Jejak Bonda

Perkongsian bekalan Pn Rozita dan pengalamannya. Wanita elok baca ni..

Umrah sy perhatikan ikut musim. Kalau masa musim cuti sekolah negara arab, maka jemaahnya dipenuhi dgn org arab.. Begitu juga kalau musim cuti sekolah negara kita banyak sgt org Msia yg bawa anak2 umrah.

Tapi jemaah asia paling ramai. Pastinya dari Malaysia lah paling ramai. Lebih2 lagi kalau musim cuti sekolah. Hari ni sabtu 31hb Jan 2015.. Hari ke 2 sy di Madinah Al Munawarrah.. Sy tulis dan ambik point masa dalam bas utk pengisian blog sy ni..

Sepanjang sy disini sy mendoakan kebaikan dan hajat kawan2 di FB yg komen kat fb sy tu… Juga kawan2 terdekat. (doakan org pun sedekah juga).. Perkongsian travelog umrah sy ni mungkin boleh membantu anda..

Sy rasa elok sy berkongsi sedikit pengalaman sy disini.. Mana tahu  mungkin tulisan sy ni boleh dijadikan panduan pd anda semua mungkin ada yg nak ke mari.

Menjadi tetamu Allah paling best feelingnya… Syahdu dan tenang bila masuk masjid.. Aduh hai… lebih2 lagi sekarang ni imamnya baru kat masjidil haram.. Sedapnya suara imam ni masa mengimamkan tu… Lebih sedap dan merdunya dari pada Siti nyayi atau segala penyanyi yg ada kat dunia ni..!!  Ada 4 iman kat masjid haram (2 imam muda tu yg paling sedap.. Yg lama dah tua ada 2 org)..

Dalam masjid nabawi.. Jemaah Wanita
Dalam masjid nabawi.. Jemaah Wanita

Sy ada kenalan yg lama duk sini, dia bercerita bagi info kat sy.  Antaranya sy nak tau pasal ekonomi dan budaya arab.. Ha paling mengejutkan sy gaji Polis askar , cikgu ialah 12 ke 15 ribu sebulan..  Ini mmg betul sbb sy pernah tanya sendiri dgn mereka yg boleh bercakap bahasa eng masa bersolat..

Patutlah mereka ni ramai kat Malaysia.. Asal bercuti atau Ramadan akan pergi ke Malysia melancong.. Kita pula sibuk ke mari buat umrah.. (perkara ni Rasulullah SAW ada sebut.. Akhirnya zaman nanti org luar ke mari.. Org arab keluar)

Banyak juga perkara yg sy tau ttg undang2  kemalangan,  bagaimana mereka jalankan hudud.. Kisah raja disini yg x suka kepada sejarah para nabi semua nak dirobohkannya.. Wahabi dan katanya gaji imam masjid sy dengar rm 400 ribu sebulan..

Seterusnya..

blog 8Perasaan sy dalam diam2 ×pernah lepas dari rasa insaf, terutama masa kesesakan masuk raudah, tawaf, nak masuk pintu mesjid . Masa bersesak2 tu ada yg terpijak, menjerit,  bertumbuk, memaki hamun sbb nak ruang utk solat dn berdoa.. (kalau seterusnya lepas balik umrah berebut2 solat macam kat sini kan bagus)..

Hakikatnya ramai yg x praktikkan kehidupan umrah atau haji selama di tanah suci bila dah balik ke Malaysia.. (termasuk lah sy sendiri ni pun).. Sbb kaabah jauh ke..?? Ingat dalam hati ALLAH X JAUH DARI KITA.. Semua detik hidup ni kita berhutang dgn Allah dn dipersoalkan nanti…

Rugi sangatlah perjalanan ibadah tu sebenarnya utk tarbiah supaya hijrah diri.. Mudahan kita menjadi lebih baik dlm urusan sebagai hambanya yg wajib kita jalankan kepada hak Allah yg menciptakan kita dan isi dunianya.. Kita perlukan penghayatan dan kena terus praktikkan..!!

