereka ni kaki kencing juga, lagi lah hancur ..Kena pula kalau Pengasas tu boros masa berduit , tak ada simpanan..Kes berat lah sbb tak boleh bayar tax..alamat senyap terus syarikat dan bungkus terus tutup lepas kena serbuan tax.

Adoiii tak mudah sayang ku duduk niaga dlm bidang ni . Masalah utama kami ialah KKM juga antaranya:

1)  Sistem KKM ni berubah2..Bila2 je mereka boleh ubah rule..bulan ni lain, tup2 lepas 4 bulan lain pulak… Mmg sakit hati..Mereka bagi tempoh 4 bulan utk habiskan jual produk. .Lepas tu tak boleh jual dah…!!!

wj_01.1Jual goreng pisang pun tak boleh habis serta merta..Mereka ingat kami niaga cebok duit dalam longkang dbkl …Payah betul sampai biul rasa macam nak hantuk kepala kat dinding handle KKM..Co dah invest Label/kotak/botol..Bergadai hutang rabak mereka tak tau,  sampai gaduh laki bini tau..!!

Kerja tak tentu masa, nak menjayakan bisnes..Tetiba katanya ayat ni tak boleh guna. Nama ni dah tak boleh pakai “mengelirukan” ..kena buat pendaftaran baru ..banyak songel
KKM ni..BANYAK SGT RUGI gara2 KKM..Lagi2 kalau simpan stok banyak..Tong sampah je barang kita tu..Siksa mak oii..nangis sedih sape ada kisah.??..

Kena buang puluhan ribu ringgit..Itu kalau 1 produk ye.!! .Cherrrrrr bayangkan kalau 10 produk..mmg boleh stress tahap gaban boleh masuk hospital gila..!!! .

Belum lagi KKM buat hal tetiba mereka kata bahan dlm produk tu tak boleh pakai/sebelum ni boleh pulak..kompius nyer (dah lulus sebelum ni KKM bagi lesen) Tetiba je tak boleh pulak..sbb bahan tu under pendaftaran drug farmasi. Produk didaftarkan dibawah food ,  ubat tradisional atau kosmetik tak leh guna..Co kena ikutlah..!!  MAKA NYA matikan lah produk tu dan kena tarik balik kat pasaran..Haru biru sedih..gerammmm, tak boleh buat apa..!! Penguna dan penjual mereka tak faham dilema kami pengasas yg melibatkan pendaftaran dgn KKM. .

MEREKA ADA POWER any time kami kena gelek macam durian dgn timun..Dalam kes ni apa co nak jawab dgn stokis dn pengguna..Rugi jangan cakaplah..Mereka tak kan faham sbb mereka bukan ushawan..Jika Indonesia ada produk herba dan kosmetik sampai boleh pecah tembok luar negara. Kami ni nak explore Msia belum tentu lepas lagi..KKM ni bukan semua tak bagus..niat mereka dah murni jaga penguna..!! be adil lah kat ushawan juga..!! Cukai kami bayar bukan sikit, cukai tu p mana..?? Kat depa jugakan…Lemas oii dgn KKM ..Mereka kerja melatah ikut suka2 depa je..ada tu siap ugut2..Kami dtg semua pakai iye dan ngehhh kan je ..Jangan berani nak cakap banyak , masa naik mahkamah mengaku je salah. .habis cerita. .

Nak buat cara halal dan kelulusan KKM susah . Banyak rugi ,  rule yg tak standardise.. Makanya ramai pengusaha jual produk tak berdaftar dan tak letak nama co pun..janji niaga dapat duit.Bukan KKM tau pun sape yg buat, ada bahan bahaya atau selamat bukan satu keutamaan. Duit dan janji laku tanpa risiko..Sbb tu kat internate banyak produk tak berdaftar malah dikedai jamu banyak jenama tanpa co sbb mereka nak lari dgn KKM atau LHDN..

Kalau KKM baca tulisan sy ni mohon maafkan sy , please jgn boikot sy lah..Sy tau mereka ni cuba be professional. Sy bukan cerita buruk yg mendalam pun (bahaya) just general problem je yg fakta je..

