Bicara Bonda

Botox & Filler…

BOTOX

BOTOX ATAU FILLER teknologi “kasi cantik dan kesannya pada si pemakai. Hari ni saya nak cerita pengalaman yang saya kutip dari kawan2.. Saya nak ambik gambar mereka tak nak kasi.. Mereka semua menyesal kesannya sangat hodoh lepas 5 tahun terutama semakin berusia…

Botox ni mudah nak dapat dan ada banyak gred. Orang biasa2 je tanpa tauliah boleh tolong buat. Mereka datang kat rumah dan kebanyakan pelanggan nak budget rendah sebab tu pilih jalan ni dan terpengaruh dengan cara promosi.. (Botox disimpan dalam peti sejuk).. Golongan khunsa banyak buat juga botox2 ni.. Kesan cantik pakai botox seperti dibawah :

  1. Orang yang pakai botox macam lahir 1 mak 1 bapak (Macam sama je muka mereka).
  2. Muka mereka seperti disengat tebuan / membenjol sedikit dibahagian cucuk.
  3. Botox akan merubah banyak bentuk muka.
  4. Contohnya bibir jadi tebal mungil. Boleh terbelah dua.
  5. Nak buat buah pipi
  6. Panjangkan dagu atau nak buat dagu terbelah.
  7. Hidung mancung dan membentuk kebawah .

Jom kita tengok apa bahan botox pula :

Botox atau Botulinum Toxin Gred A merupakan toksin (racun) dari bacteria Clostridium  Botulinum. Mulanya, botox digunakan untuk tujuan medik, seperti memperbaiki kelainan fungsi otot.. Dia juga memati saraf ..!! sebab tu muka kejur kaku.. Botox dulu dipakai oleh para doctor dan pakar saraf untuk membantu menyeimbangi wajah pesakit akibat kecelakaan atau sebagainya supaya kelihatan seimbang kembali.

Untuk gangguan saraf dan stroke – membantu pesakit lumpuh akibat luka otak, skelorosis, sakit tulang belakang. (botox menghalang signal saraf yang dihantar ke otak untuk otot berinteraksi)

Perhatian : Selepas 3 tahun keatas akibat botox atau filler

Harga suntikan tak sama..kalau cap ayam RM 200 je..Kalau yg pro buat sekali cucuk sampai 5 ribu bergantung pada muka banyak atau tak yang nak dibuat..Kalau orang berusia 50 tahun kedut banyak sampai RM 30ribu sekali buat Full semua cucuk.. Senyum dan dahi tak berkedut langsung ..Kejaur muka susah nak bercakap . Jadi kaku..Kedutan akan keluar semula selepas 8 ke 12 bulan saja..!!..

Jika muka  semua bersuntik full akan jadi macam ahli sihir yang menakutkan semua terlondeh . Botox atau filler membuatkan part tu jadi semakin berat sehingga menyebabkan terlondeh . Contohnya – kalau suntik pipi pipi akan londeh ..kalau dagu pula akan makin memanjang..Sebab tu ramai yang buang secara pembedahan.. Ok baca sampai habis ya ..Scrolllll….

FILLER ?

USA prosedur asthetic yang terbanyak selain daripada Botox ialah filler. Tujuan filler membesarkan payudara, punggung , membentuk batang hidung dan bibir, hilangkan kedut wajah ia terbahagi kepada 2 :

  • Kekal seperti collagen atau silicone
  • Tidak kekal seperti AHA dan calcium base dermal filler, Juverderm , Radiessedan Restylane . ( Filler tidak kekal akan bertahan selama 6 bulan ke 18 bulan maksima)

Perhatian : Mereka pandai promote..”ini kolagen lah bukan botox.. Tak bahaya kita mmg perlukan kolagen.. Ini direct mempertahan muka supa muka lambat tua“..

Sama juga suntikan vitamin c.. Jangan percaya boleh putih..!!..

Bahaya BOTOX & FILLER

  • Kesan Dermal Filler hyaluronic acid (kolagen protein) &

botox ( Botulinum toxin) : –

  • Kerosakan urat saraf yang serius / mematikan saraf
  • Melemahkan saraf otot yang disuntik
  • Menyebabkan stroke – gangguan saraf
  • Penglihatan kabur
  • Adakala berbekas parut pada wajah
  • Insomnia ( susah tidur )
  •  Depresi ( tekanan kemurungan )
  • Reaksi alergi seperti jangkitan, gatal – gatal, kemerahan, asma, pembengkakkan
  • Pengelupasan – muka jadi kering
  •  Kalau bukan pakar yang cucuk bahaya
  • (kulit lebih berkedut jika diambil pada kadar banyak )
  •  Risiko berlaku pendarahan dan jangkitan kuman, HIV dan Hepatitis
  • Jika jarum yang tidak di steril/bahan tercemar atau menggunakan jarum yang sama
  • Kerap buang air kecil ( saluran kencing menjadi lebihaktif ).
  •  Mengganggu cara bercakap, cara makan dan bernafas setelah melakukan suntikan botox atau filler pada wajah

Buang Filler / Silikon : 

  •           Kos lebih mahal dari kos masukan botox atau filler
  •           Kos nak membuang  anggaran lebih kurang RM10,000 – RM20,000 untuk sekali pembedahan
  •           Sangat rumit masa nak membuang tak terperi sakitnya.
  •           Berketul2 darah bergaul dengan silicon
  •           Ada kalanya hijau
  •           Masa pembedahan tu akan membengkak
  •           Ada kesan jahitan

 

 

 

 

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!