Kesusahan akhirat dan neraka jahanam x setara susah nya hidup kat dunia.. Suhu kepanasan yg teramat sangat anggaran sampai 45c masa bulan Ramadan tu (belum panas masa akhirat lagi kan agaknya dahsyat lagi kan).. Bagaimanalah sengasaranya nanti di negara akhirat yg xda jalan balik ke dunia dah.  Masa tu KITA AKAN DISERAP ke negera NERAKA ATAU SYURGA.. (Ya Allah aku berlindung dari azab api neraka mu meskipun aku x layak pun nak minta syurga mu)

Persiapan sy umrah..

Sy kalau umrah sy akan bawa losyen badan supaya badan x kering.. Perubahan cuaca ni menyebabkan badan kering dan gatal sekali.. Asyik bergaru x selesa beribadat.. Pedih dn boleh luka.. Lepas mandi terus sapu losyen. Air disini ialah air laut yg bertapis menyebabkan lepas mandi badan x selesa. Mandi sehari sekali shaja.. Jangan lebih..!!

Sy akan bawa ubatan dari Malaysia macam panadol, gaviscon, suplemen (sy makan sgt banyak suplement ST dan jenama lain ada juga. Herba dan vitamin tp bukan produk Msia) yg biasa sy makan wajib sy bawa sekali..

shark-cartilage cordyceps-2 - CopyKalau ST yg bagus utk umrah makan spirulina, gingko masa umrah.. Kaki x kejang.. Badan kuat nak ibadah, kulit lembab anti body lebih tahan.. Kalau org tua uzur makan Cordyceps dan Shark Cartilage. Bagus rawat sendi org tua2 dan sangat melegakan seeloknya makan sebulan sebelum pergi utk org tua2..

Pinky-Roses-Lipblam SevenSeasAromatherapyOil_wbSeven Sea Aroma Therapy (jrm)  bagus sgt kalau selesema. Batuk, angin, migrin, kembang perut dan pinky roses lipstik supaya bibir x kering.. Ubatan kat sini mahal 3 kali ganda harganya dari Malaysia.

Biskut kering atau apa2 saja makanan kering elok bawa dalam 3 ke 4 pek.. Bawa bekas kedap udara Sekurang2nya 1, buat isi biskut.. Flusk air panas bawa sekali utk memudahkan kita dlm bilik nak buat air.. Kalau pakej murah mereka x sediakan kettle nak masak air..

Kat sini harga biskut yg RM4 kat negara kita akan jadi 15riyal.. Sgt2 mahal.. Kalau boleh jimat sy pasti akan bawa bekal dari Msia… Sini makanan pagi, tengahri , dan malam mudah nak dapat, semuanya percuma biasanya masakan  Indonesialah termasuk macam gula teh susu kopi, jus.. Cuma yg sy sampaikan tadi kat atas tu macam biskut, ubat2 je kena bawa dari Malaysia..

Sebelum ni sy pergi umrah pernah sy makan pil bagi tahan supaya haid x datang.. Caranya kena makan sebulan sebelum umrah. Tujuan supaya boleh buat full ibadah sepanjang ditanah suci.. Sayangnya tetap x menjadi..!!  Tetap bocor juga.

Sy benar2 seronok nak berkongsi kali ni dgn pembaca blog sy ttg pil yg boleh stop period..!! Sy jumpa kat sini.. Umrah kali ni sy x makan ubat apa 2 utk tahan haid sbb bukan masanya sy haid.. Sy begitu yakin sbb datenya sy dh kira…

Tapi Allah duga sy, elok je dekat KLIA sy dan besan keluar haid dan keluar sampai lah semalaman kami di madinah.(Total kami 2 hari dlm haid..) Cemas sekali kerana sy biasanya kalau haid dalam 12 hari..!!  Kami berdoa supaya kami dapat juga beribadah dan akan ikhtiar apa cara pun supaya x sia2 datang ke mari… (dlm hati habis lah sy ni x boleh buat langsung ni)..

Esoknya sy keluar ke farmasi tanya ada x ubat boleh stopkan haid.. Katanya proven berkesan… Sy x percaya mulanya sbb sebelum ni pernah berlaku macam ni dan x stop pun haidnya..

