• Jejak Bonda

    Lampu kristal…

    Lampu Kristal ini diletakan ditengah-tengah meja dan diapit oleh bekas lilin kaca .Lilin kaca di kelilingi dengan rumput menaimbulkan seni Kristal terutama waktu pagi dan bila lampu dibuka.Saya banyak meletakan gambar-gambar anak-anak dan kenangan indah mereka dibesarkan oleh saya.Kenangan susah senang membesarkan anak-anak saya abadikan disetiap sudut. Bagi saya gambar lama sangat mahal harganya keraan hanya itu memory yang dapat diabadikan dan dilihat dengan mata..

  • Jejak Bonda

    Frame kecil di meja konsul kecil..

    Saya hiasi atas meja kecil ini sebagai deko untuk menuruni tangga .Gambar kenangan saya dan anak-anak semasa mereka masih kecil.Saya beli barang-barang sedikit demi sedikit dan sesuaikan dengan keperluan kawasan perabut. Lilin dalam sangkar ini menjadi penyeri utama. Hiasan bunga ros warna lembut menaikan seri pada meja kecil ini. Saya beli semuanya dengan harga yang murah

  • Jejak Bonda

    Jambangan bunga merah..

    Saya memberikan hadiah kepada semua stokis. Gubahan sendiri semasa hari raya ( 2013 ) .Peluang ini saya rakamkan kenangan untuk diri sendiri.Saya letakan gubahan ini disofa ditingkat atas rumah.Kos yang sangat murah.. JIka beli gubahan begini dalam RM 700.Saya buat tak sampai RM 160.00.Yang mahal bunga merah sahaja setangkai RM 7.50.. yang lain setangkai RM3.50.Kombinasi bunga ros kecil warna peach, orkid berwarna kuning dan bunga-bunga halus yang lain.. Rumah tak kan berseri tanpa hiasan remeh seperti gubahan bunga frame pasu. Seni itu halus dan indahyang membezakan setiap sudut.

  • Jejak Bonda

    Almari kecil Thailand

    Saya suka sangat dengan perhiasan kayu yang antic.Ini saya beli di Thailand dengan harga RM 200.Saya meletakan semua barang – barang kecil seperti cincin, kerongsang dan krim muka. Rak kayu bertingkat ini sangat indah jika kena gaya susunannya. Rak ini kemas dan memudahkan kerja merapikan kawasan cermin ini.Ia merupakan meja konsul dan saya letakan kaki lilin dan saya hiasi kaki lilin ini dengan bunga dan batu Kristal berjuntai. Frame gambar nikah berwarna putih menaikan sedikit mood kenangan bagi kami.Susah nak mengekalkan perkahwinan.Sejarah dan pengorbanan emosi boleh menjayakan misi perkahwinan. Sabar dalam mematangkan cara pemikiran pasangan dan kehadiran anak-anak mampu menguatkan perhubungan.Semoga anda yang membaca blog saya berbahagia lah hendaknya ye..Pengalaman…

  • Jejak Bonda

    Pasu Biru dari Turki

    Saya menghias pasu – pasu kecil ini dekat dengan tempat menonton TV. Saya juga meletakan frame kecil gambar anak-anak perempuan saya yang belum berkahwin dengan harapan mereka melihat pembesaran diri mereka dan menghargai kenangan bersama saya ibunya..!! Kata pemandu pelancong pasu dari Turki ini merupakan symbol seni mewah disana selain dari karpetnya. Saya menyusunnya sebelah kanan TV.  Saya cakap dengan anak saya “Satu hari kalau Ami dah mati nanti banyak kenangan dan hasil seni Ami dekat rumah ni”.. Semasa lawatan ke Turki, kami melawat seni tembikar disana.Mereka membawa kami kesudut tembikar paling mewah. Ditutupnya lampu dan pasu itu bercahaya.Pasu ini agak besar saiznya lebih kurang 1 ½ kaki lebar dan…

