Bicara Bonda
-
Pengalaman Kenal Peminta Sedekah.
Lama saya tak up date blog sebab sibuk sangat urusan kerja luar pejabat. Rumah saya pula yang masih dalam renovasi surau banyak sangat masalahnya. Menduga betul kalau nak buat kerja baik ni macam2 halangan dan ganguan..!! Hari ni rindu pulak nak menaip utk blog. Saya selingkan juga untuk release kan otak. Sejak kebelakangan ni saya kerap ke event. Semasa perjalanan sebelum menuju tol KL bersebelahan dengan Sierramas pasti akan ada peminta sedekah berbangsa India. Saya perhatikan ada 3 orang mereka bergilir-2. Seorang lelaki tua, sorang lagi lelaki muda tangan cacat sebelah dan sorang wanita tua. Hari ni saya kongsi cerita ttg peminta sedekah dan kisah orang nak menipu ni saya…
-
“Zero To Hero”
Ceramah Anjuran MARA Trengganu Pada 19hb Ogos 2014. Dihadiri oleh : Warga Mara, Giat Mara dan lain2. Kehadiran dari 250 orang. Seawal jam 5.30 pagi saya ke Subang Air Port untuk ke Kuala Trengganu. Sampai disana saya disambut oleh Pegawai Mara Daerah Hulu Terengganu En Ab Halim dan Pegawai Mara Daerah Kuala Terengganu Puan Hafizah Zubaidah. Kami berbual ringkas tentang para jemputan dan banyak saya melihat peluang pinjaman yang diberikan oleh Mara dengan kadar interest yang sangat rendah.. Saya sebenarnya tidak pernah membuat sebarang pinjaman dengan Mara sejak awal saya memulakan perniagaan. Suasana tenang di Tasek Kenyir Resort & Spa mengundang mood harmoni romantik sekali.. ha ha memang itu tempat…
-
kongsi pengalaman kawan kerja wartawan..
Apa yang saya cerita ini sekadar renungan bersama pengalaman kawan saya yg berkerja sebagai wartawan hiburan dan berhenti kerja hanya kerana mahukan keberkatan rezeki kerana Allah SWT. Jika betul apa yang disampaikan kepada saya maka betullah apa yang saya sampaikan ni. Jika salah dia sampai maka salah juga lah apa saya tuliskan. Ia sekadar renungan kita bersama dalam mencari jalan yang Allah redhai. Saya rahsiakan nama kawan saya tu. Dia sebelum ini berkerja sebagai wartawan hiburan di Utusan Malaysia dibahagian media hiburan. Saya ingatkan dia seronok mengejar cerita dan bergaul dengan artis. Rupanya sebaliknya …Katanya dia sangat tertekan dan tidak seronok sama sekali dengan dunia penuh kepura2an , dengan sikap…
-
Pinang suami orang harga rm 1 juta…
CERITA HEBAT WANITA TERLEBIH KAYA .. Cerita ni buat saya betul2 suka dengar..ha ha sampai terkedu..!! Kisah seorang wanita paling kaya , dia tak terkenal ..Bukan berstatus Dato atau Tan Sri..Baju kahwin sahaja 1M Versace..Dia pinang suami orang bayar RM 1 M….Huuuuuuhhhhhhhh Kisah ni saya baru dapat tahu 3 bulan lepas dari kawan saya . Dia Make Up artis terkenal yang sering make upkan saya sebelum Yati pandai Make UP ( kami kawan sejak 2002 ). Kawan saya ni make upkan wanita kaya yang saya nak cerita kan tu (semasa hari perkahwinannya).. Wanita ni sudah lama solo ( janda ) . Dia suka kan suami orang , hensem , baik…
-
Tak jaga makan ..Perutlah sarang penyakit..