10968133_666074936849252_1586994950_nSubahallah mmg berkesan  haid terus berhenti (kami 2 hari haid) Besan sy pun sama juga boleh solat lepas makan pil ni. (ALLAH IZIN).. Kalau anda berminat dgn ubat ni nak pergi umrah boleh sy belikan disini.. RM 40…Pm kat su 013 774 7133.. Cara makan 2 biji sekali makan.. Sehari 3 kali. (Timing mesti sama).. Kalau nak boleh order sekarang sebelum sy balik pada 7hb Feb sabtu ni..

Bukan tu saja ubatan sy beli.. Sy sebelum ke mari mmg x sihat sakit tekak dalm seminggu.. Saya diberikan gula2 hisap dan ubat.. Mahalnya ya Ampun.. 160riyal..!!..Ya hasilnya, Alhamdullilah sihat sy x sakit tekak dah..

Masjid Quba
Masjid Quba

Masa umrah di Madinah rugi x buat lawatan terutamanya di Masjid Quba.. Perkongsian lawatan ke Masjid Quba.. Masjid Quba ni masjid pertama Rasulullah SAW bina.. Lawatan ni di mulakan berwuduk dari hotel dan ganjarannya umpama pahalanya sama mengerjakan 1 umrah..

Sejarah : Ketibaan Rasullulah SAW disambut dgn rasa seronok dn bahagia sekali oleh ratusan ribu sahabat.. Rasulullah Saw disambut dgn nasyid talo’al Badrul A’laina.. Rasulullah membangun masjid yg pertama ni diperkampungan yg bernama Quba dgn mengangkat batu yg berat.. Janji Allah barang siapa yg mendirikan masjid kerana Allah, maka Allah akan siap kan rumahya di syurga..

Tazkirah didalam bas yg sy kongsikan..

Assallamualaikum dan menjawab nya Waalaikumusalam itu terdapat keberkatan dan doa didalamnya. Dengan salam kita mengwujudkan rasa hormat dn kasih sayang..

Hargai lah persahabatan dan jangan sia2kan kasih sayang orang lain pd kita. Kita semua memerlukan kasih sayang Allah.. Rugi hidup x mencari redha kerana dengan kasih sayangnya semua akan menjadi mudah.. Utk menjalani hidup, mati dan kesusahan akhirat dilalui umpama sepantas kilat..

Sesiapa yg bertawaduk dan merendah diri itu mendapat kasih sayang Allah.. Persahabatan amat perlu dijaga ia boleh memberikan shafaat diakhirat nanti..

Kurma di jual di tepi masjid Quba
Kurma di jual di tepi masjid Quba

Pasar kurma menjadi tumpuan semua jemaah dn bas akan berhenti semua kemari sambil melihat ladang kurma..Kebanyakan mencari kurma Ajwa (kurma nabi) .Harga lebih mahal dn boleh buat ubat.. Sy amat suka makan kurma Sukari.. Lebih rangup dan lembut sy x kan beli kurma selain Ajwa dan Sukari..

Sebenarnya sy x elok berkongsi part ni.. Jangan beli dipasar kurma.. Harga mahal tapi kurmanya fresh lah.. Sy bagi sekadar pendapat sy saja.. Disana bukan lebih murah tapi lebih mahal harganya. Bagi sy cekik darah Kacang , coklat, kurma semuanya mahal dari kedai kurma di bandar Madinah dekat mesjid banyak jual..

Sy lebih suka beli di kedai di Madinah. Kurma pilihan sy Sukari.. Harga sukari di pasar kurma 35riyal.. Sy beli di kedai Madinah baru 20 riyal.. Coklat di kedai Madinah baru 20 riyal.. Pasar kurma jual coklat tu 35riyal.. Apa pun sape yg beli di Pasar Kurma anggap dan niat je kita sumbang kat ekonomi sini..

Bagi anda yg ada roaming jgn on mobile data..Sy on bila perlu saja selama 2 hari.. Itu pun bil internet sy mencecah 1k dan kena blok.. So kalau nak jimat utk mengunakan internet beli kat sini khas internet sj 2 gig baru rm 70..

Ini sj dulu tulisan perkongsian sy dari tanah suci Makkah..

