-
Lampu hiasan bunga ros..
Ini ialah sudut tempat letak kunci. Saya meletakan 2 frame yang kontra warnanya. Ditengah-tengah deko ini ada kotak yang direka khas untuk meletakkan kunci spare serta gantungan tepat letak kunci. Saya hias dengan basic berlatar belakang batu kecil berwarna hitam. Jika dilihat seakan-akan dalam frame. Lampu hiasan berbentuk bunga ros diletakan di atas siling berbentuk bulat dan bahagian tepi memanjang sangat cantik dipandang meskipun lampu tidak dinyalakan.
-
Gubahan bunga dibilik tidur utama..
Cara saya mencipta apa saja idea tentang bisnes atau deko ialah dari ilham semasa saya tenang. Selalunya waktu sunyi dan saya akan memerhatikan sekeliling. Waktu itu saya mulakan mengerakan otak untuk berfikir kenapa dan mengapa..!! Secara ringkas saya mulakan research dalam beberapa hari atau mengikut bulan. Untuk deko saya mencari idea semasa travel iaitu melihat gubahan bunga di hotel, kedai-kedai bunga yang eksklusif ( saya akan ambil gambar untuk meniru ) atau sedang menonton tv saya akan perhatikan sudut deko atau prop. Bila saya ada kelapangan sayaakanmengilhamkan sesuatu untuk jadikan milik saya dan kali ini saya berkongsi ilham deko bunga untuk hiasan bilik tidur utama dirumah saya. Saya cuba menghidupkan…
-
Cerita dari pengalaman umrah…
Alhamdullilah setiap tahun saya diberi rezeki menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan umrah. Pada hari ini 25hb Jun 2014 saya bermusafir untuk mengerjakan umrah lagi. Insyaallah saya menyambut puasa disana dan balik pada 7hb Julai 2014. Sebenarnya banyak pengalaman menarik kisah umrah sejak saya ke sana yang boleh saya kongsikan. Tetapi saya tahu bukan semua orang suka membaca kisah tauladan terutamanya tentang agama. Maka saya membuat kesimpulan bersederhana dalam semua penulisan saya. Sebelum saya meneruskan cerita saya pada hari ini saya minta di maafkan segala kesalahan saya dalam penulisan terutamanya kata-kata yang kasar dan tidak elok melalui FB atau Blog yang menyakiti hati anda semua atau apa saja kelemahan saya dan…
-
Deko hiasan dapur kering..
Saya memilih ciri hutan dan tradisonal. Saya meletakan frame lukisan bunga orkid yang saya beli dari bali, dari pelukis terkenal. Saya suka sangat dengan lukisan ini. Gubahan bunga warna putih dan purple adalah kombinasi terbaik yang sesuai dengan lukisan dan bakul 4 segi dari kerja tangan buluh. Saya tempatkan semua suplemen dan ubat-ubatan didalam bekas ini untuk ahli keluarga saya. Mudah mencari ubat sangat kemas dan pasti ramai yang tidak menyangka ia bekas suplemen. Saya tambah di bakul ini dengan hiasan bunga dan Kristal sehingga pembantu rumah dan suami saya ada berkata“ Ami tak reti duduk diam, ada je kerja yang nak dibuatnya”.
-
Orkid raja hutan
Gubahan ini sangat tinggi hampir sampai ke atas siling rumah. Kosnya sangat mahal kerana bahannya banyak dan mahal. Sudah 10 tahun bunga ini.Gubahan ini berada di sudut dapur dan saya bercadang untuk menukarnya mungkin lagi 2 tahun, kerana bunganya sudah nampak kelam.Saya boleh mencucinya dengan mencabut semua gubahan dan merendam dengan sabun selama 2 jam d an menjemur sehingga kering dan mengubah semula yang mengambil masa 3 ke 4 jam. Susah nak menjaga gubahan ini kerana warna orkid berwarna krim. Jjika pembantu rumah saya lap , memang rosak gubahan tu dan saya tidak mahu membuat gubahan seperti ini lagi , berkemungkinan saya biarkan kosong sahaja..!!