Islam tuntut kita memanjangkan siraturahim. Elok sangat lah dibulan baik ini amalan berziarah diamalkan. Minggu pertama orang beraya dikampung. Minggu kedua sampai akhir syawal rumah terbuka sana sini dikawasan bandar dan dipejabat2.. Adab makan dan berziarah sangat penting dibawa sekali. Maksudnya sewaktu makan berpada2. Dalam berseronok musibah datang “Pembunuh Dalam Senyap” (penyakit strok, gaot, jantung kencing manis) akibat suka2 makan. Orang muda zaman sekarang sudah banyak berpenyakit . Teringat zaman kecil2 saya dulu cara keluarga kami mengamalkan cara pemakanan yang salah sehingga mengundang penyakit dan kemudaratan yang berpanjangan.. JOm scroll lagi.. Harap jangan bosanlah apa yang saya tulis sebab dalam blog sy memang tak ada gossip.. Selepas membaca ini jangan…
-
Botox & Filler…
BOTOX BOTOX ATAU FILLER teknologi “kasi cantik dan kesannya pada si pemakai. Hari ni saya nak cerita pengalaman yang saya kutip dari kawan2.. Saya nak ambik gambar mereka tak nak kasi.. Mereka semua menyesal kesannya sangat hodoh lepas 5 tahun terutama semakin berusia… Botox ni mudah nak dapat dan ada banyak gred. Orang biasa2 je tanpa tauliah boleh tolong buat. Mereka datang kat rumah dan kebanyakan pelanggan nak budget rendah sebab tu pilih jalan ni dan terpengaruh dengan cara promosi.. (Botox disimpan dalam peti sejuk).. Golongan khunsa banyak buat juga botox2 ni.. Kesan cantik pakai botox seperti dibawah : Orang yang pakai botox macam lahir 1 mak 1 bapak (Macam…
-
Anak Buang Ibu Demi Hajat Dan Kesenangan..
IBU KORBAN APA SAJA … ANAK BUANG HAJAT DAN DIDIKAN IBU KERANA LEBIH PENTING KAN CITA-CITA SENDIRI DAN KESENANGANNYA . SANGAT SOMBONG LAGI DERHAKA..Ramai anak yang begitu..!! Orang sakitkan hati saya tahan . Bila anak sakitkan hati saya bukan sekali , sudah berkali2. Kemaafan tetap diberikan. Tangan ini melakukan segalanya untuk dia , JIKA TIADA IBU INI KAMU TAK NAMPAK DAN TAK DAPAT APA KAMU ADA HARI INI..!! Selagi disebut nama kamu anak. Sayang sebagai ibu hati akan semakin pedih..lebih baik melupakan yang saya pernah sayang dan membesarkannya . KECIL DIA ANAK KITA ..!! MENUMPANG DAN MEMBESAR DGN SAYA BILA BESAR DIA DAH JADI ORANG LAIN..( Biarlah dia..pergi jauh-2..Dah memang…
-
Orang Baran Tak Matang…
Matang ni sebenarnya tak perlu tunggu umur 40 pun… Lambat matang rugi pada saya ..!! Petua nak matang cepat ialah suka analisa.. Muhasabah diri dan berkawan kena cari orang boleh matangkan kita. Matang ni ada banyak sudut ..Luas definasinya… Baran ni semua orang ada sifat ni dan biasanya dikaitkan dengan kaum lelaki . Maaf saya minta pada kaum lelaki yang baca blog saya ni… Bukan semua lelaki baran dan saya menasihatkan kalau boleh elakkan berkahwin dengan lelaki baran. Sebelum kawin mereka sorok baran dan tak keluar semua sikap buruk ni.. Tunggulah lepas nikah memang jadi ahli gusti mereka ni.. Saya dah rasa kena tumbuk dan lempang dimuka (sakit rahang dagu…
-
Umur Tak Tunggu Kita – PART 3
Didunia kamu boleh lari kesana kemari. Ada duit kamu raja boleh beli semua sebab tu duit yang kamu kejar…!! Kalau 40 tahun tak sedar juga susah lah kamu nanti sebab dah tak lama lagi masa untuk kamu balik. Sekarang kamu tak rasa apa sebab didunia lagi kan. Kamu mati nanti tak akan patah balik lagi.. Semua terjawab dengan apa kamu dah buat didunia ni dan DIPERSOALKAN APA KAMU DAH GUNA HAK ALLAH..DAN JAWABLAH KAMU ROZITA..Kamu mati hari pertama paling maksima ke10 hari je orang sedekahkan ayat quran . Lepas tu dah tak dah. Kamu nak persembahkan apa dengan TUHAN KAMU JIKA KAMU SORANG2 NANTI..?? Ini yang saya tanam pada fikiran…
-
Umur Tak Tunggu Kita – PART 2
Melihat orang berusia 40 tahun, saya sering terfikir sejenak. Belum pernah saya membincangkannya dengan sesiapa pun sebelum ini. Maaf kalau terlajak bahasa ya.. Nak menyakitkan hati orang mudah sangat.. Nak membahagia kan semua orang belum tentu saya boleh buat …!! Hakikatnya nak jadi baik ni lebih susah dari nak jadi kaya. Itulah yang saya rasakan. Saya pernah cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pada umur ini barulah fikir tentang masa depan…!! aiiikkk apa lah barat pulak dijadikan sandaran.. Adoiii susah lah nak sedarkan orang..( Dalam hati memang lah susah.. Anak saya sediri pun saya tak mampu didik…























