-
Gubahan ros kecil dan bunga ungu..
Saya mengubah bunga ini dari sisa bunga yang terpakai. Pasunya berharga RM5 ini sangat antic dan sesuai untuk gubahan kecil sudut bilik mandi.Ia memberikan seri yang lembut pada pemandangan bilik mandi.
-
Gubahan bunga ditempat buku..
Gubahan ini bentuknya sama. Ada 2 pasu, pilihan utama saya ialah bunga hutan, daun keladi, bunga teratai putih dan buluh sebagai tarikan esotik. Waktu saya mengambil gambar ini pada waktu pagi. Anda boleh lihat cahaya yang berkilau masuk ke dalam rumah. Saya menyusun pasu Vietnam dan gubahan ini dipintu balkoni tempat ruang anak saya belajar.. Terasa kampung dan harmoni sekali melihat bunga ini menyambut siapa yang lalu ditepinya.
-
Gubahan cincai tapi saya suka..
Bunga ros putih sebagai asas dan sudut tepi saya meletakan bunga lily berwarna merah hati. Saya meletakan gubahan ini di atas almari anak-anak kecil saya. Sebagai perantara antara cermin deko potongan kaca kecil dengan gubahan bunga. Ia sangat cantik dipandang dan mendamaikan hati yang keletihan berkerja.
-
Bunga keladi…
Gubahan ini saya letak di cermin tandas hall utama. Sejak dulu saya mengilhamkan rumah ala resort umpama hari-hari bercuti.Gubahan dari sisa-sisa bunga yang ada saya gubah untuk tandas. Gubahan ini agak cincai bagi saya dan tidak cantik..he he he.. Saya meletakan bunga keladi merah sebagai basic. Bunga-bunga kecil warna unggu dan daun-daun keladi sebagai pelengkap gubahan saya.
-
Sabah itu syok!!
Saya pernah ke Sabah hanya atas urusan kerja. Cuti sekolah pada 12hb Jun sehingga 15hb Jun 2014 , saya datang ke Sabah bersama anak2 kecil menjelajah ke daerah menarik di Sabah. Selepas makan tengahari kami meneruskan lawatan ke rumah terbalik. Saya tidak berminat langsung dengan rumah terbalik kerana panas dan berasa pening melihatkan semuanya dalam keadaan terbalik. Kami meneruskan perjalananan ke Kundasang dan singgah sebentar ke ladang ternakan lembu susu. Saya meninjau pasar malam untuk melihat budaya perkampungan disana dengan lebih dekat. Keindahan alam semulajadi berbukit-bukit dengan cuaca yang sejuk lagi mendamaikan jauh dari suasana kesibukan kota. Kami tidur hanya semalam di Cottage Hotel (banglo) yang sangat jelas sekali kelihatan…
-
Bakul bulat yang seni..
Bakul seni bentuk bulat ini sudah tidak dijual lagi di Bali. Saya suka melihatnya dan harganya sangat murah. Saya akan mengunakan bakul ini hanya jika ada jamuan dengan staf atau tetamu yang ramai. Sama sekali saya tak akan membasuhnya untuk menjaga ketahanannya . Di dalamnya saya letakan mangkuk atau alas aluminium. Bagi mengelakan basah terkena air. Sangat cantik semasa menghidangkan makanan kepada tetamu dan selamat dari lalat.
-
Ukiran dinding dan meja konsul ukiran bali..
Kerja menghiasi dalaman rumah dan renovasi semua saya buat sendiri.Semasa membelinya suami memang tidak seni dan tidak banyak pula membantah. Anak remaja ada juga merunggut Ami his rumah sampai tandas pun jadi semak. Bagi saya biarlah asal saya suka , anak-anak tidak ada yang membantu dalam keerja hiasan saya. Jika membantu pun muncung mulutnya tanda protes.. Meja ini digunakan untuk spa dan sebahagian deko kecil ini juga adalah untuk spa. Saya membeli di satu gedung khas tembikar dari bali.. Hiasan yang sy muatkan dalam blog kali ini semuanya disudut tangga. Begitu lah diari hidup saya yang suka melihat keindahan seni .Saya tak banyak membeli pakaian barangan luxury untuk diri saya,…
-
Sayur pun boleh digubah..
Saya meletakan sayur tiruan didalam balang kaca dan dibawahnya batu..Ada tetamu saya menyangka ia sayur betul..”ehh napa tak dimasak sayur tu, lama-lama nanti layu .Nape lah kamu ni ta sayur buat gitu Nampak elok pulak digubah macam tu “.. Tersenyum dan saya sangat suka kerana berjaya membuatkan orang berteka teki ketika bertamu ke rumah saya..!!
-
Dekorasi meja makan..
Meja makan ini sangat besar memanjang untuk 10 orang makan.Import dari Itali dan saya masih mengekalkan konsep ukiran. Apa yang saya ingin tulis bukanlah tentang meja makan tetapi dekorasi keci-kecil dan gubahan bunga yang paling sukar yang pernah saya buat. Cara saya menyusun hiasan kecil ini secara melintang panjang. Dikiri dan kanan sebelah pasu bunga tinggi tinggi supaya mata memandang nya tidak polosterlepas luas agar saya tenang memandangnya. Piring lebar dari ukiran kayu berbentuk daun sebagai asas. Lilin dan deko tembikar hijau merupakan barangan spa berserta sedikit daun mencantikan lagi susunan .Ada 2 Deko yang lain dengan basic yang sama iaitu kayu berukiran daun dihias agak sedikit berbeza dengan yang…
-
Almari lauk pun ada bunga..
Adakalanya suami merunggut “ dah macam hutan rumah ni.” Saya malas minta pendapat suami dalam menghias rumah kerana dia hanya komen “ membazir “..Suami saya minat kereta dan gajet. Bagi saya kereta juga membazir . Hobi saya menghias rumah dan mengubah bunga . Hari ini saya nak kongsikan tentang almari lauk style kampung kan , tu lah tempat simpan lauk atau masakan keluarga kami. Ia dari kayu yang berusia ratusan tahun dan dikemaskan dengan kapak. Berlekuk –lekuk kesan kapak dan tiada paku langsung pada almari ini..!! Unik dimata saya dan dapat hidupakan nostalgia zaman kanak-kanak dirumah nenek nak makan buka almari lauk..!! Gubahan bunga ini diletakan dalam pasu leper.Ranting diletakan…