  • Jejak Bonda

    Krabi laut yang cantik…

    Asalkan ada kekosongan waktu dan sedikit budget kewangan melancong bersama family merupakan aktiviti saya dengan seluruh family saya. Beberapa perkara positif ingin saya kongsikan melalui pengalaman ttg melancong.Meskipun belanja agal mahal namun nikmat perasaan dan memory amat berbaloi bagi saya. Orang niaga ni penatnya otak berkerja kerana tak mengira waktu. Melancong dapat menawar hati yang sakit upah kepada kami yang bekerja. Nilai dari melancong antaranya saya dapati ialah : 1. Banyak idea baru dan minda lebih luas 2. Melapangkan fikiran dan caj positif cara berfikir 3. Badan lebih sihat dan wujudkan mood ceria 4. Menikmati kehidupan semasa sihat 5. Lebih rasa syukur dengan rezeki& kehidupan sekarang 6. Melihat kebesaran Allah…

  • Jejak Bonda

    Setiap bilik ada nama..

    Saya sangat suka seni hiasan atau dekorasi. Disini saya berkongsi sekadar untuk kerja seni. Saya akan elakan menulis tentang kemewahan. Saya sendiri tidak percaya dengan hati sendiri maka sering saya berdoa agar Allah bersihkan hati saya dan melindungi dari sifat riak atau takbur. Cenderahati dan mengabadikan kenangan setiap barang ada cerita disebalik travelog saya. Begitu juga dengan deko di setiap bilik dirumah saya susun seperti resort percutian. Saya meletakan nama setiap bilik sehingga anak saya melabelkan ini bilik ami dan atas bilik dady..!! Ini ialah bilik tetamu ditingkat bawah atas nama saya Rozita Ibrahim. Saya hanya mengunakan bilik ini semasa sarat mengandung dan berpantang sahaja. Saya meletakan gambar kenangan suami…

  • Jejak Bonda

    Ukiran batu dan pasu…

    Bila masuk kedalam rumah , mata akan terus melantun memandang ukiran batu yang sangat tinggi ini. Disitu saya letakkan satu meja konsul dan hiasan lainnya.Saya cat batu ini dengan warna hitam dan gold das menjadikan ukiran batu ini menjadi timbul. Saya kontrakan dengan wall paper silver Saya meletakan satu pasu besar hadiah dari anak saya. Frame gambar hari pernikahan kami berbaju putih menjadikan suasana deko jadi sangat damai mata memandang. Bila melihat gambar kami bernikah dulu masih segak lagi. Sekarang terasa sangat tuanya kami . Dulu segak mantap, sekarang semua beruban..ha ha ha.. Doa saya agar kami tua dalam keadaan sihat.. Dan  Allah redha dan ampuni semua dosa-dosa.. Kami mengharap…

  • Jejak Bonda

    Ramai ingat pokok betul…

    Spesis mengkuang ni memang susah nak dapat.. Macam pokok betul..!! Pasu besar setinggi 4 kaki berasal dari Bali. Pokok mengkuang ini setinggi 12 kaki.  Sangat besar dan lebar, saya hias di sudut ruang tetamu utama..Langsir putih dan kayu pemisah berukir menjadikan sudut ini lebih unik dan seni, mencuri perhatian tetamu.. Saya sumbatkan kertas surat khabar yang diramas saiz sebesar penumbuk untuk membuat tapak letak pasu mengkuang . Hampir 30 kilo surat khabar ada dalam tu..!! Atasnya saya tutup dengan akar tiruan supaya surat khabar tak nampak… Ramai yang ingat pokok betul dan nak minta anaknya jika ada nanti..Saya jawab “ tunggu lagi 20 tahun pun tak beranak “..he he he…

  • Jejak Bonda

    Sarung bantal sulaman india

    Saya suka sangat dengan sulaman pada bantal ini ..Ia sangat cantik dan bercahaya dibawah samar lampu. Saya beli di Hilton Mekah pada tahun 2007 dengan harga RM 120.00 sepasang. Masa tu saya beli 2 pasang. Saya meletakan dikerusi rotan bulat diruang menonton TV.. Saya harap dengan kasar sulaman manik2 itu akan membuatkan anak-2 saya tidak mengunakan sebagai bantal untuk tidur..

error: Content is protected !!