22 Comments

  • faridah

    Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian puan itu. Semoga dapatsaya jadikan panduan bila di tanah suci nanti. Hanya Allah dapat membalas budi baik puan. Semoga puan dikurniakan umrah yg mabrur..aamiin

  • lina

    Salam puan tlg doakan sy agar dpt p jd tetamu Allah sy plan thn ni.Allah dah bagi duit tmbg cuma msalahnya umur sy bwh 45thn kena p dgn muhrim.

  • SZI

    Assalamualaikum Puan. Alhamdulillah. Terima kasih banyak2 atas perkongsian. Semoga Puan beroleh kesejahteraan, rezeki sentiasa mengalir dan selamat menjejakkan kaki ke tanah air kembali. Allahu Rabbi.

  • bahtera kasih

    Smga Allah sntiasa pmudahkn urusn akak Ita sekeluarga di sana n semoga Allah selamatkn urusan pjalanan pulang nnti..amin…

  • Norliah Abd Rahman

    Elok sangat Puan bekongsi ilmu spt yg Puan laluai sendiri semasa menjalani ibadah umrah..Jadi panduan serba sedikit untuk mereka2 yg ingin kesana nanti..Pandangan peribadi saya yg pernah ke sana juga setuju dan sependapat dgn pandangan yg Puan coretkan..mudah2an ianya blh d jadikan ilmu kpd mereka2 yg dh membaca perkongsian ini…

  • Norliza bt. Ibrahim

    Salam. Puan Rozita. Saya masih menyimpan kenangan puan call saya dari mekah masa puan pertama kali buat haji..rasa sgt2 dihargai apabila puan kata teringat kan saya.hadiah majmu’ shariff juga masih digunakan. Alhamdulillah.
    Semoga puan sentiasa dlm rahmat Allah.

    • jamuratu malaya

      Norliza:

      Assallamualaikum. .Subahallah ..semoga Allah memberkati puan..syukur puan ingat sy ..Puan sihatvsihat ke..anak ada berapa org dah..Sy dah tua ninbak slow2 je kerja..xnnak kejar dunia sgt..letih melayannya..umur makin sikit

      • NORLIZA BT. IBRAHIM

        Assalamualaikum…mana mungkin saya lupakan puan. Ada cerita yg puan kongsikan tetap dlm ingatan. Sebelum blog ni wujud, ada cerita yg puan sudah kongsi dgn saya. Apatah lagi kebaikan encik Saiful(suami puan) membawa saya berjumpa puan tanpa sekatan seolah-olah berada atas red carpet. tapi puan masa tu sgt strict. Hahaha. jujurnya skrg puan dah friendly sikit…

  • intan zura

    Alhamdulillah..seronok bc bicara puan dlm blog ni…terasa teringin sgt nk jejak kaki ke sana….insyaallah moga Allah permudahkan niat saya….

  • rizz

    terima kasih puan atas info yg diberi..klu ada tips lg tulis lah ye…semoga puan sekeluarga berada dlm keadaan yg sihat dah sejahtera…semoga segalanye dipermudahkan…aamiin…

  • nona norzana

    Allahhuakhbar.. semoga allah memanggil nama sya puan. Doakn juga sya menjejakn kaki ke sna. Seronoknya bila membaca blog puan. Seakan sya ada bersma.sesunguhnya amat bermakna sekali nasihat dn pndgan puan. Semoga allah memanggil nama sya . In shaa allah..

    • jamuratu malaya

      Nona…Amen Amen niat baikntu Allah akan buka jalan tanpa kita sangka. .Yakin lah..jika dikenang2 sy ni usahkan umrah..nak ke langkawi pun x mampu. .kerja Allah dn ihsannya bawa kita dgn rezekinya

  • ilasaleh

    puannnnnn, saya ke mekah dgn anak saya pada 31/12/14.. 1hb tiba di madinah.. tak pula jumpa puan… hihi.. ramai orangkan?..kalau terserempak itu rezeki.. saya ke mekah juga utk bayar nazar..”kalau anak saya yang sakit jantung sejak dalam perut nie bertahan hingga setahun..saya akan bawa ke mekah & madinah..” alhamdulilah.. dapat juga saya tunaikan nazar dengan izin allah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!