Jejak Bonda

Sesi Perkongsian Anjuran PEWANI (UiTM Perak).

 

10714625_593951974061549_249844216_nJumaat 26hb Sept 2014, Seawal pagi sy keluar rumah bergerak dgn team event JRM menuju ke Uitm Sri Iskandar Perak.. Penat sebenarnya pergi event dan travel jauh.. Siapa yang pernah buat event tahu lah rasanya..!!

25hb Sept saya di Trengganu,  Masa pergi ke Trengganu saya bangun jam 4.30am utk bersiap dan  terus  ke Airport Subang jam 6.am .. Jam 8.00am sampai di Airport Sultan Mahmud.. Jam 10.00am Sampai di Lokasi Mara..

Petang nya saya terus balik  dan sampai rumah jam 8.30 malam.. Esok sama juga jam  6.00am bersiap dan jam 8.30 bergerak ke distinasi UiTM Perak kali ini menaiki kereta dengan staff JRM.

Banyak pengalaman baru sy dapat bila kerap ke event dgn staf . Dalam perjalanan sempat sy muatkan motivasi pada mereka yg sy anggap macam anak2 saya.. Event ini sebenarnya bagus untuk company dan saya. Ia mendekatkan saya kepada pengguna dan penerangan saya dapat berikan lebih lengkap lagi. Yang paling saya suka ialah mnjimatkan kos iklan, saya dapat menjalin ukhuwah dengan pengguna serta peminat saya. Dalam kesempatan ini saya akan bagi produk dengan harga kilang supaya mereka dapat membeli dengan harga paling murah dan mencuba produk itu.

Jam 12.30 program bermula bersama beberapa orang Pensyarah dan ahli PEWANI..topiknya lebih kepada pengurusan masa, bagaimana sy menguruskan kehidupan sy yg serba sibuk dan masih mampu membuat kerja rumah dan amal seiring..Agaknya mereka mengikuti blog atau fb sy .. sebab tu pilih topik tu utk mengisi aktiviti PEWANI..

BERSAMA VVIP Sepanjang program tu ialah :

  1. Rector Uitm Seri Iskandar – Prof Dr. Ir. Hjh Zainab bt mohamed
  2. Pengerusi PEWANI – Prof Madya Hjh Kamsiah Hj Sirat
  3. Dr Mohd Zaki Arif

Ada yg bertanya bagaimana sy boleh masak setiap hari ..urus anak..kerja lagi kerana bagi mereka sgt susah dan tak mampu nak buat..!! Sy jawab :

  • Masak ni keseronokan dan terapi minda utk sy..Rugi tak masak.. Masakan sy hari2 sedap bukan cincai.. Semua dah ready paste ..Rempah kisar, masak lemak cili api, serai kisar atau lain2..Semua bahan stok seminggu . Teknik kerja kena cekap dan guna masa tepat2, sistem kat rumah pun kena betul. Sama macam kat ofc gak.
  •  Kalau nak jadi leader petuanya dgn diri sendiri kena cekap baru boleh jaga orang lain.., pandai guna masa, duit,  otak berfikir kena laju, kotigensi plan wajib ada..!
  • Sy tak pernah ada waktu lepak..dalam tandas buang air besar 5 minit pun sy kerja.. Lawak tapi itu benar..! Itulah cara saya jaga masa..
  •  Nota kerja sy dlm hp..dan sentiasa sy up date setiap 30 minit sekali. Senang nak kejar staf atau progress kerja..
  • Kalau dirumah bawang sy dah kupas, chopping slice siap2, sy buat hujung minggu untuk siapkan stok. Bezanya dulu sy tak da maid. Anak 3 tahun pun sy dah train untuk bantu sy. Sekarang sy guna semuanya dengan mesin yg lengkap. .

10711408_593952197394860_302391758_n

Berbunga2 hati seronok lah sangat.  Bahagianya hati sy dapat berjumpa bekas pengurus lama sy En Zaki yang menjadi Pensyarah disini..

Masih sama macam dulu awet muda, peramah dan sangat prihatin sikapnya..Manusia ni lah sejarah sy bermula berkerja di syarikat hartanah .. Yg sudi terima sy jadi kerani..! 19 tahun yg lepas baru sekarang kami dapat berjumpa. Sy bercerita semua yg sy lalui sepanjang menguruskan bangunan tu selepas En.Zaki meninggalkan syarikat KJSB (KUMPULAN JURUNILAI SDN BHD..  Saya menceritakan bagaimana saya membuat kajian  terhadap peniaga2 jatuh bangunnya seorang usahawan ..” Sikap ..Emosi ..strategy. .Plan niaga..yg salah punca jatuhnya perniagaan. .”

10581538_593952184061528_987783920_nDia tanya sy..ttg masalah peribadi .” Sy tak tau awak miskin sampai tak makan , napa tak cakap. .kalau tahu mesti kami tolong “…Sy jawab ” ha ha ha lawak lah En Zaki ni..sy ni kan pekerja , sy tau sy hanya bekerja bukan datang kerja di syarikat charity ..Sy kerja dan bukan nak minta belas ehsan..sy pun tau malu..Co ambik kerja pun sy dah berbanyak2 terimakasih”…

Tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula insan mulia yg pernah menolong sy..En Zaki ..Besarnya hati sy bila dia menerima sy berkerja ” tanpa kelulusan” ..Dapat sy bagi makan anak2 dan jimatkan kos pergi kerja setiap hari kerana dekat dengan rumah.. Kebaikan En Zaki, saya yakin Allah telah membalasnya  dengan sebaik2 Rahmat kemuliaan di dunia dan akhirat..

Hajat saya sudah kesampaian berjumpa kawan2 lama ( Pekerja KJSB ) dan En Zaki. Akhir hajat saya sangat teringin sekali nak berjumpa dgn En.Abdul Aziz Pengurus yang menggantikan  En.Zaki. Beliau juga sebaik En. Zaki selalu memberikan makanan kepada saya (agaknya dia dapat merasakan saya sangat susah waktu itu) Semoga hajat sy akan kesampaian untuk bertemu dengan En. Abdul Aziz pula Amin….. .

2 Comments

  • Hidayah Md Sabri@ Sabri

    Assalammualaikum…

    Puan,

    Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk bertemu dengan puan semasa sesi perkongsian bersama puan di UITM Seri iskandar minggu lepas… Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman, tips-tips bersama kami disini.. Doa saya moga puan akan lebih berjaya pada masa akan datang dan di akhirat jua.. saya tertarik dengan kata-kata puan tempoh hari.. ‘ Saya tidak mahu miskin di akhirat nanti’.. InsayaAllah.. saya pon nak jadi macam puan.. Mudah-mudahan saya dapat bertemu ouan lagi..

  • junaina

    saya amat suka baca blog puan…sebelum ni hanya baca kat MW atau majalah lain….dari hidup susah hingga dilimpahkan rezeki yang banyak.
    cerita hidup puan yg susah dr jd penoreh getah hingga jd usahawan menjadi motivasi kepada diri saya bahawa hanya diri kita sendiri yg mampu mengubah nasib kita.
    saya berharap satu masa nanti saya dapat bertemu dgn puan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!