-
Bunga hutan pilihan saya..
Pasu ini berasal dari Vietnam.Gubahan ini agak mahal harganya kerana kualitinya.Setangkai bunga berharga RM 40 dan daun sehelai berharga RM 7.Ada bunga kantan, jantung pisang, daun pakis dan batang tebu.. Gubahan ini setinggi 10 kaki menghiasi bilik computer untuk saya berkerja dirumah.Gubahan ini antara yang palingsaya suka kerana sangat unik.Saya baru membuatnya pada tahun 2013 sebelum hari raya. Tahun ini rumah saya masih ada sedikit renovasi maka tiada focus gubahan bunga untuk menyambut lebaran tahun ini.
-
Hiasan pura dari bali..
Pagi terasa indah melewati dekorasi balkoni rumah saya ditingkat atas. Deko ini merupakan lampu yang sering diletakan didepan rumah orang-orang Bali. Bentuknya lebih kurang seperti Pura tempat sembahyang orang Bali untuk menghantar sesembahan kepada tuhan mereka. Ia diperbuat dari kayu, kaca dan atapnya pula dari rumput keras yang tidak reput dek cuaca. Saya meletakannya di atas balcony berhadapan dengan infra red sauna. Setiap kali saya bersauna mata saya akan melihat pemandangan indah kabus putis dan bukit bukau. Pura dan deko ini menambahkan lagi rasa tenang mata saya yang suka kepada keindahan alam. Jelas kelihatan belak belok bumbung-2 rumah saya yang bertingkat-2 dapat dilihat dari pandangan atas. Jika melihat pandangan jauh…
-
Deko putih merah ada makna.
Deko bunga yang saya tulis ini ialah kawasan ruang tamu bahagian atas dirumah saya.Hanya saya saja faham maksudnya sudut deko ini.. SEMUA MENGENAI KISAH PERKAHWINAN SAYA DENGAN SUAMI SAYA sekarang..Konsul meja ini letaknya dalam posisi suram.Diapit bilik anak-anak sebelah menyebelah kiri kanan menjadikan lebih kesuraman. Siling kayu rumah yang tinggi memberikan mood kampung dan sunyi. Deko putih menaikan suasana cerah dan nampak berseri. Ruang ini dihias begitu kerana bertentangan dengan bilik tidur utama . Setiap kali menjengah masuk ketingkat atas konsul ini merupakan tarikan mata yang paling utama. Lukisan yang diletakan pada dinding sangat jelas melambangkan salju, sunyi dan sedih. Ia melambangkan jiwa wanita yang bersih , sunyi dan selalu…
-
Bunga sikit je..buluh lebih..
Ha ini namanya dah kering idea..!! Simple saja kan gubahan ni.. Gubahan ini di bilik anak remaja saya Nur Azizah berusia 17 tahun.. Saya berhajat akan merubah deko bilik ni..tapi duit tak mengizinkan lagi kerana ekonomi sekarang..!! Tunggu ada rezeki saya sambung lagi ubah suai perabut . Saya akan membeli di Indonesia untuk pilihan perabut saya akan datang dan saya memlih ukiran modern. Yang lama saya nak jual murah-murah perabut ni.. Masih elok lagi..!! Siapa berminat boleh cari saya atau call assistant saya..019 3307133 Ira.. Frame kecil kenangan dia zaman kanak-kanak.. Anak perempuan saya ni tak pandai nak menghias rumah dan masak..!! Bilik anak remaja perempuan ini diatas katilnya…
-
Gubahan ros merah putih..
Saya memang suka bunga ros. 2 kombinasi warna ini menimbulkan suasana romantik. Kawasan ini sangat gelap dan saya meletakan gubahan ini dibawah lukisan bunga teratai putih.Daun dan bunga lalang serta daun keladi menyempurnakan kepuasan saya mengubah bunga.