Belum iklan kat media lagi.. KKM saman dn boleh tarik lesen.. Turun naik Mahkamah mmg biasalah.. Kena pulak staf yg tak cekap buat story dan tak faham rules mmg meletoop lah . Masalah kes iklan sy boleh terima lagi  tapi kalau aduan produk tu yg tak tahan..

KKM asal aduan pasti diterima jer membabi buta ..Mereka tak kisah orang sabotaj atau tak..janji aduan..Malas nak cerita lanjut .eiiiii…takut dgn KKM ni..sy dah kena bukan sekali..!! jelas lagi bersuluh..!!! Allah Hu Akbar hanya Mereka yg buat kerja ” hitam” saja yg tahu apa mereka dah buat, pepaham je. time mereka juga pasti sampai ..!! Bila, bagaimana itu kerja Allah. Manusia balas tak sesakit Allah balas, lagi sakit oiiii..!!

Img21092

Sy pergi bawa sample produk ke USM dan UM..Terbukti tak da bahan tu..!! Masa kena serbuan tu sy nangis juga. Menyorok sebelah kotak2 produk..kik kih kih sy nangis mmg buruk muka sy , orang tua nangis lah katakan..

Baby nangis comel lah..!! Tapi tak secomei macam ” Kak Ton Comei tak “..ha ha ha lawak lah kak ton..dah tua mana comei Ton Oii…!!..Jgn marah Kak Ton..sy cakap sy ni haaaaa dah tua tak Comei, bukan kakak Ton tau…

Sy tak pandang rugi..Sy hanya ingat susahnya sy jaga nama baik produk, sy buat produk elok2.. Kami anak2 makan produk tu..Bangga betul mereka buat rampasan cepatlah naik pangkat ..udah2 lah tu ya..

Sy bayar orang 80 ribu nak selidik kes ni nak tau kerja sape . Hebat orang ni niatnya  hanya nak jatuhkan nama ST / products diburukkan. Nak jatuhkan empayar ST akibat virus Dunia RM dan DENGKI.. Buat mereka sakit hati..

Allah tu adil..Sy tak balas..Sy tak fight..Sy tak nak burukan sesape..Sy kan manusia biasa rasa marah dan nak balas balik awalnya mmg ada dan pernah sy terfikir nak ke SPRM. Sakit hati punya pasal..Setelah sy fikir semasak2nya tak kan menang pun. 

Sy doa kebaikan pada mereka yg nak jatuhkan ST agar Allah bagi dia kesedaran agar mereka tidak melakukan lagi. Kepada sy mahupun orang lain .Hidup ni tak akan bahagia dan tenang , hilang  keberkatan rezeki bila menganiaya sesama manusia ..

Sy maafkan mereka kerana sy yakin dgn memaafkan orang lain jiwa sy tenang ..Jika itu takdir saya maka sy minta Allah permudahkan akan urusan mencari rezeki sy , urusan kehidupan, kematian,alam kubur dan hari akhirat sy yang akan datang.

3 Comments

  • ilasaleh

    baru2 ni ila join bazar.. chinese man.. dia jual retail produk.. dia stop and makan gaji sbb safety.. dia jadi target perompak…. hurmmm bukan mudah nak jadi peniagakan? bukan setakat diri tapi anak2 juga jadi taruhan..

    baca pulak citer puan nie.. kiri kanan penuh liku2.. tapi org luar nampak yg best2 saja 🙂 tq berkongs.. seronok baca liku2 hidup puan..

  • Fen

    Thanks for perkongsian pegalaman… sy pun skrg dlm proses nk buat KKM mmg terasa susahnya. Rasa mcm x membantu langsung step petama duit step kedua duit dan mcm nk pecah kepala isi form yg entah apa2 skrg semua online dlm masa sehari aje data internet blh abis rm68 tp 1 apa pun x dpt isi. Mcm mana products bumiputra nk pergi jauh mcm ni. Semuanya system kapitalis org yg baru nk merangkak naik terus kena pijak lenyek.. blh sakit jantung la mcm ni nk senyum pun dah tak terdaya d kerjakan dek KKM ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!