Jejak Bonda

Pasu Biru dari Turki

Saya menghias pasu – pasu kecil ini dekat dengan tempat menonton TV. Saya juga meletakan frame kecil gambar anak-anak perempuan saya yang belum berkahwin dengan harapan mereka melihat pembesaran diri mereka dan menghargai kenangan bersama saya ibunya..!! Kata pemandu pelancong pasu dari Turki ini merupakan symbol seni mewah disana selain dari karpetnya. Saya menyusunnya sebelah kanan TV.  Saya cakap dengan anak saya “Satu hari kalau Ami dah mati nanti banyak kenangan dan hasil seni Ami dekat rumah ni”..

Pasu Turki bercahaya waktu malam

Semasa lawatan ke Turki, kami melawat seni tembikar disana.Mereka membawa kami kesudut tembikar paling mewah. Ditutupnya lampu dan pasu itu bercahaya.Pasu ini agak besar saiznya lebih kurang 1 ½ kaki lebar dan 2 ½ kaki tinggi. Saya sekadar suka melihat tetapi saya malas nak turun kerana tak mahu terpengaruh untuk membelinya kerana harganya mahal. Tiba-tiba suami saya bertanya dan bersungguh-sungguh naik ke bas “ Cantik lah..awak nak tak ..jom pilih turun..??  ..Jawab saya “ Malas lah duit tak ada , budget untuk makan je ada ni “ ..bersungguh-sungguh dia mempelawa ” Jom turun tengok suka tak ..saya belanja “ Suami jarang suka kepada hiasan rumah dan saya rasa dia bermimpi agaknya..!! atau mungkin dia nak simpan dan hadiahkan sebagai kenangan untuk saya.. dan bila dia menunjukan bil dan kurier akan hantar sampai depan pintu, perasaan sungguh gembira. Alangkah seronoknya hati jika suami turut suka menghias rumah.

 

Berbeza dengan suami Yati , hebat dan saya sangat suka sikap suami Yati. Dia yang menghias semua taman , langsir , sofa, dapur keseluruhan rumah. Suaminya yang sibuk membeli perhiasan rumah dan memaksa untuk membeli . Bukanya Yati…terbalik kan.??

10365746_526043070852440_4467372679095281805_n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!